Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Tips Diet. Show all posts
Showing posts with label Tips Diet. Show all posts

Sunday, March 26, 2017

Tips kuruskan berat badan secara sihat

Hi, Assalammualaikum

jom hana kongsikan tips turunkan berat badan


5 perkara wajib buat utk bakar lemak sebelum tidur
  1. Tidur hanya sekali dalam masa sehari
  2. Berhenti ambil kopi atau minuman berkafein selepas jam 2ptg
  3. Berhenti mengambil alcohol 3 jam sebelum tidur ( eh org islam haram tau ambil alcohol ni, no no no )
  4. Berhenti bersenam 4 jam sebelum tidur ( ohmaigod, time sebelum tidur la aku selalu bersenam ;b
  5. Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari semasa bangun


4 aktiviti yg terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan
  1. Berlari
  2. Jalan cepat
  3. Berbasikal
  4. Skipping


Semua aktiviti ni boleh dilakukan di luar rumah atau di dalam dengan bantuan peralatan sukan seperti treadmill and tali skipping.


  1. Berjalan – tak dinafikan lagi berjalan merupakan kunci utk menurunkan berat badan. Semakin banyak korang berjalan semakin byk kalori akn terbakar.cubalah sekurang kurangnya 30minit berjalan setiap hari. Namun penurunan berat badan lebih cepat berlaku jika korang berjalan 2 kali sehari selama 30 minit. Semakin cepat berjalan semakin baik kerana jantung anda akan mengepam lebih cepat.
  2. Skipping – skipping adalah latihan aerobic yg sgt baik, hanya 50 lompatan setiap hari akan membakar kalori anda.
  3. Step-up – Macam pos sebelum ni hana ade mention pasal ni. Proses naik turun akan membuatkan jantung lebih cepat bergerak dan libih byk kalori akan terbuang
  4. Squats ( ketuk ketampi) – squats dianggap salah satu latihan yg paling sukar utk dilakukan jd mmg kite akan melakukan satu atau dua kali shj J like me. Haha… tujuan squat hanya utk menguatkan otot2 serta membakar lemak lebih cepat.


Secara teorinya setiap 8000 kalori yg terkumpul dalam badan iaitu tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yg lain, maka ia akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kg.


Oleh itu kalori yg diambil pd setiap hari perlu diseimbangkan dgn penggunaan tenaga agar tidak timbul masalah pengumpulan lemak dlm badan.


Salah satu cara membakar kalori ialah berenang, berjoging, bermain skuasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis and so onn…


Bagi wanita yg melakukan kerja2 rumah seperti membasuh kain, mengemop lantai, memvankum atau naik turun tangga juga boleh membantu membakar kalori dlm tubuh. Tapi ia perlu dilakukan secara konsisten.


Hakikatnya tepuk dada Tanya selera. Jika kite berusaha mengawal pengambilan makanan secara seimbang dan menjalankan gaya hidup sihat, kegemukan pasti boleh dielakkan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Berusaha la syg2 jgn berusaha sekerat jalan shj. Caiyyok caiyyyok. Nanti hana kongsikan cara senang hana kire pembakaran kalori setiap hari. Tapi dengn menggunakan jam pembakar kalori beli kat lazada J





Thanks singgah,
IBU KHAYLA




Sunday, March 19, 2017

Senaman kecikkan peha


Assalammualaikum




Hi, khayla dah nak masuk 7 bulan. Besok 19/03/2017 genap la si mulut bising ibu tu genap 7bulan.. senang tu xsenang jugak la nak jage. Nak kate category susah pun tak jugak. Die just bukan jns yg tido mlm. Die da mengantuk tapi still susah nak tido. End up menanges menanges menanges sambil tutup mate. Hoi! Tu menguji kesabaran tau. Kdg tu mcm stresssssss, tapi ikut je rentak. Sampai die tido. Letih tau. Haha. Tapi tu moment tu… seriau plk nak ade anak num2. So ilex ilex lu… chill chill dulu. Bukan chill chill yang dekat boat steamboat tu hokeyhhh. Chill- chill tu o'mak'i. sedapppppp. Slurrppp…. (sempat lagi)




Die teman ibu pergi bersenam.  

Serius lepas bersalim ni rase macam gajah. Banyak bnde kene renovate. Kaki dahla tak berape nk panjg.. pastu dah macam peha upin ipin plk tu… meh la kite try cube solve masalah ni. Bukan setakat peja je mcm upin ipin. LengN PUN SADO YA rabbi.

Meh try senaman ni.. kite google gambar je. Boleh dikatakan menjadik la ok. Try la follow betul2 dalam mase sebulan. I bab makan2 ni. Xde la pantang2.. tapi makan nasik 3 kali sekali. Means harini makan nasik. Then skip la 3 hari tak makan nasik. Takpun ganti dengan brown rice, cepat rase kenyang. Minuman manis I elakkan kecuali chill chill. Hahaha. Tu pun sebulan 2 kali gitteewwww. Kalau teringin sgt.. then tiap pagi minum air yg da cmpur lemon tu .. serius lepas tu masuk toilet … aummm…

20 minit setiap hari buat sebelum tidur… nak lompat sangat2 tak dibenarkan tau. Sebab kite kene jugak rahim kite. Kang da setahun boleh la g jogging slow2… yg hardcore2 tak boleh lgi . 








Mudahkan. antara rajin dengan malas je. ehhe :)
SEMOGA BERJAYA

Thanks singgah,
IBU KHAYLA
menaip sambil khayla kejap2 menanges. SABAR SABAR.







Friday, October 9, 2015

PANDUAN KURUSKAN BADAN



PANDUAN KURUSKAN BADAN





Hi Assalammualaikum. Sejak ada group bini2 sarjan ni. Macam2 perangai boleh tengok tau. Tapi best la. Ada yang sibuk nak kuruskan badan. Haha. Berzumba and macam2 la.. tapi actlly lebih penting lagi ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.  Better kawal cara makan lagi2 yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Die orang pun selalu tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.



Cuba amalkan panduan2 ini. Ni antara tips2 bini bakal sarjan listkan :


1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.


2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.


3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan anti oksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .


4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan brown rice.


6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.


7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.


8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.


9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.


10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.


11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.


12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.


13. Bila makan kat kedai, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.


14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan berkabohidrat


15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.







Selamat mencuba J
Love, see you in next post,
Hannah Sytieh





Monday, August 4, 2014

Jom sahut cabaran amalan pemakanan sihat bersama Cik Hana !



Hi, Assalammualaikum






Dah lama tak update blog kan. Lame sgt.. Busy raya and busy business time bulan Ramadhan tu katenye.. haha~

Tapi CPUV kencang berjalan even tak terupdate.. sbb traffic tinggi kot. Terima kasih kpd pembaca blog ni.. Bahha.. Time raya diet kelaut woi! Da gemok balik dah ni.. Grr!

Aku rasa  semua bakal b2b ni mesti rasa nak kurus kan? kadang tu even dah kurus pun tetap rasa diri kurang kurus, maka nak kurus lagi. Perempuan. memang tak pernah puas kot, ek? Bak kate fiancé..

Diet? apa yang kita faham dengan perkataan diet tu ye? mesti kita fikir menahan lapar dan dahaga *eh, macam makna puasa pulak* semata untuk kurus. tak tak. Makna sebenar diet adalah, makan dengan cara pemakanan yang betul. dari segala segi macam kuantiti, kualiti, masa, dan jumlah setiap nutrien yang diambil. Ceh! Mcm sains dah.

1. Breakfast is a MUST!

Kepada wanita B2B di luar sana, sila jangan skip breakfast anda! Aku perasan benda ni lepas bekerja. zaman belajar dulu aku memang ambil mudah hal ni. yelah, student, bangun dah lambat *kes tidur lepas subuh* lepas tu mandi segera, terus pecut pergi kelas. bila ke masa nak breakfast? tu yang dalam kelas pun ngantuk, otak jem. then, berat naik mendadak. lepas habis kelas terus serbu kantin poly sebab perut dah lapar gila, ambil makanan pun macam tak cukup pinggan, terpaksa habiskan, kalau membazir amalan syaitan. tengok nafsu makan yang kuat ni. Berat  zaman belajar dulu dah cecah 52kg! mak aih. tinggi baru 160cm. Memang berisi lah orang kata.

bila dah kerja ni, sempatlah breakfast kan. lagipun, bila dah breakfast, kita akan lebih fokus dan produktif *ceh, ayat..*

ada orang kata, "saya tak boleh breakfast lah nanti sakit perut.."

oh my dear, dah tu apa gunanya tandas? memanglah u akan sakit perut sebab sisa makanan malam semalam u tak keluarkan lagi. adoi~ secara normalnya, manusia biasa perlu buang air besar setiap hari. perut kita tak cukup besar kot nak tampung semua sisa makanan + makanan yang bru dimakan. aku tak pasti dari segi saintifiknya macam mana tapi ini lah apa yang boleh aku
bayangkan apa yang jadi dalam perut kita.

2.Minum air masak dengan banyak.

At least 8 gelas sehari. biasa dengar kan nasihat ni? selain dari membuang toksin dalam badan, minum air masak ni pun salah satu cara untuk 'tipu' perut kita. bila banyak minum air, kita akan rasa kenyang. bila kenyang ada rasa nak makan lagi tak? theee~ tipu tipu.. kesian perut... Memang la rase asyik nak “pipis” je .. Tapi kan elok tu. Buang toksik dalam badan…

3. Buang air besar setiap hari.

Bila kita minum air masak dengan banyak, perut kita macam lagi mudah nak proses penghadaman *kalau tak silap aku*. sebab aku perasan, sejak amalkan minum air dgn kerap, aku dah boleh buang air besar at least 2 kali sehari. yaaa.. proud to be me. haha. serius lepas buang air besar kita akan rasa lega dan 'ringan' sikit. erkk.. sisa makanan tu ada dalam 2-3 kg kah? eiii ucuk

4. Jangan makan lewat malam

Supper itu semua dusta. haha. aku macam pernah terbaca satu hadith yang mengatakan, Rasulullah SAW bersabda yang maksud dia lebih kurang macam ni, jangan makan lepas maghrib kecuali ketika berpuasa.

Dari apa yang aku faham, perut kita dah penat bekerja seharian takkan malam pun duk sibuk nak proses makanan kita kan? lagi-lagi sebelum tidur. sepatutnya masa tidur, semua organ perlu berehat. tapi kita ni duk paksa kilang perut bekerja walhal kengkawan lain sedap tidur. tahu kan masa untuk proses penghadaman tu pun ada la lebih kurang 3jam.


5. Sila pastikan makanan anda cukup nutrisi

Ya, nasi, sayur, protein, vitamin semua perlu perfect dan dalam kuantiti yang bersesuaian macam dalam piramid makanan tu... Jgn skip nasi, tp kalau boleh kurangkan pengambilan nasi.. Huhu






Before tu berat aku kelaut.. haha, sebab pergi kerje naik keta. sampai ofis duduk. pstu makan. balik. naik keta. sampai rumah. makan. hahahhah! Memng la gemuk kan.. Sekrg pas raye aku nak kuruskan sikit and maintainkan lagi berat badan.. 50 kg pls... 

So, nak sahut cabaran amalan pemakanan sihat bersama ceq hana? Jum kite same2 kurus utk majlis nanti. Haha. Chewah!


Happy Reading, toodles

XOXO, Hannah Sytieh









Wednesday, June 11, 2014

Product Kurus Terhebat and Berkesan - Secret Laxing


Hi Assalammualaikum




Don’t have any idea nak post pasal ape wo sekrg. Grrr. Tapi baru teringat nak update pasal satu bende… Testimonial  aku after amalkan SECRET LAXING. Wehhu.. Sape tak tau secret laxing tu ape ? meh usha2 jeling2 sini. Click sini : APA ITU SECRET LAXING ???

Dah tau kan ape bende secret laxing ni ? So, no need to elaborate here right.

Meh nak update testimonial. Tarrraaa :

  1. Turun 5kilos. Rase2 mampu tak untuk sebuln turun 5kg… Aku mampu dgn diet seimbang and amalkan secret laxing.
  2. Membuang dgn tanpa rase bersalah. Tehhheee. Harap maklum la..  Malu je tau nak elobrate panjang2.
  3. Badan rase ringan and katekan tidak pada belly2 jelly kat perut tu… Tau x jelly perut tu ape.. Yg mcm spare tyre kat perut tu… Bile pakai baju ikut badan je tak lawa. Sbb ape ? sbb ade spare tyre. Segan la mcm ni. Tapi skrg xde da.. Lngsing gituuuu perut ku… ahaks…
  4. Kdang2 bile mkn certain ubat , perut kite akn memulas mulas kan utk membuang. Tapi ni x… Ni senang gile nak membuang tanpe rase sakit perut yg mcm nak gile TU. Huhu
  5. Lagi satu, secret laxing ni dalam bentuk cecair. So senang nak hadam lam perut kite berbanding pil. Kalau aku memg prefer dalam bentuk liquid dr pil… So jawapan die secret laxing memng terbaik.





 Gambar ni tersimpan rapi lam lattop.. Haha. Awat rase badan mcm tegap mcm hape ntah. Berisi kemain weyh time ni. Sakit jiwe aku tgok gmbar ni. Haha. Tp nak update testimonial nye pasal kan, ku relakan jiwa ( nyanyi sambil lap hingus) .... Kite medium kan je la. segan kalau besar2 kan. HAHA! NI TAK ADIL TAK ADIL ... *nyanyi .. Berat time ni NOMBOR AWAL DIE BERANGKA 6... 60 okk...



Ni de latest one. Pic go to dinner. Ok x bdn mcm ni or kene kuruskan lagi? urmm. seksa jemah oi.. Now, already 55 kilos.. 


Dis one too.. Awal huruf 5 but middle.. 5 kilos dah lari weyh.. seronok taw... Skrg tgh berusaha lagi utk dapatkan bdn mcm bawah ni : 

:
:
:
:
:
:
:
:
v


Wehhhuuu, 50 kilos only dat time... Tulang aku berat, so takboleh bawah 50 kilos.. Nnti mcm tengkorak hidup berjalan. Hehe, papepun aku memg suke product ni SECRET LAXING ni. Memang terbaik sgt hokieh.. Will update more regarding dis product.. Tunggu k.. Only R33 not including postage.. 


Nak tahu lebih lanjut, pergi laman web dibawah. Segala pertanyaan boleh pergi ke page mereka. Mereka lagi arif :





XOXO,Toodles
HannahSytieh










Wednesday, May 7, 2014

Diet Atkins ? Yay or Nay ?


Hi, Assalammualaikum




Saje nak update blog ni… Aku rase aku nak try diet atkins selame sebulan. Orang kate diet atkins ni berbahaya. Tapi kalau ambik selame lamenye berbahaye la kan.. Just ambik dalam mase2 tertentu, NO HAL la…  mesti ade Antara korang tak tau ape diet atkins tu kan. Ce google. Mesti akan paham nanti.. Just korang akan ambik mase sikit je nak paham. Diet Atkins ni means kena makan sehari tidak melebihi 20 grams dalm sehari. So, kite kena pandai mengira kalori dalam mknn kite.

Ni note aku for diet atkins yang aku kene ambik kire. Ni semua aku study dr blog2 diet2 atkins.

  1. Minum air 1-2 gelas sebelum tiap kali makan. 
  2. Minum 2-3 liter air masak/mineral setiap hari
  3. Kiraan carbs adalah secara kasar. Sebolehnya jangan sampai limit 20g tu. Spare sikit untuk carbs tersembunyi.
  4. Kiraan carbs adalah termasuk setiap bahan2 masakan tu iaitu bawang, garlic, cili, asam, rempah dll..
  5. Aku try nak diet dengan makan sosej sebagai dinner or sarapan tetapi ade beberape bende penting yang kite kene tengok. Sosej tu jenis brand ape. Berape kandungan carbs dalam sebatang sosej tu. Kalau korang nak tau ce pergi market and bandingkan. Brand paling rendah carbohydrates adelah brand RAMLEE. Tak caye ? Pergi bandingkan sekarang! Huh. Sekarang kau…
  6. Tak digalakkan mkn satay sebab ayam diperap dgn gula dan rempah ratus. 1 sudu rempah ratus boleh dikira 1 carb. bawang? serai? bawang putih? halia? sebiji bawang putih sederhana besar jer dah 3 carb... So, tak boleh nak diet atkins dgn makan sate ok. 
  7. Antara bahan2 yg sgt rendah carbnya hingga menghampiri 0 adelah telur. Muratabak Sardin telur…. Tapi kalau nak beli sardine tu kene tgok label k... Teliti bab label carb dulu baru beli… Caranya... pukul telur dgn sardin 1 tin kecil yg telah dihancurkan. Leh masuk bahan perasa sikit mcm serbuk lada hitam ker...then goren jer mcm telur dadar. Sedap & Kenyang .


Sumber pic from tumblr


7 ketul note je nak share. Kite sambung akan dtg ok. Kalau nak tau lanjut leh google : DIET ATKINS. Toodles...

Good Luck


Regards, Hannah Sytieh




Friday, April 4, 2014

Kenapa apa2 supplement tak berkesan dengan saya ..


Assalammualaikum




Hai, selalu aku bace orang comment kat fb ke kat blog ke kenape bile makan ni tak jadi, makan tu tak menjadi. Cube tanye diri kenape satu2 product tu tak berkesan kat badan sendiri.. Cube tengok cara hidup sehari-hari mcm mane. Jum tengok lebih mendalam...  

KENAPA VITAMIN  OR SUPPLEMENT TIDAK BERKESAN KEPADA SAYA?


Contoh : HARUM MALAM, LISHOU MAGIC, BLACKMORES OR SUPPLEMENT2 YANG LAIN.

Kenapa vitamin/supplement tak berkesan kepada saya?

Kenapa ada yang 7 hari dah nampak kesan??


1. Air mineral, air kosong, air bersih sangat baik untuk badan anda. Tak cukup minum air 2-3 liter sehari, kolagen berfungsi menyingkirkan toksin dalam badan. Selagi toksin ada di dalam badan, vitamin memang susah nk menyerap seluruh badan, jika boleh pun lambat...

Sebagai contohh : A tak byk toksin, makan supplement dalam 5 hari dah cantik, B banyak toksin, makan sebulan baru nampk kesan.


2. Waktu makan yang tidak sesuai, sebenarnye waktu paling elok ambil vitamin adalah masa perut kosong, jadi disyorkan ambil sebelum tidur kerana semasa tidur, perut kita kosong dalam jangkamasa lama, jadi vitamin or supplement pape pun senang bertindak..
Jika perut penuh juga menyukarkan vitamin untuk bertindak. Jadi eloklah ambil 2jam sebelum hendak tidur / 2jam selepas makan malam..


3. AWAS! Jangan terlampau obses dengan kopi! Kepada pengamal kafein tegar, kafein dapat mengganggu proses penyerapan vitamin dalam badan, jadi elakkan kafein 5 jam sebelum/selepas mengambil vitamin yer. Tapi, kesan yang anda dapat adalah sangat perlahan berbanding dengan orang yang stop terus minum kafein.

Jadi, jika ambil supplement ni, saya nasihatkan jaga 3 perkara di atas supaya duit yang kita laburkan utk kecantikan tak jadi sia-sia.. Org lain boleh cantik kenapa kita tidak boleh??

Pssttt : Perlu konsisten pengambilan pape supplement sekurang2nya selama 3 bulan utk kesan sepenuhnya, kerana sebotol pertama hanya akan detox badan anda dr toksin yang bertahun2 lamanya di dalam badan.

Tak susah nak cantik uollsss.. Cepat2lah ubah tabiat ;)





PERLU INGAT .

  • Banyakkan minum air. 2-3liter .
  • Jangan minum kafein, produk tenusu, teh, air tin
  • Nak minum air apa????? Air mineral! Air kosong! Air putih bersih! ;)
  • ramai yang mengadu, dah minum air sampai kembung perut dah.. Tapi tak menjadi. Tapi perasan tak.. Adakah awak masih minum air teh? Kafein? Susu?
  • Air tin bergas yang boleh dikatakan separuh cawan gula dalam tu? Kalau bukan sebab berkenaan. Pemakanan anda mungkin..
  • Sangat dan tersangat molek jika anda amalkan minum air segelas selepas bangun tidur tanpa gosok gigi!!! Sesetengah orang mesti eeuuuuw kan???  Maaf, tapi ia sangat baik untuk digestion anda ;)(Mula2 memang susah nak amalkan..  Tapi lama2 akan terbiasa dengan sendirinya.. Bangun tidur terus minum air walaupun tengah mamai lg.. Haha)




Thanks Reading,
Hannah Sytieh






© Hannah Sytieh | Design By MH