Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Idea Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Idea Kahwin. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Khtarhana wedding : My Bridesmaid, Reception


Assalammualaikum





Sambung entry wedding boleh tak, huhu. Nampak gambar bridesmaid time sanding. So, alang2 meh letak kat blog... tak edit pun lg ni. Malas plk. Update je la kan. Apa tu bridesmaid ? huhu. Time wedding haritu pun hana ade bridesmaid. Boleh tahan ramaila. Untuk memeriahkan majlis . suke, sebab bridesmaid lawa2. Ihik. Pandai makeup and smooth kan majlis. Thank my bridesmaid. Sangat2 membantu tau. My bridesmaid apart from being my dayang, they run here and there to serve the guests at the same time. I call them iron ladies for being able to play such a busy roles yet never fail to look sweet and wear a cute smile all day long.



Note To all my Beautiful Bridesmaid,
Thank You Very Much, for your very meaningful presence on my big day. I owe you, and love all of you very much. 




Bridesmaid :


"The bridesmaids are members of the bride's wedding party in a wedding. A bridesmaid is typically a young woman, and often a close friend or sister. She attends to the bride on the day of awedding or marriage ceremony. Traditionally, bridesmaids were chosen from unwed young women of marriageable age"- source : Wikipedia






Maid of Honor :


"The principal bridesmaid, if one is so designated, may be called the chief bridesmaid or maid of honor if she is unmarried, or the matron of honor if she is married. A junior bridesmaid is a girl who is clearly too young to be marriageable, but who is included as an honorary bridesmaid" - source: Wikipedia
















Below is some bridesmaid-related tips I would love to share with all B2Bs:


1. Pastikan warna tema pakaian bridesmaid dan tema kedua-dua belah famili  berbeza/kontra dengan warna baju pengantin.
2. Kalau boleh avoid warna tema yang terlalu terang atau menyerlah. Go for pastels or dark colour is safer.
3. Pastikan kira betul-betul berapa orang bridesmaid untuk majlis kita supaya masa beli kain nanti tak membazir dan takde masalah tak cukup kain.
4. Bahagikan kain kepada bridesmaid untuk jahit sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis. Kalau nak tetapkan baju design macamana pun ok je, lagi cantik semua pattern sama :)
5. Lesson learnt, kalau nak lagi cun, beli kain untuk jahit tudung sekali...supaya warna tudung sama / colour tones tak lari jauh.
6. Pilih bridesmaid yang ceria, sporting, tidak kekok bergambar.
7. Pilih material kain yang selesa dan tidak terlalu sarat. Kalau pengantin pakai fabrik lace penuh, elakkan bridesmaid put any kind of lace on their attire, nanti nampak lagi crowded.
8. Above all, always remember : the basic rule is no bridesmaid can overrule/overshadow the pengantins on their big day. I believe the simpler the bridesmaid is, the outcome will be prettier.



















Thank you gais.. love u’alll so much
Love, see you in next post,
Hannah Sytieh






Monday, September 7, 2015

Sewa baju pengantin Biru Turqoise + Purple


Hi Assalammualaikum





Sewa baju pengantin Biru Turqoise + Purple

Baju bersanding ni material dia  FULL CHIFFON with heavy beads dekat bahagian atas sampai pinggang. And beads kat bawah dress...






TUDUNG DAN VEIL shj : RM70 termasuk deposit

Price : RM30 + deposit RM40 = RM70

Baju bersanding ni material dia heavy chiffon penuh
juga terbuka untuk disewakan baju ini termasuk tudung dan veil :)
Hana buat dress dari atas ke bawah with heavy beads
dan lace berwarna terqoise pekat plus beaded purple di bahagian dada :)
boleh sewa baju perempuan sahaja . Pengantin lelaki boleh pakai suit. But kalau sewa both dapat laaa diskaun sikit :) Tapi baju laki panjang sebab husband hana tinggi.












QUOTATION: BAJU BERSANDING


(L) FULL SET TERMASUK TANJAK DAN SAMPIN : RM150

(P) FULL SET DRESS TERMASUK TUDUNG, VEIL : RM200

DEPOSIT : RM100 (akan dipulangkan jika barang dalam keadaan yang baik)

TOTAL : RM150 + RM200 + RM100 = RM450

 RM100 akan dipulangkan balik bila baju hana dah terima dengan keadaan yg baik, tak rosak.

Tapi kalau nak sewa baju perempuan sahaja pun boleh. Mana tau lelaki nak pakai suit... Pakai suit boleh je match kan dengan mana2 baju perempuan...






CONFIRMATION DETAILS (EMAIL): Sitihasanah31@ymail.com

Subject: SEWA BAJU NIKAH/BERSANDING/BERTANDANG (DD/MM/YY)
Name :
Email:
No Phone:
Wedding Date :
Question: berkenaan dengan sewaan, tempoh sewa, penghantaran dan lain lain berkaitan baju sewa diatas sahaja 




Love, see you in next post,
Hannah Sytieh






Saturday, June 20, 2015

MUA for your BIG DAY, San't Makeover

Hai Assalammualaikum



Ya Allah lamanya tak terupdate blog ni. Maafkanla ceq na..  Entry ni dihasilkan sebab baca FB kak san’t. :D Tetibe teringat kat dia. Cantik je orang dia. Orang sabah, tapi dok KL tau.


Pernah jumpa die sekali untuk makeup HAI BLOGGER. Hasil dia sangat memuaskan. Sebab tu kalau boleh hana nak share dekat sini. Mane la tau ade yang tercari-cari MUA untuk tunang ke, sanding ke, Shoot ke. Boleh la contact kak san’t ni. 




One of my reasons kenapa pilih Kak Sant ni jadi orang yg bertanggungjawab utk make up time shoot tu ialah sebabkan make up from her sangat2 natural beauty. hehehe! Tak nampak terlalu tebal and suka dengan cara Kak Sant dia memang takkan trim kening. Hope kalau ada bride to be yang agak-agak tengah membaca entry ni, masih dalam pening-pening lalat nak pilih orang yang make up masa nikah/resepsi, booked la siap-siap Kak San’t :) Hana boleh jamin korang akan suka dengan service Kak San’t sebab senang nak berurusan, tak banyak kerenah, and very very very friendly!! Yihaaa, tu lah paling suka sebab hana ni dah la jenis x banyak cakap bila depan-depan. Kak sant pulak bila org tanye soalan je mesti dia jawab.. Tak sombong ok. 




Sebelum cari MUA ni korang kena betul-betul teliti hasil makeup dia orang. Cantik ke tak cantik ke. Macam opera cina ke macam princess.. hehe. Sebenarnya makeup ni yang paling penting. Sebab orang akan tengok kita. Tak kan elok2 muka ayu manis cantik tetiba jadi mcm opera cina. Kan da segan kan. Lagi2 makeup untuk nikah and untuk sanding. Sebab orang datang majlis kita nak tengok kita. Bukan nak tengok benda lain. Yang penting tengok pengantin dulu. Kan... So, be prepare la korang. Carik MUA yang makeup cantik..




Salah satu hana nak bagi rujukan, kak San’t ni la . Korang boleh tengok hasil tangan dia macam mana kat dalam tu okieh... Dia bukan pakai produk cincai2 je tau nak makeup kan korang. Tapi berkualiti tinggi and dijamin. Takdela kulit muka korang nanti rosak after makeup. Yang paling penting tahan lama. Tak merekah-rekah. Kalau makeup merekah percayalah nanti kulit korang jadi kale hitam2 plus warna bedak. Nampak sangat makeup nak cair. Susah nak touch up tau kalau jadi lagu ni.. hehe. Nah FB dia.. Nak bg number phone tapi hana sendiri lupa nak save. Ni Fb dia ok. Boleh berurusan dengan dia kat sini :







Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless






Monday, May 25, 2015

Raja Sehari bersama Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Sambungan dari part 1 yaya rosly :


Tanya lagi sekali. Pernah dengar yaya rosly couture? Mesti ramai yang pernah dengar jenama yaya rosly. Yaya Rosly , a local fashion designer which specialize in petite size . Pernah mengusahakan spa kecantikan sebelum ini, bagi Yaya Rosly segala-galanya tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan. Ini dapat dilihat apabila beliau kini bergelar perancang perkahwinan di samping memiliki butik perkahwinannya sendiri.


Jelas Yaya, spa tersebut dijual bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi beliau menghadapi masalah dari segi aliran pekerja. Katanya lagi, untuk mendapatkan pekerja yang mahir dalam bidang kecantikan dan juga urutan bukanlah mudah tambahan pula hari ini tiada rakyat tempatan yang ingin bekerja dan terpaksa mencari pekerja asing. Selain disebabkan terpaksa mengeluarkan pelaburan’ yang banyak untuk mendapatkan seorang pekerja dan kerap kali juga pekerjanya lari dan ditipu, Yaya akhirnya membuat keputusan untuk menjual spa kecantikan tersebut. Namun Yaya tidak pernah serik malah hari ini beralih arah dengan mengusahakan butik pengantin. Yang pasti bidang perniagaan merupakan bidang yang digemari Yaya dan untuk itu Yaya akan usahakan butik perkahwinan ini selagi terdaya," ujar pemilik Ijazah Pengurusan Perniagaan ini lagi.


Tidak lama lagi yaya rosly akan mengeluarkan Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly 2015. Ramai yang tidak sabar menunggu design hari raya dari yaya rosly. Kelainan yaya rosly couture dari butik lain ialah baju yang akan dikeluarkan agak terhad. 1 design hanya ada dalam 10 helai sahaja kalau tak silap. Tapi jangan risau sebab terdapat banyak design yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly belum dilancarkan lagi . Jadi kami pergi kesana untuk berkenal-kenalan dahulu dengan Yaya Rosly ni dan melihat baju rekaan dari yaya rosly. Untuk pengetahuan anda dress yang ada dekat butik Yaya Rosly semuanya cantik-cantik . Most of them wedding dress . 




Kebetulan adik Yaya Rosly , Aishah yang merupakan salah seorang model untuk rekaan Yaya Rosly ni turut hadir pada hari tersebut. Jadi  Aishah sempat memperagakan beberapa bridal dress untuk tatapan kami . Jangan tak tahu , artis pun dah ramai yang pernah gayakan rekaan-rekaan Yaya Rosly antaranya Mawar Rashid , Elizabeth Tan , Mia Sara , Sara Ali , Nelydia Senrose , Arja Lee .  Mesti anda tertanya-tanya kan , kata untuk petite size tapi Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu boleh pakai pula . Memang la Yaya Rosly ni specialize in petite size , but still Yaya boleh design juga untuk yang bukan petite size . Sebab yaya is professional designer .  




Untuk lelaki pun ada jugak koleksi dari Yaya Rosly ni, jahitan sangat kemas dan lain dari yang lain.




Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, jelas anak ketiga daripada empat beradik ini, beliau memulakan perniagaan butik perkahwinan selepas menjual perniagaan spa kecantikannya. Bukan sahaja wedding dress yang yaya boleh buat, butiknya itu walaupun pengkhususan kepada bakal-bakal pengantin, tetapi beliau turut membuka tempahan kepada baju biasa dan juga tempahan kasut. 




Apa yang menariknya segala produk keluaran butik akan diletakkan jenama Yaya Rosly, jenama Yaya sendiri.




Jahitan dan detailing untuk dress-dress yang yaya sediakan semua sangat kemas . Kagum betul kami. Bila ditilik secara dekat , memang cantik dan susunan beads semuanya tersusun cantik . Yaya Rosly hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi sahaja dan apabila dipakai sangat selesa. Kalau yang berkualiti , dari jauh kita dah boleh nampak betapa cantiknya dress itu, terletak cantik kat badan dan tak nampak kaku .


Apabila diselidik sedikit demi sedikit, maka tidak hairanlah sekiranya Yaya ingin terus bergerak dalam bidang perniagaan. Yaya sememangnya berasal daripada keluarga yang terlibat dalam bidang perniagaan. Bapanya seorang kontraktor manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.




Sebelum balik , sempat bergambar kenang-kenangan . Yaya Rosly juga menyediakan buah tangan untuk kami para blogger iaitu black Durrah Chaftan dan aksesori rantai leher. Terharu bila dapat tahu Durrah Chaftan tu direka dan dijahit khas untuk kami para blogger yang hadir pada hari tu. Durah Kaftan ni sangat cantik disamping kain yang sejuk dan selesa dipakai.


Jika anda berminat jangan lupa sentiasa melihat instagram yaya rosly dan laman web yaya rosly untuk koleksi Ready to wear by Yaya.


Alamat :

Yaya Rosly Couture , E - 8 - 1 , PP25 ,
Taman Pinggiran Putra , 43300 ,
Seri Kembangan , Selangor .

Whatsapp : 012 - 6460210

Website : http://www.yayarosly.com.my/

Facebook Page : Yaya Rosly

Instagram : @yayarosly


Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless




Sunday, May 24, 2015

Butik kahwin Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Hi, Hello... Sorry a little bit busy .. Rasanya dua minggu lepas hana ada pergi event yaya rosly.. Siapa kenal  yaya rosly ? Yaya rosly ni bukan calang – calang orang tau. Designer terkenal untuk artis2 kat luar sane. Tapi bukan setakat artis je. Kita yg biasa2 ni pun boleh jugak nak design kat yaya rosly ni. Sebab apa tau.. Sebab yaya ni very the humble person. Seriously, mesti korang suka nanti. Harga pun mampu milik. Hana berpeluang untuk jumpa Yaya Rosly di butik beliau di Sri Kembangan, dan berkongsi cerita tentang pengalaman serta kejayaan beliau sebagai pereka fashion di Malaysia.


Baju kahwin cantik dari Yaya Rosly Couture



Baju kahwin cantik dari yaya rosly couture. A to Z disediakan. Memudahkan and sangat recommended untuk bakal pengantin diluar sana. Hana dah pergi try usha and testing their product, So, sekarang hana review. Senang untuk korang kat luar sana buat pemilihan.




First time masuk dalam butik ni rasa macam nak nangis bila tengok collection baju kahwin 2015. Omg, sangat cantik. Rasa macam nak beli semua collection baju 2015. Buat baju raya.. eh! Hahahhahaha.. Grand ko punya raya hana oi.  So, dari masuk butik tu tengok the materials and design I stalk dia punya insta... Eh! Baju Raya 2015 will be released soon.... Gulp... Tak sabaaarrr nye nak tunggu. Mesti meletops. Tak sabar tunggu koleksi RTW Yaya Rosly untuk Syawal tahun ni. Boleh bergaya dengan rekaan Yaya Rosly nanti. Yaya akan keluarkan banyak jenis design. Yaya nak semua orang nampak berbeza so design setiap koleksi adalah terhad. Takde la nanti pakai, eh asal sama ni. Segan pulak kan nak beraya.




Perempuan ni satu je. Baju.. Kalau part baju memang cukup suka sangat... Boleh tak tidur malam asyik fikir baju je kan. Memang perempuan ni part baju agak lebih2 sikit. Yang lain boleh letak tepi. Tak makan  sedap2 pun takpe. Janji dapat shopping kan.

Jumla usha sikit butik yaya ni.. Cantik tau, kemas je and yang penting korang akan selesa. Wangi je..





Apa kelebihan butik yaya rosly ni ?


Boleh customade baju korang sendiri . Yaya akan dengar permintaan design korang tp dalam masa yang sama yaya akan bg tau jenis-jenis design yang sesuai untuk badan korang.. Jangan main hentam je nak baju macam ni macam tu tapi alih-alih bile testing kat badan tak lawa. Nampak gemuk la, nampak pendek la... tu maknanya design yg korang nak tu tak sesuai untuk badan korang ok.

Lagi kelebihan ialah untuk orang jenis petite. Ha, tau kan ape tu petite. Sekarang rata2 susah nak cari baju yg petite. Semua jenis long je... So, kene oter.. Kalau kena oter ape maknanya baju ready to wear kan.. Kena adjust bagai. Takde makna da maksud baju ready to wear tu tau . Kalau nak tau, Yaya Rosly ni pon kecik comel, so dia arif tentang kemahuan or busana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh kecik ni. Siap boleh nampak tinggi masa hari bahagia tu.




Kalau nak tau kat yaya rosly ni tak boleh sewa baju. Semua baju adalah cash and delivery. Bawak balik terus. So, after korang pakai bolehla buat sewa baju pulak kan. Macam hana. Dapat la modal korang tu balik. Kan senang ... Jangan risau baju yaya semua harga boleh beli.. Tak de la mahal sampai 5riban ke atas.

Semua design dia sangat modern and elegant. Boleh la korang cuci-cuci mata tengok design2 ni. Semua ni kiranya masih dalam budget tau, tapi still cantik and nice. Untuk orang-orang klpj, recommended yang mungkin cantik di hati korang jugak.














Beberapa keping gambar yang ditangkap kerana didapati bersalah sebab buat mata aku jadik julings.. Cantik semua nya.. Model yaya rosly ni adik yaya sendiri, aisyah nama dia.. Semua baju yang aishah ni pakai pun sangat la cantik and kemas je kat badan.







Cantik kan. Ni je yang sempat aisyah pakai, memang cantik2 kesemuanya. Very recommended la u'olss.




Ni la Yaya Rosly. Yaya Rosly sebenarnya dah 4 tahun dalam dunia reka fashion ni, menapak dari biasa-biasa hingga mendapat nama di dunia fashion ni. Contoh artis yang pernah memakai reka pakaian Yaya Rosly adalah Elizabeth Tan, Mawar Rashid, Emma Maembong, Arjalee, Syada Amzah (Adik Shila Amzah), Nelydia Senrose.


Boleh datang ke alamat dibawah atau check Instagram dan website Yaya Rosly :

Alamat:E-8-1, PUTRA WALK,
JALAN PP25, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Will be continue... Stay tuned

Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless,




© Hannah Sytieh | Design By MH