Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Travelouge. Show all posts
Showing posts with label Travelouge. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Tips penting kalau nk pergi ke BALI, INDONESIA





 Assalammualaikum






Kat sini hana nak kumpul tips2 pergi ke bali, Indonesia. Haha.. hana dah pergi ke ? Of course la belum.. baru sampai ke bandung je ni ha...hana nak pergi tapi suami takut nak naik kapal terbang dah.. huhu~ So, macam mana nak pergi ? hurrmm. Nak tempah tiket pun fikir sepuluh kali. Haishhhh...


Kumpul je la duit simpanan tu.. mana tau tiba2 die dah bukak hati nak pergi ke... Or nak pergi tempat lain ke kan....


So, sebelum pergi mestila kena ada tips2 yang perlu kita tau kan, ni tips dari adik sendiri. Sebab dulu dia kerja kat travel agency :


  1. Duit tukar siap2 kat Malaysia. Rate kat tempat kita ni lebih bagus. Jangan lupa standby foreign currency sikit macam SGD ker USD ker untuk emergency.
  2. Bersabarlah dan tahan iman di Kuta & Ubud kalau nak beli t-shirt. Sebenarnya t-shirt yang mereka jual mahal dan tidak berkualiti. Kalau nak beli t-shirt as souvenir beli di Tanah Lot. Setiap t-shirt packagingnya cantik dan harga pun hanya Rp20k :). Harga keychain/fridge magnet rata2 Rp3-5k. Kalau mahal daripada ni, don't buy.
  3. At any market, di kuta mahupun ubud, always remember to bargain more than half. Say a beach dress offered Rp150k, mintak Rp50k... they'll give. Pretend tak berminat if dorg tak kasi harga yang u nak :) kalau depa tak kasi pun just walk off, banyak lagi kedai yang jual barangan sama and boleh beri harga lebih baik...
  4. Kalau nak enjoy Kuta life, sila tinggal di hotel Grand Inna atau Kuta Paradiso... dua hotel ni betul2 dekat dengan pantai & hard rock. Macam biasa, kalau aku carik tempat yang best, murah dan dekat ngan semua tempat. Walking distance gitu. Hotel adalah bersepah2. So,  Dont worry.. Nak best carik area Kuta Poppies Lane. Situ semua dekat2 kalau nak jalan2 cuci mata or beli barang.
  5. Janganlah tergoda feeling2 nak private villa, gambar cantik dalam Agoda bagai. Sbb di Bali Villa2 ni terletak jauh, ceruk, nak keluar berjalan2, melepak bagai pun susah, taxi bagai pun hazan. Even the most expensive villa milik BVLGARI terletak ceruk di Uluwatu. hado! jadi, kalau nak sgt villa, amik villa milik hotel... if not tahulah, hazabnya nak romantic konon, jadi scary! ;p
  6. Macam biasa, international plug or adapter adalah penting.  Bawak sekali extention wire yg ringan yang ada 2/3 ketul tempat cucuk tu. Then bolehlah cucuk gajet2 canggih korang tuh kan.
  7. Spa woiiii.. jangan luper.. make sure kena pergi ... Cara terbaik, pergi jalan2 dulu area Kuta ngan Legian tu, survey2 harga spa.. then baru decide and buat booking . Kalau nak massage, di Kuta mmg murah Rp50k je... tapi tempatnya comot dan kalau cuaca panas, hazabla berminyak dan belengas badan! So, kalau nak massage, pegi after 6pm. Reccomended place, De Nyuh Spa... spa ni dalam hotel. So mmg proper. harga pun murah Rp85k je :))
  8. Jangan beli painting kat Ubud. Harga mencekik darah. Korang belilah kat Pasar Sukawati or kat Tanah Lot. Situ lebih murah. Boleh tawar giler2 punyer.
  9. Makesure camera semua cukup bateri . Camera adalah penting yer.. Jangan nangis kalau takder gambar boleh di snap. Pemandangan adalah super cantik bak hang..
  10. Turtle island tu takderlah island mana ponn. Dia macam zoo mini. Ada banyak turtle kat situ nak pegi pun mahal. So boleh skipp.
  11. Kalau nak nengok Kecak Dance, makesure sampai awal yer kat Uluwatu. So korang boleh selesa sikit nak ambil2 gambar & dpt carik tempat duduk yg best masa nak tengok Kecak Dance tu
  12. Setiap tempat kat Bali tu semua berbayar. So sediakan entrance fee siap2.
  13. Bab makan adalah payah sikit. Tapi jangan takut, korang takkan kebulurnyer. McD kat sana halal boleh makan. Cuma berjaga2 ngan Kedai Nasi Padang. Ada certain tak halal. Cuba tanya dulu ye kalau nak makan halal ke tak.. Tapi korang boleh try makan kat sini Mangengking Restaurant..Boleh pegi naik teksi or suruh Pak Supir bawakkan.
  14. Ubat2 jangan lupa bawak. Ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit pewot, minyak cap limau, vicks, minyak urut zaman-berzaman, minyak senyonyong.. semua tu bawak.. supaya nanti senang kalau korang sakit ke apa.. kan perubahan cuaca kan. Kang tak boleh balik malaysia dah..






Ok, tu je la yang boleh dikumpul.... and note for myself..


Happy Reading, Hannah Sytieh









Tuesday, December 23, 2014

Ke Pulau Pangkor La Kita ~


 
Assalamualaikum...

Tips Kat Pulau pangkor 

Hana nak bagi tips2 sikit kalau sape2 nak pergi ke pulau pangkor. Here we go : 



  • Kalau nak ke pangkor 3 hari 2 malam dah memadai untuk korang bercuti ke sini. Tak perlu lama-lama sebab nanti korang bosan. Kawasan Pulau Pangkor tu kecil je. Sehari dah habis tawaf.

  • Pasal hotel and chalet memang berlambak. Hana ambik bilik superior dengan harga rm90/day. Cari je kawasan situ mesti ada. And kalau tak reti suruh je pakcik teksi cari kan.



  • Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Lagi bagus. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Jadi, sila rancang jadual korang sebaik mungkin. Nak naik dari Marina Bay pun boleh.. 10 minit je dah sampai... Tiket memang dah siap pergi-balik. Harga tiket feri hanya RM10 untuk orang dewasa (return ticket). Marina Bay tutup dalam pukul 10.30 mlm.. tapi ticket agak mahal ok. Kira ot dia org. Haha.

  • Terdapat beberapa perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor. Tak perlu risau tentang transport. Ada van sapu, kereta dan motor. Sebaik korang sampai di jeti, penuh owner-owner motor dan kereta depan tu. Dia orang akan offer korang untuk sewa kenderaan. Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak naik Scooter RM40 sehari. Kalau pusing2 naik motor tu jgn lupa bawak rayban ok... Rayban ke, cermin mata ke, sunglasses ke. Ikut la..


  • Banyak teluk di Pulau Pangkor. Memang cantik sangat. Korang boleh pusing-pusing satu Pulau Pangkor. Rasanya 1 jam dah habis.

  • Jangan ambil risiko memandu di kawasan Pulau Pangkor waktu malam. Jalan sangat bahaya dan banyak cerun. Gelap pulak tu...





  • Bagi yang ingin melakukan aktiviti scuba & mandi laut, disarankan menginap di Pulau Pangkor and tak balik hari. SNORKELING ni aktiviti wajib tau.. tak feel kalo pergi pangkor tak snorkeling ni.. Memang best gila tapi takut bila nampak banyak ikan kerumun keliling hana.. Bile bagi jari je ade certain ikan gigit jari.. perghh. Memang berlari naik atas batu balik.


  • Tempat-tempat untuk best dilawati ialah Teluk Gedung,Taman Fu Lin Kung, Kilang satay ikan and  Tukang bot.

  • Lagi satu banyak gila BURUNG ENGGANG.. hana tak tau la pulak burung enggang ni ada kat pulau pangkor ni.. dan bukan setakat ada ye banyak sangat.. sepah-sepah burung ni.. live depan mata je.  

  • Kalau datang sini jangan lupa beli ikan bilis. Sebab pangkor ni kan da sinonim ngan ikan bilis.. Asal sebut pangkor je orang ingat ikan bilis.. huhu.. Tapi memang banyak pun jual kat sini.. beli la sikit untuk bawa balik.. sambil tu boleh la round pekan dia beli souvenir yg lain kan. Satay fish, sotong, ikan kering pun boleh dibeli. Bawa balik bagi mak mertua. Haha~

  • Tak lupa kat Pekan Pangkor juga terdapat bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalur lebar broadband! So boleh selfie and masuk instagram ok..

  • Kat mana nak makan ? Kat sini ada senarai sikit..

  1. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor.
  2. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor.
  3. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah.
  4. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam.
  5. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak. 
  6. Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil, Teluk Gedung.


Pulau Pangkor ni kalau ada budget tak berapa banyak boleh la pergi. Sebab harga ke sana tak mahal mana pun... Boleh la kalau setakat nak release tension.. huhu.. 




Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




Monday, December 22, 2014

Kartika Sari, Bandung Indonesia

 
Assalamualaikum...
 

 
Ya Allah, baru kali ni aku nak sambung cerita balik time pergi ke Bandung tahun lepas. Hoi. Teruk betul perangai. Berzaman punya cerita. Baru nak bercerita. Apakah ? Bila belek2 balik gambar dalam lattop, banyak cerita sebenarnya aku terlepas pandang. Hehe. Busy la katakan. Balik2 bandung je suruh bertunang. Memang busy la jawab dia.
 
Time hari ke -3 aku kat Bandung tu. Rasa macam belum puas shopping lagi.... Padan muka aku sebab aku tukar duit paling sikit.. Yang lain2 semua tukar seribu, aku sorang je tukar RM400.. HAHA!!.. Konon nya xnak shopping pape. Sekali tengok aku la yang rambang mata, huhu... Hari pertama dah pergi pasar baru da. Hari ketiga ni nak pergi lagi sekali. Haha.
 
 
 
Mula2 hari ketiga dibandung plan pergi Kartika sari. Seawal pagi selepas sarapan, kita orang ke kedai Kartika Sari yang terletak bersebelahan Unik Hotel. Kek Coklat dan Brownies yang dijual memang sedap.
 
Kalau nak tau kedai Kartika sari ni ada banyak cawangan. Kat airport pun ada… Yang pasti ada kat kawasan bandung shj. Jakarta nan hado ok..
 
 
Kuih muih, roti kering, kek, brownies segala bagai. Kacang ada.. Bollen Peuyeum Keju, Bollen Durian Keju, Brownies Keju Panggang, Brownies Pandan Kukus, Cheese Roll, Bagelan, Soes Keju Kering and Toast Breed, kesemua sekali sedap.. Ada Bahasa yg tak paham kan? Tu Bahasa dia orang le teww.
 
Harga? Serius murah. Brownies kukus tak sampai rm13/-. Kat sini ada? Takdenyaaa .. Hikss.  
 
Kan aku cakap Kartika sari banyak cawangan kan.. So mcm2 rupa kedai ada. Ada yang design ala-ala butik, ada yang macam hotel cafe, ada yang macam kedai kek. Ehhh. Hahahaha. MCM2 la..
 Tempat2 kartika sari di bandung :
 
  • Jalan H. Akbar No.4.
  •  
  • Jalan Kebon Jukut No. 3 C.
  •  
  • Jalan Kopo Sayati No.111.
  •  
  • Jalan Terusan Jakarta No. 77 E.
  •  
  • Jalan Ir. H. Djuanda No.85.
  •  
  • Jalan Buah Batu No. 165 A.
  •  
  • Jalan Cimahi No. 518.
 
Dah penat shopping brownies and lain2 kita orang terus pergi ke Pasar Baru. Shopping kain la, apa lagi.. Hehe… Then baru pergi airport… Korang jangan lupa tau sediakan airport tax sebanyak Rp75 ribu  untuk dibayar sebelum kita check in nanti. Kalau tak bayar tak boleh check in.. So shopping, shopping jugak, kalau boleh asingkan terlebih dahulu aiport tax tu...
 
Cerita pasal bandung ni, mcm nak pergi lagi sekali, tapi nak ajak sape eh. Huhu..
 
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 
 
 
 
 
 
 

Saturday, December 13, 2014

KhtarhanaHM - Short Vacation Pulau Pangkor


Assalamualaikum.




Hye, macam biasa, sekarang blog dan entry akan di update waktu tengah-tengah malam.huhu. Tapi sekarang ada masa… Biasanya weekend2 ni lattop pun tak sentuh… Tapi harini terlebih rajin.


Nak tulis cepat-cepat entry ni sebab kalau tangguh konpemmm x update.





Sebenarnya hari tu lepas majlis belah laki hana pergi short vacation. tak pergi jauh pun, dekat Perak je… Pulau Pangkor :) Nak kata honeymoon tu maybe la.. separa honeymoon. Honeymoon yg betul2 tak sempat nak pergi lagi.. Nak kena tempah flight dulu.. tapi PTPTN tak bayar lagi. How ar! Akan bayar bulan ni. Janji. haha


Kalau nak tau… ni pergi last minute! Sangat last minute ok… dh petang pukul 7 baru gerak. Nak sampai jety kat perak tu agak2 pukul berapa ? Gila tau… Selangor ke perak hampir 2 jam. Tapi nak ke jety tu ambik masa dalam 3 jam… 10.30 baru sampai jety… Nasib baik MARINA BAY punya jetty still bukak.. kalau tak kena tido hotel dulu…


Nanti hana update masa jetty berlepas ok... Sangat important.. tapi masalahnya gambar kat lattop lagi satu... tak leh update.. takpela. ni kira part 1.. Nanti hana update Part 2...








OK, jum layan tempat lain :





Bawa baju sikit je, haha.. ulang2 pakai baju yg sama.. tudung je tukar.. behheee .. Ni dh nak balik dah ..





Full cerita di part 2 nanti k... pasal challet and jetty.. Pasal snorkelling and so on la... ;) 



Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




Saturday, April 12, 2014

Berehat sebentar bersama Ais Krim Durian, Bandung


Hi, Assalammualaikum




Janji nak update hari2, tapi tak update pun. No idea la + busy . Huhu J Selagi ade gambar dalam lattop selagi tu ceq nak upload sini. Hehe J

After pergi ke TOKO TIGA & FACTORY OUTLET  kite org ternampak aiskrim durian. So, ape lagi.. Marila try… Harge just 7 rupiah… Memang sedap. Sebab die letak sekali seketul durian dalam tu. 




Jum tengok gambar suasana dekat sane :



Tengok tu durian gantung2. Gerai die tepi jalan mcm ni je so, korang boleh perasan tempat ni 


Ok, die tengah buat ice cream tu


Last, die letak rice coklat .


Tadaaa. Macam ni la rupe ice cream durian... Superr Yummy !


Memang sedap. Recommended ok. Jangan lupe beli k kakak abang kalau singgah disini.


Only 7 RUPIAH :) Walaupun 7 rupiah time ni aku tak ckup duet. Miahahaha. Terpakse pinjam mek onie. Die kan tukar duet  banyak. Kasi pinjam la sikit duet tu. Ekekeke.. Sampai M'sia je aku bayar balik pakai ringgit . Ok, itu je nak cerita nanti aku korek lagi gambar dalam lattop. 


Thanks atas mase korg bace blog tak berape ni. Ehhe :)


Thanks Reading,
Regards, Hana





Saturday, February 15, 2014

Trip Ke Bandung - Toko Tiga & Factory Outlet ;)



Assalammualaikum




Hai, nak sambung cerita part pergi ke bandung ni.. HUhu! Dah lame pergi da, tapi still gambar2 terperap lam lattop lagi. Takde mase nak ulas cerita..

Kali ni kene perah otak kuat2 ingat balik semua cerita.. yuhhuu! Maaflah kalau jap lagi gambar lagi banyak dari cerita. HAHA!




Kali ni nak cerita pasal TOKO TIGA and FACTORY OUTLET.

Kite orang pergi kesini after shopping kat pasar baru yang best tu… Dah makan semua tour guide kite org bawak pergi ke Toko Tiga.




Masuk2 dalam tokO tiga ni. Dorang akan bagi kite kertas kuning. Kalau nak bayar boleh la pakai kertas kuning tu, dorang akan bagi diskaun.

Kat sini terkenal untuk membeli jeans. Tapi kalau korang rase2 taknak beli seluar jeans or baju kemeja tak payh pergila.. Tak payah masukkan dalam list ke bandung. Sebab ? sebab harge die lebih kurang kat Malaysia je. Better korang shopping kat SOGO je.. lagi best kot. Huhu.

Kat Togo Tiga ni ade 2 tingkat. Tingkat 2 tu untuk bahagian perempuan. Tapi semua design biase2 je. Takde yg menarik sangat.






Then, bile dah bosannnn, mcm ni la jadinye… cer tengok budak dua orggg ni… Macam ape dahhh.. die org ni pure2 menyanyi and mintak duet kat luar cermin tuhhhh...



Then, kite org pergi ke The Oasis Factory Outlet.. Dekat luar tu je dah nampak perfumes weyhh. Mcam best je, mcm best je.. 



Ape lagi, jum la membeli. Sakan aku tengok budak tu buat satu persatu. Cakap je nak bau ape, pastu die buat. Nak bau HUGO, BOSS, Bau POLO, bau ape lagi? Aku lupe dah… haha!



Nak memilih bau pun bukan main lame. Haha! Nak masuk sejam pilih bau je ? Kaw boleh ? Botol kecik just RM15. Tapi takdela kecik sgt. Besar la jugak… Botol besar dalam rm20 ke atas. Superb. Aku suke bau perfumes die…

Ni hasil pembelian eh kakak abang :





Pastu masuk THE OASIS FACTORY OUTLET.  Aku ? Aku kat sini tak gile shopping pun. Satu hape pun aku tak beli. Just teman meq onie je shopping… Meh tengok tempat ni macam ni .









Total kita orang dalam ni tak sampai 30 minit pun... sekejap je,just jalan-jalan tengok suasana factory outlet dia... Pastu tangkap2 gambar.. Gitu je wehhh... Then pergi dari situ and pergi tempat lain plk...

Will sambung entry akan dtg... Nak g kenduri kawen dulu.. Tapi akan dtg nak cerita bajet ke bandung and nak cerita dr agent travel mane yg kite org ambik... Tumggguu ok, pape just contact me if nak tau details... Macam mane nak contact, just click FB or twitter ;)
Baii, Assalammualaikum.


Thanks Reading,
Hannah Sytieh




© Hannah Sytieh | Design By MH