Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Look Post. Show all posts
Showing posts with label Look Post. Show all posts

Friday, May 8, 2015

POPLOOK Butik Online Muslimah Paling Popular Di Malaysia


Assalammualaikum




Rasanya sekarang ramai kaum-kaum hawa kat luar sana  suka “shopping” melalui online je kan, tak perlu nak menapak dari butik ke butik. Melalui online sahaja kita dapat bandingkan design-design yang ada dan harga mengikut jenama masing-masing. Harini hana nak review satu online shop yang memang sudah lama TOP di malaysia. Rasanya base mereka melalui “online” sahaja. Tiada butik untuk kita rasa materials yang digunakan dan untuk dicuba dahulu sebelum membeli. Tapi tak perlu risau sebab materials dan design yang mereka ada semua sangat high quality and cantik bila dipakai.


Butik apa yang hana cakap kan ni ? “POPLOOK.COM” . Siapa yang tak kenal poplook.com . Pasti ramai yang kenal. Nak shopping di poplook memang mudah. Korang hanya perlu melayari http://poplook.com/. Pilih design yang korang minat, lihat ukuran yang sesuai then make a payment. Tapi kalau ada baju yang korang berkenan better cepat-cepat purchase. Sebab apa ? Sebab barang di POPLOOK cepat sangat SOLD OUT. Seriously, tak tipu. Sebab hana salah sorang peminat tegar POPLOOK. Dari Dress, Blouse, Pants, Baju Kurung, Skirt semua hana suka. Sebab design dari poplook menepati cita rasa setiap umur. Bukan untuk remaja sahaja, untuk kanak-kanak dan orang dewasa semua ada. Paling senang nak cakap. Setiap pangkat umur ada di POPLOOK. Hanya berbelanja di satu laman web sahaja, boleh dapat semua yang kita perlukan.


Apa yang best tentang poplook ni ? Delivery yang sangat laju. Harini purchase, besok barang dah sampai. Pastikan purchase sebelum pukul 3. Tapi untuk hari jumaat purchase selepas pukul 1, hari isnin baru arrived dekat customer.


Apa lagi yang best di POPLOOK ? Semestinya design, materials, warna and harga. Butik fesyen online yang menarik dan mudah, sesuai buat korang. Fesyen yang sederhana dengan gaya yang sangat menarik, berkualiti, ada 'style' dan kelas tersendiri, cantik dan yang paling penting ialah harga yang berpatutan... memang berbaloi.. Selain menampilkan warna-warna yang pastel dan warna-warna kontra. 




Tidak ketinggalan juga ramai wanita-wanita diluar sana yang sangat kreatif and bijak. Sebab apa? Sebab mereka pandai membeli barang yang cantik tapi ada sikap menjimat cermat. Sebagai contoh : Kalau korang pergi ke label wedding and celebration, banyak jenis dress yang plain and the materials of course plain chiffon high quality . Pilih any design baju yang korang minat and purchase. Siapa yang nak bertunang, bertandang or have any events or dinner. Korang boleh transform kan dress plain tu menjadi satu baju yang cantik dengan hanya menampal lace and beaded. Confirm dress yang korang transform kan tu menjadi sangat cantik dan sesuai untuk majlis yang korang nak pergi. Tak percaya? Sila cuba...


Selain tu, poplook.com juga ada menjual dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. Poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini.


Setakat ni hana baru shopping 5 helai baju dari poplook. Salah satunya seperti dibawah. Memang sangat selesa. Will update OOTD yang lain soon .




Jangan lupa layari website poplook.com untuk koleksi hari raya akan datang, mesti sangat trendy and sofistikated! Tak sabar nak tunggu!


Untuk informasi lanjut mengenai koleksi POPLOOK.COM, sila layari :


Website: poplook.com
LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com
FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop
Instagram: @poplookshop


Love see you in the next post
Hannah Sytieh




Thursday, May 7, 2015

Bisnes tudung satin laku keras


Assalammualaikum


Pemakaian tudung mencetus satu fenomena tersendiri apabila ramai golongan kaum hawa kini mula menyedari akan kewajipan dituntut agama. Semenjak-dua menjak ini kesedaran untuk memakai tudung semakin meluas dan sudah ramai golongan artis juga turut berhijab.

Sudah tentu ramai peminat-peminat mereka ingin mengikut jejak langkah artis yang mereka minati.


Drama hati perempuan bawal satin mia ahmad yuhanis
Trending terkini akibat impak daripada Drama “Hati Perempuan” di TV3 menjadikan ramai golongan wanita mula tercari-cari tudung bawal satin. Seperti yang kita ketahui heroin drama Hati Perempuan iaitu watak Yuhanis yang dipegang oleh Mia Ahmad begitu anggun dan cantik dengan menggayakan tudung bawal satin. Sama ada yang jenis “plain” ataupun “printed”. Pasti ramai yang ingin memiliki tudung seperti Yuhanis kan?

Makin berlambak dipasaran sekarang para peniaga menjual bawal satin samada secara offline mahupun online. Semakin ramai kaum-kaum hawa mencari tudung bawal satin untuk digayakan ke pejabat, beriadah ataupun kemana-mana majlis. Tidak ketinggalan juga untuk dipakai pada hari raya nanti. Mereka juga ingin kelihatan anggun seperti Mia Ahmad.

Ringkas tetapi nampak sofistikated. Kalau bukan disebabkan Mia Ahmad dan Hati Perempuan, tudung bawal satin tak akan laku. Bisnes tudung “satin” merupakan bisnes yang “laku keras” pada masa sekarang. Cuba la beli sehelai untuk kelihatan seperti Mia Ahmad. Semakin nak dekat raya semakin ramai yang akan berbelanja samada melalui online ataupun mengunjungi butik2 yang tumbuh bak cendawan zaman sekarang. Bermacam-macam persiapan yang dicari oleh kaum Hawa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Walaupun raya lebih kurang 3 bulan lagi.. Ya itulah hakikatnya.




Pada pandangan hana sebenarnya, pemakaian tudung mengikut fesyen atau trend sekarang bukanlah satu masalah sebenarnya kerana dengan fesyen tudung yang pelbagai jenis dan gaya, sedikit-sebanyak telah membuatkan ramai kaum muslimah pada masa kini terbuka hati untuk memakai tudung. Ini dapat dilihat dengan penumbuhan yang positif dalam industri fesyen muslimah yang dilihat semakin ramai peniaga yang mula berkecimpung dalam industri fesyen muslimah.

Tetapi, suka hana ingatkan. Pemakaian tudung juga hendaklah dilengkapi dengan berpakaian menutup aurat serta menepati kehendak syariah. Ingat! Jadilah muslimah islam yang sebenar bukan untuk mengikut trend semata–mata.

Nak cari dull satin bawal boleh click sini :  https://instagram.com/vrhijab_/


Love see you in the next post
Hannah Sytieh





Thursday, September 4, 2014

LOOK POST : OOTD green colour...



Hi, Assalamualaikum


When I'm feeling green, all I have to do is..




Go for a walk. Have a cuddle. Listen and recite. Get a pedicure. Have a bath. Read something glossy and eat something sweet. Stare mindlessly at the window. Look at old photos and reminisce. Make a list of anything. And of course, spend hours in front of the lappy just for a blog facelift. ta-daa!


Anything to add to the list? What do you do when you're feeling rather green?


Shawl - @dfashionig instagram
 Top : Short Peplum from times square
 Skirt - First Lady 
Handbag - Maria.Shop Instagram


Pssst : Now tgh layan kacang kuda atas katil. Sambil update blog. *Nikmat*



Toodles… 
SEE YOU ON MY NEXT POST.


Xoxo, Hannah Sytieh





Wednesday, June 11, 2014

LOOK POST : Selfie kat Muzium Negara katenye~


Assalammualaikum




"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."

Hi, Sambil layan lagu sambil taip. Rindu peneng. Dulu selalu lepak pantai. Sekarg dah balik hometown sendiri selalu nampak bangunan je. Kalau kat peneng. Beli kopok lekor RM2 air RM1 . Cukup untuk dinikmati tepi pantai . Sambil melihat pantai yang tak pernah sakit hati biar di hempas ombak berjuta kali. Kalau lah hidup kita ni memang menghadap pantai sepanjang masa kan bagus? Timeq Sq, Sunway, the curve atau klcc mesti tak terpandang lagi. Unfortunately, you can’t live your life on the beach, sebab orang kata kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Eh tak ada kena mengena. Macam mana pun keadaan panas matahari di pantai atau awan mendung selepas hujan, there is something about being on the beach that makes us all feel alive!
Tapi disebabkan kat KL ni takde pantai, kite prgi muzium negare saje la. Saje tukar angin dr nak g tmpt shopping je. Bosan tahu x! Habes duet pun habes. Jum la kite :

\
Ootd sgt la katakaw
Pergi ngan budak kecik ni. Senyum lobeyh ha die ni. Muke awet mude sgt... genetikkkk



Kite mestila syg dengan MALAYSIA, bla bla blah blah blah... bebel tak habes...

Ni name die bukan kaki camera. Kaki selpie aku ngn mek onie je. Hat yg sorang ni kaki pemalu. kahkahkahkah. Pandang tepi tak habes habes. Teleng kang pale tu bang~
K, jum pulang. Ni je nak update. Nampak lam lattop banyak sgt gmbar,so update sini sikit. Mane la tau korang pun nak layn gambar kat sni gak. mihmihmihmih

XOXO,Toodles
HannahSytieh





© Hannah Sytieh | Design By MH