Assalammualaikum
Post entry kali ni dilarang sama sekali dibaca
oleh korang yang tengah betul2 lapar dan tak makan lagi. Kalau tengah kenyang
mungkin bernasib baik sebab boleh menahan lapar makanan yang nak cerita kat
post ni. haha..
Weekend
lepas korang buat apa? Aku hari sabtu busy mengemas mcm dalam entry kat bawah
ni. Tapi hari ahad tu pergi melahap. Asyik duduk rumah je.. Bosan gila hidup
macam tu..
So, aku nak
share satu tempat steamboat best, servis tiptop and tempat ala2 makan kat
hotel. Sangat recommended ok.. Food lover mesti tengok ni! Kalau bab2 cerita
tentang makanan ni serahkan je pada yang pakar..Sebab tu kot berat badan ai tak turun2 u'olss. Pasrah je la. Nasib baik shuben pun kaki makan.. Kalau ajak pergi makan tempat best2 NO HAL punya.. kalau aku
tak habes, xpe... perut dia ada.. Huhu.
Bersama kak Parizan and Halim Brothers.. 1st time jumpa.. Tapi boleh masuk kepala.. Seronok dapat brknln dgn senior2 blog.
Back to the topic.
Aku ni
memang kaki steamboat.. sangat! Sebelum ni aku ada try steamboat kat kawasan sg
buloh sana tu. Tapi last2 sakit tekak, tak tau pasal apa.. Last2 kalau ngidam
steamboat je aku akan makan kat Johnys.. tapi tak berapa nak puas sebab set
hidang. Tak boleh pilih apa kita suka.. and kalau pilih yg sedap je harga dia
mahal sikit. Tapi pape pun still layan~
Tapi
sekarang tak risau dah.. Sebab aku dah tau kat mana Best Steamboat in KL.. Rasa
5 bintang tapi harga tepi jalan. Sapa taknak? Rugi kalau tak try..
Sebelum
cerita lagi banyak, meh nak bagi tau dulu Pak John Steamboat & BBQ ni ada
kat mana je.
Tempat :
1.
WANGSA WALK, WANGSA
MAJU
2.
eCurve Mall,
Mutiara Damansara
Tapi aku
pergi dekat eCurve sebab kat sana berkonsepkan Buffet.. Makan sampai puas tapi
satu harga shj. Kalau nak tau Pak John
Steamboat hidangkan lebih daripada 100 pelbagai sayur sayuran, daging, makanan
laut yang berkualiti tinggi and korang boleh makan semuanya... Semuanya ok!
Siap ada manisan lagi mcm jelly, buah-buahan, aiskrim, kaya ball, waffle, dim
sum, makanan bergoreng pun hado. Ok, aku rasa menyesal tak makan semua-semua
sekali.. argghhh~ sambil menaip telan air liurrr...
Harga :
1.
Isnin – Khamis =
RM36++
2.
Jumaat – Ahad =
RM39++
3.
Kanak-kanak : Bawah
ketinggian 90 cm adalah free. Atas 90cm separuh harga orang dewasa.
Waktu
operasi dari jam 10am – 10pm.
Pada
hujung minggu korang akan dihiburkan muzik2 akustik oleh kumpulan Voxsape dari
jam petang 6 petang sehingga jam 10 malam.
Sampai-sampai
je, macam biasalah diorang akan tanya, nak sup apa.. Ada 6 pilihan sup ok..
Biasanya ada dua pilihan je kan ? tapi ni ada 6 pilihan sup .
1.
Beaf
bone soup
2.
Chicken
Soup
3.
Miso
Soup
4.
Curry
Soup
5.
And
sup paling istimewa TOMYAM SOUP
6.
And
PRAWN SOUP
And
of course la aku pilih yang istimewa kan.. TomYam Soup and Prawn Soup.. Layan~
Yang aku boleh
perhatikan dari segi kebersihan memang boleh bagi A++++. Plus plus ok.. Sebab
memang bersih sangat and selesa kalau nak bawak ahli family ramai-ramai datang sini
ke, nak celebrate birthday ke dekat sini. Ada bilik VIP siap! Kalau nak sambut
birthday, orang yang sambut birthday tu FREE! Tak payah bayar.. Contoh 6
orang.. korang bayar untuk 5 orang je... Paham kan..
I
love thisss!! Rasa nak tercabut mata boleh tengok macam-macam jenis makanan.
Bukan sembarangan makanan yang murah2 tu ok.. Ni semua jenis2 yang mahal...
Fish ball macam2 bentuk ada.. Rase macam2 rasa.. Macam-macam jenis fishball
ada! daripada fishball pernah makan sampailah yang jenis tak pernah makan pun
ada. Alhamdulillah memang banyak sangat pilihan. Lagi best kalau isi dia
cheese.. walaweyhhh.. Nikmat sangat makan. Rasa macam urghhh nikmatnye.
Dekat
sini ada macam-macam pilihan daging, ayam, sotong, ketam, ikan, udang, kerang,
kambing, daging itik pun ada jugak! And Siput Buluh pun ada... Memang
teringin sangat2 nak try.. Dan semua jenis fresh-fresh and yessss menyelerakan!
And
paling istimewa ialah ada 4 jenis Premium Item. Korang mesti cuba :
2.
New
zealand lamb slices
Premium
item ni korang kena order dengan chef di dapur tau. Sebab tak boleh terdedah di
kawasan luar. Akan cepat kering and kualitinya boleh terjejas. Pak John sangat
mementingkan kualiti makanannya terjamin.
Nak rasa pedas2..
Boleh cicah bersama sama HOMEMADE PAK JOHN STEAMBOAT SIGNATURE SAUCE.
Untuk
sos, ada macam-macam jenis sos! Memang sendiri makan rasa x puas sebab sedap
sangat sos campuran ni. And paling xboleh bla.. ambik sos pakai mangkuk besar..
Jawabnya memang kuantiti sos yang aku ambik memang banyak la kan. Ada 7 jenis
sauce korang kena try :
Thai sauce, belacan
sauce, sweet sauce, thai green chili, soya sauce, garlic chili sauce.. And sauce
terbaru mesti korang try Pineapple sauce.... Sos nenas weyhh..
Saje
nak letak banyak-banyak gambar yang sama!! hahahah nak kasi terpengaruh!korang
wajib pegi ok !! Honestly, Alhamdulillah memang sedap. boleh bagi 5 bintang :)
trust me.
Paling
best adalah ni! Kaum wanita, kita sangat beruntung tau, sebab ada ladies day...
gilalah macam ladies night dah... hahahahha! sayang pak john ! Student pun
jangan nak sedih sangat, korang punya lagi best! Diskaun 30%... Sila menangis..
Jealous aii ngn student2 ni.. Rasa macam nak p study balik...
Kalau
teringin sangat nak bersteamboat, janganlah lupa singgah Restoran Pak John seperti
di alamat yang tertera di bawah ni haaa...Aku first time pergi dan InshaAllah
akan repeat lagi nanti. Harga sangat reasonable and tempat best tahap 5 bintang.
Korang jangan lupa try k ! Selamat bersteamboat!
KUALA
LUMPUR
Restaurant
Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa
Walk Mall
Lot
GL-02 & FL-02,Wangsa Walk Mall,
Wangsa
Avenue,
No.9,Jalan
Wangsa Perdana 1,
Bandar
Wangsa Maju,
53300
Kuala Lumpur.
Tel:
03-4141 8898
SELANGOR
Restaurant
Pak John Steamboat & BBQ eCurve
Lot
LG-13A & LG-15,
Lower
Ground Floor,eCurve
No.2A,Jalan
PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810
Petaling Jaya.
Tel:
03-7733 3913
More
details:
Thanks halim brothers and mekonie sebab jemput ai ni... terima kasih bnyak..
Korang
dialu2kan untuk share entry ini untuk suggestkan dekat kawan2 tentang restoran
ni.
-Best steamboat in KL
-Best steamboat in PJ
-Best steamboat in PJ
-Steamboat Buffet In PJ
-Halal Steamboat
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx!