hidup untuk makan, makan untuk hidup
mane mane pown boleh :)
hey, mari berkongsi resepi spaghetti ikan sardin saye
memangla rase sardin tapi sos dye wat sendiri jew
just try tapi xtau plk menjadi :b
LOLZ
1 peket spaghetti
1 tin besar sardine
1 ½ biji buah tomato (didadu)
4 sudu besar cili boh
8 sudu besar sos cili
2 tomato besar (blender)
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dicincang halus
4 biji Cendawan hitam kering (direndam)
fish ball, daging,lobak
Garam secukup rasa | |
1. Rebus spaghetti ke dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak dan garam sehingga masak.Apabila sudah masak,toskan. 2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
3. Tumis cili boh sehingga masak.Masukkan sos cili dan kuah sardine berserta daging.Serta bolehlah dimasukkan cendawan kering, lobak and fish ball
4. Masukkan sedikit air dahulu.Kacau semua bahan-bahan tadi.
5. Isi sardine yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam kuah.Masukkan separuh daripada buah tomato tadi bersama.
6. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Namun jangan tambahkan air terlalu banyak.Seelok-eloknya kuah sederhana pekat dan cair.
7. Apabila sudah mendidih bolehlah dimasukkan baki buah tomato tadi. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
8. Tutup api bila kuah sudah sedia masak.
|