Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, March 26, 2017

Tips kuruskan berat badan secara sihat

Hi, Assalammualaikum

jom hana kongsikan tips turunkan berat badan


5 perkara wajib buat utk bakar lemak sebelum tidur
  1. Tidur hanya sekali dalam masa sehari
  2. Berhenti ambil kopi atau minuman berkafein selepas jam 2ptg
  3. Berhenti mengambil alcohol 3 jam sebelum tidur ( eh org islam haram tau ambil alcohol ni, no no no )
  4. Berhenti bersenam 4 jam sebelum tidur ( ohmaigod, time sebelum tidur la aku selalu bersenam ;b
  5. Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari semasa bangun


4 aktiviti yg terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan
  1. Berlari
  2. Jalan cepat
  3. Berbasikal
  4. Skipping


Semua aktiviti ni boleh dilakukan di luar rumah atau di dalam dengan bantuan peralatan sukan seperti treadmill and tali skipping.


  1. Berjalan – tak dinafikan lagi berjalan merupakan kunci utk menurunkan berat badan. Semakin banyak korang berjalan semakin byk kalori akn terbakar.cubalah sekurang kurangnya 30minit berjalan setiap hari. Namun penurunan berat badan lebih cepat berlaku jika korang berjalan 2 kali sehari selama 30 minit. Semakin cepat berjalan semakin baik kerana jantung anda akan mengepam lebih cepat.
  2. Skipping – skipping adalah latihan aerobic yg sgt baik, hanya 50 lompatan setiap hari akan membakar kalori anda.
  3. Step-up – Macam pos sebelum ni hana ade mention pasal ni. Proses naik turun akan membuatkan jantung lebih cepat bergerak dan libih byk kalori akan terbuang
  4. Squats ( ketuk ketampi) – squats dianggap salah satu latihan yg paling sukar utk dilakukan jd mmg kite akan melakukan satu atau dua kali shj J like me. Haha… tujuan squat hanya utk menguatkan otot2 serta membakar lemak lebih cepat.


Secara teorinya setiap 8000 kalori yg terkumpul dalam badan iaitu tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yg lain, maka ia akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kg.


Oleh itu kalori yg diambil pd setiap hari perlu diseimbangkan dgn penggunaan tenaga agar tidak timbul masalah pengumpulan lemak dlm badan.


Salah satu cara membakar kalori ialah berenang, berjoging, bermain skuasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis and so onn…


Bagi wanita yg melakukan kerja2 rumah seperti membasuh kain, mengemop lantai, memvankum atau naik turun tangga juga boleh membantu membakar kalori dlm tubuh. Tapi ia perlu dilakukan secara konsisten.


Hakikatnya tepuk dada Tanya selera. Jika kite berusaha mengawal pengambilan makanan secara seimbang dan menjalankan gaya hidup sihat, kegemukan pasti boleh dielakkan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Berusaha la syg2 jgn berusaha sekerat jalan shj. Caiyyok caiyyyok. Nanti hana kongsikan cara senang hana kire pembakaran kalori setiap hari. Tapi dengn menggunakan jam pembakar kalori beli kat lazada J





Thanks singgah,
IBU KHAYLA




Tuesday, March 21, 2017

Foto Proses Pembakaran Mayat Manusia


 
Inilah cara proses pembakaran mayat, mulai dari persiapan sampai menjadi abu siap dihantar kepada keluarga si mati . Cara ini sudah mula disukai olehpenduduk  di Amerika . Dengan cara seperti ini, mereka sudah tidak perlu lagi memikirkan kos sewa tanah "LUBANG KUBUR" yang  mahalharganya .



1. Sebelum dibakar, mayat dimasukan dulu ke sebuah mesin pendingin, sampai benar-benar layak untuk di bakar.



2. Setelah layak untuk dibakar, petugas akan memeriksa seluruh barang yang melekat ditubuh mayat. Kalau ada benda berharganya, nanti akan menjadi milik ahli warisnya/ keluarga yang ditinggalkan.


3. Petugas mulai menyiapkan Oven pembakaran


4. Lihatlah, sekarang proses pembakaran itu sedang berlangsung. Mayat dibakar dengan suhu antara 1400 – 1800 derajat Fahrenheit. 



5. Mayat yang dibakar, ternyata tidak semuanya langsung hancur menjadi abu, tapi masih dalam bentuk serpihan-serpihan tulang


6. Agar serpihan tadi berubah menjadi abu, maka selanjutnya dimasukkan ke sebuah mesin penggiling khusus.


7. Sekarang, Abunya sudah siap untuk dikirim ke keluarganya.



apa? ha? khtar amir




APA!! Cubaan Loloskan Diri Daripada Penjara Gagal, Banduan Tersekat Pada Lubang Yang Digali Sendiri!


Sekiranya di dalam filem, cubaan banduan untuk meloloskan diri tanpa dikesan wardar penjara mungkin sesuatu yang boleh dilakukan..Namun, di dunia nyata, cubaan seperti itu mampu memakan diri sendiri seperti yang telah berlaku kepada seorang banduan di Brazil..Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni..


Rafael Valadao, seorang banduan yang berusia 28 tahun di penjara Brazil menjadi bahan ketawa rakan-rakan banduan serta pihak wardar penjara apabila didapati tersangkut pada lubang di dinding yang digalinya sendiri dalam cubaan lari dalam penjara.
Selepas mendapati dirinya terperangkap, lelaki terbabit terpaksa menangis bagi mendapatkan bantuan. Disebabkan terlalu lama menunggu bantuan tiba, Rafael terpaksa berusaha sendiri sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah dan membocorkan paru-parunya. Rakan-rakan banduan yang lain cuba membantu dengan menolaknya keluar dan menariknya kembali ke dalam, namun tidak berjaya.
Bagi banduan yang telah berjaya melepaskan diri, mereka masih lagi dalam buruan pihak polis.







Itu lah kalau buat lubang tak ikut saiz badan, kan dah kantoi





© Hannah Sytieh | Design By MH