Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label About Chemical. Show all posts
Showing posts with label About Chemical. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Apa itu Hidrokuinon ?



Assalammualaikum


Sekarang banyak kan produk kecantikan yang dijual dekat online or dimana-mana.. So, untuk korang lebih berhati-hati. Apa kata baca ni dulu. Untuk manfaat bersama... So, bolehla kita cantik and sihat dalam masa yang sama. Jgn sebab nak cantik tapi bab2 ni kita ambil remeh... So, here we go : 


Cara mudah mengesan hidrokuinon (hydroquinone) dalam kosmetik

1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari atau biarkan seketika toner akan bertukar warna kepada coklat kehitam-hitaman. Sah ada hidrokuinon.

2. Periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam).. jika terdapat kerak coklat @ hitam.. maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... Tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... Ada produk yang menyatakan mengunakan aha/bha dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... Perlu di selidik kandungan aha/bha yang digunakan.... Kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..


Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon - menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon - kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa - kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf. Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada korang tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat korang untuk mencubanya.





So, dah tau kan.. 
Wallahualam... Harap semua apa yang kita pakai baik2 je kan


 Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 





Tuesday, December 24, 2013

Triethanolamine dalam kandungan produk anda??


Hi, Assalammualaikum


Apa itu Triethanolamine ??




Triethanolamine merupakan sejenis cecair yg agak likat, jernih dan bau macam Ammnonia (odor smell).

Dalam kosmetik dan juga personal care products bnyak yg guna bahan ni such as eyeliners, mascara, eye shadows, blushers, make-up bases, foundations, as well as in fragrances, hair care products, hair dyes, wave sets, shaving products, sunscreen dan hamper diguna dalam skin care produk.

Ini kerana, bahan ini berfungsi untuk membentuk emulsi dengan mengurangkan tegangan (surface tension) pada produk dan juga diguna utk mengawal pH pada bahan kosmetik.

So, bahan ini berfungsi utk mengawal keacidan produk kita. Oleh itu, don’t worry la, this product is not acidic, so not harm our skin.

Based on Safety Information: Jom kita baca,

The Food and Drug Administration (FDA) :

Triethanolamine, Diethanolamine and Ethanolamine has been assessed by the Cosmetic Ingredient Review (CIR) Expert Panel. The CIR Expert Panel evaluated the scientific data and concluded that Triethanolamine, Diethanolamine and Ethanolamine were safe for use in cosmetics and personal care products designed for discontinuous, brief use followed by thorough rinsing from the surface of the skin. In products intended for prolonged contact with the skin, the concentration of Triethanolamine and Diethanolamine should not exceed 5%. Ethanolamine should be used only in rinse-off products. Triethanolamine and Diethanolamine should not be used in products containing N-nitrosating agents to prevent the formation of possibly carcinogenic nitrosamines.


Translatee..


Triethanolamine, Diethanolamine dan Ethanolamine telah dinilai oleh Kosmetik Bahan Review (CIR) Panel Pakar. Ini CIR Panel Pakar menilai data saintifik dan membuat kesimpulan bahawa Triethanolamine, Diethanolamine dan Ethanolamine selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan produk penjagaan peribadi yang direka untuk tidak berterusan, penggunaan ringkas diikuti dengan pembilasan yang sempurna dari permukaan kulit. Dalam produk bertujuan untuk sentuhan yang lama dengan kulit, kepekatan Triethanolamine dan Diethanolamine tidak melebihi 5%. Ethanolamine hanya perlu digunakan dalam produk bilas-off. Triethanolamine dan Diethanolamine tidak boleh digunakan dalam produk yang mengandungi ejen N-nitrosating untuk menghalang pembentukan nitrosamines mungkin karsinogenik.


Wallahualam... Harap semua yang kita pakai baik2 je ok


Sumber lagi detail about Triethanolamine. 
Sile click sini : Ingredient Triethanolamine


Tanx Reading, Hannah Sytieh









Monday, December 23, 2013

Apa itu talc ? Jum kaji secara details.

Assalammualaikum


Apa itu talcum ? Atau dikenali sebagai talc ? Jum kaji..

‘Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talc digunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalaj kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari. Tapi kenapa pulak bedak or brg kosmetik nak disapukan di kawasan vagina ? Rasenye tak perlu pun letak bedak or krim di kawasan tersebut. Sebab akan menimbulkan bacteria.

Mengapa talkum digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?

Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah untuk pewarna dan sebagai bahan lengai.

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drug Adminsitration) atau FDA, telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah topical.

Adakah talkum selamat digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri?

FDA telah menetapkan talkum  dalam kategori GRAS (generally recognized as safe) atau pada amnya ditentukan selamat. Ia juga dibenarkan sebagai agen anti-keras untuk serbuk vanilla.

Adakah talkum mengandungi gentian asbestos?

Gred talkum kosmetik tidak harus mengandungi asbestos. Kehadiran asbestos boleh ditentukan dengan pembelauan sinar-X (X-ray diffraction) dan dengan menggunakan mikroskop elektron dan optik.


Adakah talkum mengganggu sistem respirasi manusia jika dihidu?

Sebagai langkah mencegah penghiduan talkum oleh pengguna semasa menggunakan bedak talkum, saiz partikel talkum sepatutnya ditetapkan kepada saiz yang tidak boleh dihidu iaitu lebih daripada 5 micrometer.

Keselamatan penghiduan talkum telah dikaji oleh Program Toksikologi Nasional di Amerika Syarikat atau National Toxicology Programme (NTP).

Ujian ke atas haiwan dengan memberikan dos besar untuk dihidu selama 2 tahun menunjukkan beberapa perkembangan berbahaya kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, hasil kajian tersebut di atas dipertikaikan atas dasar dos yang diberikan melebihi dos ketahanan fungsian maksimum atau ‘maximum functionally tolerated dose’.
Lebih-lebih lagi kajian tersebut menggunakan dos yang sangat tinggi sehingga paru-paru haiwan tersebut dibebani dengan talkum. Ini menimbulkan persoalan samada ketumbuhan yang diperhatikan dalam sesetengah paru-paru disebabkan oleh bebanan partikel atau secara langsung oleh talkum.

Apakah kemungkinan penggunaan talkum dikaitkan dengan barah ovari?

Hasil beberapa kajian telah menimbulkan kebimbangan bahawa bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita, kondom dan sebagainya boleh berhijrah melalui vagina, uterus dan saluran fallopian ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan. Partikel talkum dikhuatiri boleh menyebakan barah ovari. Susulan hasil kajian tersebut banyak lagi kajian epidemiologi dijalankan untuk mengesahkan kesan penggunaan talkum dan barah ovari. Hasil kajian-kajian adalah berbeza. Sesetengah kajian menunjukkan risiko yang meningkat sedikit manakala yang lain tidak menunjukkan apa-apa kaitan. Tapi perlu ke nak letak dikawasan tersebut ? Kawasan tersebut sensitive, jgn di letak bedak. Bakteria mudah membiak.

Talc menyebabkan risiko barah ?
Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa atau IARC (International Agency for Research on Cancer) telah mengkelaskan talkum sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B. Ini bermakna ia mungkin memberikan kesan karsinogen kepada manusia. Sebatian dalam kumpulan 2B bermakna ada bukti yang menunjukkan sebatian tersebut boleh menyebabkan barah pada manusia, tetapi bukti tersebut pada masa sekarang tidak kukuh.

Adakah talkum menyebabkan barah paru-paru pada manusia?

Tiada laporan yang menunjukkan peningkatan risiko barah akibat penghiduan bedak talkum kosmetik. Kajian ke atas pelombong talkum memberikan gambaran terdapat peningkatan dalam risiko barah paru-paru dan lain-lain penyakit paru-paru. Ini mungkin juga disebabkan oleh kandungan bahan galian lain termasuk juga sebatian asbestos dan silika semasa aktiviti melombong.

Talkum yang dijual sebagai bedak kosmetik kepada pengguna sepatutnya tulen dan tidak mengandungi sisa asbestos, silika dan lain-lain galian.

Nasihat kepada pengguna yang risau tentang talkum dan risiko barah.

Kajian ke atas bedak talkum menunjukkan keputusan yang tidak konsisten, walaupun terdapat risiko barah ovari. Sehingga kini tiada barah jenis lain yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan bedak talkum.

Pengguna yang risau tentang risiko barah akibat penggunaan bedak talkum boleh mempertimbangkan alternatif lain seperti serbuk kanji jagung (cornstarch powder) yang tidak mengandungi talkum. Tiada bukti sehingga sekarang (tahun 2009) yang menunjukkan kanji jagung boleh menyebabkan sebarang bentuk barah.



SUMBER : standardsusers.org

Tanx Reading, Hannah Sytieh







© Hannah Sytieh | Design By MH