Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, May 5, 2015

Apa itu Lipoma?


Merujuk kepada  Pusat Rujukan Persuratan Melayu(PRPM) DBP, lipoma bermaksud tumor benigna, yang biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang.

Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.

Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha. Ciri-ciri lipoma ialah:

·         lembut bila disentuh

·         mudah digerakkan dengan sentuhan

·   saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm


·       kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah


Suka hati dia nak tumbuh kat mane..

Lipoma membesar perlahan-lahan. Oleh sebab itu, lipoma selalunya disedari hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.


Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.


Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada. Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.


Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.


Antara rawatan yang diberikan ialah:

·         suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma

·         sedutan lemak (liposuction)

·         pembuangan secara pembedahan


Ada juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor yang dipanggil liposarcoma.


Tumor ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.


Hahaha..aku baru pas surgery menda ni... susah sikit sebab lipoma aku dah pecah.. mane tak nye.. suke main picit2 konon nak bagi benda tu hilang..ape benda ntah! kesian Dr tu...



Thanks 
Khtar Amir



Ha! Produa JAGUH! Apa tuuu..!


Sebelum ini syarikat Perodua ada menyatakan yang mereka akan mengeluarkan kereta sedan dan risalah iklan kereta sedan Perodua iaitu Perodua Jaguh terus menjadi isu dan perbualan hangat peminat kereta terutamanya jenama Perodua ini.

Brochure Perodua Jaguh ini dikatakan belum dikeluarkan oleh pihak Perodua dan ianya telah ‘bocor’ dan tersebar lebih awal dari tarikh pelancaran Perodua Jaguh ini.
Tapi, brochure atau risalah iklan Perodua Jaguh ini ternyata adalah tidak benar dan telah direka oleh individu yang bila diperhatikan, gambar kereta tersebut adalah keluaran Toyota memandangkan logo Toyota digantikan dengan logo Perodua.

Jika diperhatikan risalah ini, ianya lebih kepada risalah sebenar Perodua Alza dan telah diubah kepada Perodua Jaguh yang kononnya kereta sedan Perodua.
Namun harga untuk kereta Perodua Jaguh ini tidak pula dinyatakan di dalam risalah ini.






Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!




Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.


Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.


Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).


Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.



Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.



Thanks 
Khtar Amir



© Hannah Sytieh | Design By MH