Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Recepi. Show all posts
Showing posts with label Recepi. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Random life 2017 - 1

Hi, Assalammualaikum

Lama tak berblog tetibe nak update pasal resepi pulak. Haha.. jadik suri rumah ni lagi busy dari bekerja. Macam 24 jam bekerja dah rase. Huhu. Xde rehat. Kalau dapat rehat tu kire bersyukur lah. Husband suke masak sambal2 ni. So kite selit2 sikit.



Best jaga anak sendiri je. Mase banyak dengan anak sendiri. Tak pening2 nak hanta kat orang. Alhamdulillah ade rezeki jage anak sendiri kan. Masing2 punye rezeki la kan. Business kecik2 sambil jage anak. Kire ok la bagi aku. Even mase tunggang langgang. Haha.




Khayla makin lame makin besar da. Makin cerdik makin banyak akal. Makin manje and sewaktu dengannye, haha J Kuat makan, kuat menangis kuat menjerit . kuat tengok didi and friends. Hee.




Bahan-Bahan:
·         udang, petai dibersihkan
·         3 biji bawang besar, potong nipis (lebih pun takpe)
·         5 ulas bawang putih (lebih pun takpe)
·         1 batang serai, dititik
·         1/2 cawan air asam jawa
·         2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar
·         5 ulas bawang putih
·         3 ulas bawang merah
·         2 inci halia
·         10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
·         1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:
1.      Rebus cili kering , toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
2.     Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3.      Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
4.      Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
5.   Kemudian masukkan petai, udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Tips
·         Pastikan tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
·     Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna.


Thanks singgah,
IBU KHAYLA
menaip sambil khayla menanges ;(




Tuesday, September 16, 2014

Resepi Campak-campak : Ikan Siakap Stim Pemanggang Ajaib



Hi, Assalammualaikum



* Tengok buku resepi. Kantoi tak ingat resepi *
mihmihmih



Selamat Hari Malaysia. Seronok cuti tapi besok kena kerja pulak.. Haha! Tak seronok langsung okieh. Tak boleh bangun lambat..


Sape tau pemanggang ajaib.. Aku pelik dengar name pemanggang ni, tapi bile aku gune baru aku tau apesal orang panggil pemanggang ajaib.. Sebab fungsi dia boleh memasak pelbagai jenis makanan . Boleh stim, boleh panggang, boleh menggoreng semua la. Best kan.


So, harini aku try masak ikan siakap ala2 stim. Tapi rupe die tak macam stim pun. Macam ikan siakap singgang. Haha~


















Jum tengok resepi :

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan siakap
  • 1 Batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 biji limau ( ambil jus dia )
  • Garam
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 3 sudu sos tiram
  • Lobak ( aku ade lobak berlambak lam peti ais, so aku bubuh banyak2 )
  • Daun sup or daun ketumbar ( dalam peti ais takde )
  • Cili
  • Tomato (ikut suka)


  


Cara – cara, Aku main campak2 je. Tapi care betul die mcm ni :

  • Letakkan sedikit air kedalam pemanggang bersama halia and serai.. Tunggu sehingga airnya mendidih kemudian masukkan ikan tadi dan tutupkan pemanggang dalam 7 minit..
  • Terbalikkan ikan tadi, tambah lagi sedikit  air dan masukkan bawang potong, cili dan carrot dan tutup semula pemanggang selama 10-15 minit (boleh tambah apa saja yang korang nak seperti sayur kubis, cendawan dan lain-lain)
  • Keseluruhan proses untuk ikan masak adalah dalam masa 20-30 minit



Aku hidangkan dengan lauk2 lain.. Yang tengah tu kepala ikan merah masak asam pedas. Kalau korang rajin buatla tomyam, sayur kailan ikan masin and telur dadar. Mesti superb ok..


Selamat Mencuba

SEE YOU ON MY NEXT POST.


Xoxo, Hannah Sytieh







Monday, December 9, 2013

Resepi Lasagna Suka Hati ;)

Hi Assalammualaikum




Bile weekend je jum kite main masak2. Bile kerje asyik bawak bekal je kan. Bekal pun kaut je ape yg ade. Ayam goreng + nasi ke. Nasi goreng ke. Bawak je sebagai bekal. Janji boleh makan and jimat.

So, duet yg jimat tu boleh makan sedap2. Beli barang n masak.

Weekend hari tu buat lasagna. Even tak berape jadi kire ok le tu. Sedap la jugak. Laku la jugak. Ahaha. Ni name die resepi lasagna suke hati .





Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Yogurt perasa original
2) Sos prego 
3) Kepingan Lasagna
4) Cheddar Cheese
5) Parmesan (takde gmbar)
6) Daging Kisar jgn lupe ( takde gambar )

Itu je bahan die. Semudah ABC.




Cara-cara :

 Tumis bawang putih + bawang merah then letak daging kisar. 
Tumis2 hingga naik bau.
Lepastu masukkan sos prego. Garam n secukup rase.

Letak tepi

Panaskan air sampai mendidih then celurkan kepingan lasagna .
Bile lasagna dah kembang n tak keras keluarkan dr air. 
Kalau lambat keluarkan, kepingan lasagna akan jadi lembik. 
Lepastu baru masukkan kepingan yg lain.

Tips : jangan masukkan semua sekali dalam air mendidih, kalau tak die akan melekat satu same lain.

Letak tepi

Keluarkan yogurt dr bekas n letak lam mangkuk.
Then racik2 daun pasley n campurkan dengan yogurt.

Letak tepi





Cara nak susun macam gambar di atas :

Pertama, paling bawah letak kepingan lasagna yg dah celur.
Then layer kedua letak daging cincang + prego td + cheddar cheese. 
Ketiga, ulang lagi sekali care yg pertama td. Kepingan lasagna.
Then ulang lagi macam layer kedua. Daging cincang + prego td + cheddar cheese

Bile dah agak2 kepingan korang tu dah tinggi. 
Korang stop dulu buat layer.

Letak yogurt dekat atas daging cincang and letak lagi cheddar cheese.
Then, letak kepingan lasagna & tabur cheddar cheese + parmesan.

Bakar



Tarrrraaa... Jadi dah. Sepatutnye bakar la dalam bekas kan.
Tapi disebabkan ni resepi suke hati, kite susun je mcm ni and bakar. 
Naseb baik sedap. Aumm. 

Ni chef terkuat :


 Nak tau kenape letak resepi ni resepi LASAGNA SUKA HATI ?
Sebab chef ni buat la, kite org bagi name SUKA HATI.
Lelaki masak kan sempoi.
Asal jadik. Mihmihmih.

Pssstt : Weekend yang best and penuh dengan aktiviti rumah. Memang best lepak dengan family :)

Tanx Reading, Love yah,
Hannah Sytieh











Sunday, September 29, 2013

Resepi : Laksa Si Jantung Hati

Hi, Assalammualaikum


Laksa si jantung hati ??? Pelik je bagi name kan.. Haha, sesuke hati je bg name mcm tu.. Sebenarnye tak plan pun nak buat laksa. Tapi beli tengok dalam peti ais ade ikan kembung.. Ape lagi, kite mulekan la operasi.

Just nak share resepi je kat dalam ni.. Terupdate la jugak kan blog ni daripada berhabuk habuk. Banyak lagi nak share tapi ter share share. Busy sngt gamaknye. *busy la sgt, mate ke atas*

Next week nak jenjalan release tension. So, maybe blog ni berhabuk balik la kot.. Nanti aku share travel aku p indon k.. Stay tuned.... Ceh, poyo je stay tunedddd bagai.

Jum la kite pergi matlamat update blog ni sebenarnye. Resepi laksa si jantung hati dari Hannah Mak Senah jalan tersenget-senget.

Bahan-bahan nak buat laksa

3-4 paket laksa beras cap Zong Shan



Bahan kuah laksa :

1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa


Bahan ulam laksa :

4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris




Cara-cara nak buat laksa

Laksa

 Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai lembut'...Laksa ditoskan dan diketepikan...

Kuah laksa
Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...

Then, ikan yg sudah siap diasingkan kite kisar .
Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...

Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...

Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...

Masukkan daun kesum dan bunga kantan...

Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedas die...
Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya.



Psstt : Sebenarnye aku lupe nak rebus telur.. Huhu, tengok gambar ni baru pasan telur rebus tarak..

Ok la, Sudi-sudi la singgah lagi

Tanx Reading
Xoxo, Hannah Sytieh






Friday, September 13, 2013

Resepi cornflakes bersalut coklat

Assalamualaikum :)


Hai, makin lame makin semak tengok blog sendiri. Macam-macam ade.. Link ni link tu.. Rase macam nak tukar design pulak. Huhu.. Perangai perangai. Bile nak berubah. Bile nak matang ntah. Mesti ade je yang tak puas hati dalam diri. Huhu..

Marilah kite tengok resepi time raye hari tu. Aku ni bukan malas tahap rajin nak buat kuih bagai2.. Tapi dtg rajin plk nak buat cornflakes coklat time hari raye ary tu. Bukan susah mane pun u olls’.. Kalau orang yang tak berape rajin macam aku ni. Boleh la kot nak try resepi ni.. Hari raye aidiladha still ade lagi.. Don’t worry morry la.. Boleh try ape J




Bahan-bahan :

  1. Coklat masakan (aku amik perisa milk )
  2. Mentega or Planta (mane2 pun boleh )
  3. Cornflakes ( aku lebih suka cornflakes Nestle sbb rangup )
  4. Manik  berwarna warni sebagai hiasan ( yg kecik2 bulat2 tu je, jgn beli yg bntuk rice plk, nanti tak cantik )
  5. Paper cup

Cara-cara:

  1. Susun papercup dalam dulang .
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  3. Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
  4. Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
  5. Masukkan coklat, gaul rata.
  6. Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
  7. Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk.
  9. Siap untuk disusun dalam balang.


Tips:

  1. Kalau agak-agak coklat kering,panaskan balik guna kaedah double boiler.tapi tak payah lama-lama.
  2. Taburkan manik masa coklat masih basah..kalau dah kering nanti manik tu tak melekat.
  3. Guna sudu kecik untuk masukkan cornflakes dalam papercup..kalau guna sudu besar,payah sikit. 

Mudah kan? tak payah susah-susah nak bakar.. Tapi yang buat hati sentap sikit.. Bagi kat adeq and ecah satu balang besar. Boleh dia panggil tu cornflakes mentega.. Bukan cornflakes coklat. Sentap mak senah oi.. Bile dipikir-pikir balik, imbau-imbau balik mana ade kak ana letak mentega banyak2.. Ni mesti rase coklat tu… Coklat tu kan ade macam2 jenis perase.. Tapi sedap ape coklat tu.. Or korunk ni termakan part mentega tu bnyk.. Haha.. huhu..  Selamat Mencuba!




Tanx Follow for new follower
Tanx Reading, XOXO,
Hannah Sytieh






Monday, June 3, 2013

Juice - Mix Fruits ( Dragon Fruits )


Hi, how ur days ? lame tak jumpe kat blog.. Ahaks! Azam nak update hari2 memg tak jadi la eh hana eh.. Tapi kalau takde cite best, tak best gak nak share kan. Tpi org yg ade anak macam kak filla pun selalu update blog.. Padahal ade anak 3 tuh.. Kecik2 lagi.. Die cite pasal kehidupan hari2 die pun rase best.. Tak perlu nak hot entry sgt… Hebak oh hebak… Blog die The Kasih’, mesti ramai nye yg tau… Heh ;)

Berbalik pade tajuk . Mix Fruits… Juice buah yg macam2 boleh campur. Dragon Fruit + Banana + Tomato… Nyuummyyy… Boleh tahan sedap… Ade rase Tomato sikit rase Banana sikit rase Dragon banyakkkkk …

Jum try step kat bawah ni, Senang je kan :





Siap... Senang je.. Potong2 buah.. masuklam blender.. Letak air and blend. Tak perlu gula pun takpe... Buah sememangnye manis :)

Kat sini nak selitkan sikit kebaikan buah Dragon Fruits, Tomato and Pisang, Jum :

Dragon Fruit

Buah ini adalah antioksidan yang sangat baik sehingga dapat melindungi tubuh dari radikal bebas dan kanser. Khasiat buah naga ini untuk tubuh ialah untuk meneutralkan racun.

Vitamin C yang tinggi dalam buah naga membuat manfaat buah naga sangat berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga membantu menyembuhkan luka .

Vitamin B2 dan B1 dalam buah naga sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan.

Ditambah lagi, buah naga juga mengandung vitamin B3 yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol.

Buah naga juga memiliki manfaat untuk menyembuhkan penyakit batuk dan asma hingga mengatasi hipertensi.

Buah naga tidak hanya mengandung vitamin, tetapi juga fosforus dan kalsium yang boleh membuat tulang menjadi kuat dan gigi menjadi lebih sihat.

Dapat kita simpulkan, bahawa buah naga ini sangat baik untuk korunk yang ingin menurunkan berat badan dan kadar gula darah.

Selain itu buah naga juga boleh dibuat ubat diabetes, kerana memiliki glukosa yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Buah naga banyak mengandung serat sehingga mampu mengurangi lemak.

Buah ini juga baik untuk kesihatan mata kerana mengandung karoten.

Tomato

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.

Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.


Pisang


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf korunk .

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja2 tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, utk mengatasi masalah ini, kita prlu mengawal kadar gula dlm darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut dan tdk mencederakan organ dalaman kita. Ia jg bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dpt membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress : Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh .

Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A serta zat besi, dan 2 kali vitamin serta mineral lain. Ia jg kaya dgn potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.

Psttt : Amacam List kebaikan buah kata atas tu ? Macam nota time nak exam kan ? Aku memg terror buat nota.. Hahaha! Jgn lupe try Blend Buah ni kat umah ok. Boleh maintain kesihatan korunk + sedap. Smile J

 Tanx Reading,
XOXO, HannahSytieh
© Hannah Sytieh | Design By MH