Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, May 22, 2016

Cara makan asid folic dengan betul


Hi, Assalammuailakum




Penting ke pengambilan asid folik semasa mengandung?

Kalau tak mengandung boleh amalkan makan asid folik tak?

Asid folik tu apa dia???

Ada lagi ke manusia yang tak tahu apa itu asid folik. Sayalah orang tu. Sebelum kahwin saya memang tak tahu menahu langsung tentang kewujudan pil yang bernama asid folik.

Jika anda merancang untuk berkahwin dalam masa tiga bulan dari sekarang dan ingin mempunyai cahaya mata dengan pantas, eloklah diamalkan makan asid folik ni.

Apa kepentingan asid folik?

Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


Sebelum berkahwin saya memang tak amik port langsung walaupun ada dengar tentang info ini. Tapi biasalah kita manusia suka ambil mudah. Tapi bila dah terkena baru nak menyesal. 

Saya pernah keguguran pada usia kandungan 2 bulan disebabkan oleh kandungan yang tidak berkembang secara sihat. Bukanlah nak cakap keguguran sebab tak makan asid folik. Itu semua kuasa Allah saya hanya berusaha dan merancang tetapi Allah yang menentukan.

Sejak peristiwa tu setiap hari saya akan cuba untuk makan asid folik. Cuma skang ni saya tidak pasti adakah cara saya itu salah atau tidak.

Biasanya saya akan makan asid folik selepas makan. And minum air masak je untuk memudahkan proses nak telan pil sampai ke perut.

Then baru-baru ni saya ada terbaca tentang cara makan asid folik yang betul. Seeloknya jika kita mahu makan asid folik lebih afdal dimakan bersama dengan susu bukan air masak/mineral yang biasa kita praktikkan. Dan tips itu diberikan oleh doktor sendiri.

Mungkin dengan cara ini, penyerapan vitamin dalam badan akan lebih berkesan.

Wallahualam.


Kalau benda yang baik tak salah kalau kita nak ikutkan. Tapi carilah kesahihannya terlebih dahulu.


Sila klik sini untuk info lebih lanjut:


Dr Zubaidi Haji Ahmad (Recommended!)


P/s: Masih ramai lagi yang diluar sana berusaha untuk mempunyai cahaya mata. Kita yang sudah berjaya jangan lupa untuk bersyukur kepada anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, kite da 7bulan pregnant. syukur Ya Allah. Amin


Thanks singgah,
Hannah sytieh


JUST TO SAY HI !


Hi, Assalammuailakum


2016 yang sangat busy. blog pun dah tak terupdate . Pity me. But its ok korang still boleh follow instagram @vrhijab_ @vrhijabscarves @borongbyvrhijab @bawalbawall untuk shawl and tudung yg terkini. Gitteeww. sempat lagi promote tau . ahaks .



Nanti korang boleh la cecantik dengan tudung dari @vrhijab_ ni :D

Thanks singgah,
Hannah sytieh





Thursday, February 11, 2016

Kisah Kuala Kubu bharu



Hi, Assalammuailakum




Sekarang setiap pagi mesti liat nak bangun. Penat sangat. Lagi2 lepas berkampung kat kuala kubu 4 hari. Letih la mak aih. Kl-kualakubu-Kl-kualakubu.. penat sangat. Bydeway lagi 31 hari lagi. Sebulan lagi. Lepastu habesla kisah sarjan di kuala kubu. Haha. Tak sabar... Penat PJJ 9 bulan hampir berakhir. Yahoooo... Kisah pga die orang pun dah sudah..


Bila korang dah masuk rekruit polis ni. Kena la tahan bersabar duduk berjauhan dgn org tersayg k. For 1st 3month mmg tak boleh jmpe. Handphone pun xdpat.. utk seminggu tu memang meroyan la nanges kat bucu katil. Ahaks. Gaji dorg pun kene hold for 3moths, so sesiapa yg jadi isteri tu pandai2 la simpan duet. After 3 months segeduk dapat. Contoh sebulan gaji RM2000. Dapat la dalam rm5800 mcm tu tolak segale brg polis yg die org bagi dulu. Baju taekwando ke ape ke.


Pejam celik pejam celik kejap je, tapi sebenarnye ku rase lame jugak. Mcm setahun da aku rase. Berkorban duit bekorban hati perasaan semua ada. Haha.. harap time POP nanti bahagia je rase. Dapat bawak laki balik kerumah. Allah. Tak sabar ok.


Sesiapa nak jadi polis ni kene kental mental fizikal. Pandai jage diri. Pandai bawak diri kat tempat org. Kene pandai jage maruah sendiri and family. Jgn terjerumus dengan bende bukan2. Yg dah kawen pun bile masuk dalam tu ade je yg curang. Nauzubillah, tak kire laki ke perempuan. Same je perangai. Ni bukan buat cerita ni kenyataan. Baru latihan tapi perangai da mcm ape. Ingat la org yg berkorban utk korang kat dlm tu. Jangan nak ikut seronok sendiri je akk abg oi.


Kalau nak cakap disiplin kat MAKTAB KUALA KUBU ni mmg tiptop.  Dari semua segi tiptop nak bandingkan dengan PULAPOL, nk outing susah, pijak rumput pun kene CB, tak turun makan kene CB, bising kene CB, hahaha. Harap sarjan2 yg keluar dr maktab ni semua berkualiti and ade disiplin yg kuat. Amin. Ni je la gambar yg ade utk describe latihan ape je dorg buat dalam tu, letsss........



























Yang ni pulak kisah isteri yg setia datang tengok suami . uhuhks









Thanks singgah,
Hannah sytieh




© Hannah Sytieh | Design By MH