Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, February 11, 2014

Produk Review : 7 Cara Merawat kulit Dari Luar menggunakan Safi Balqis Rania Gold ;)


Assalammualaikum

7 Cara Merawat kulit Dari Luar. Ni just bende yg selalu kite boleh buat dekat rumah and tak memerlukan banyak masa, tetapi sangat bermanfaat bagi kulit korang tau.. Just lakukan secara teratur, tetapi dekat sini aku nak attached sekali produk review yg aku saje2 nak tambah dalam penjagaan skincare aku. Jum review : 

#1.  Bersihkan

Bersihkan kulit dari sel-sel kulit mati dan kotoran yang menepek kat muke tu. Biasenye Dr.2 menyarankan agar menggunakan pembersih wajah dengan pH seimbang dan bebas sabun. Pastikan untuk mengikuti cara pemakaian produk pembersih wajah dengan disiplin. 
Gunakan air hangat suam-suam kuku dan jangan pernah menggunakan air panas ketika membilas wajah keranaa dapat menyebabkan kerosakan sel-sel kulit serta dapat membesarkan lubang pori dekat muke. 

“Lakukan pembersihan kulit beberapa kali dalam sehari, kerana iklim kat Malaysia yang lembab kering ni memungkinkan bakteri dan lain2 tumbuh dgn bagus terutama di dalam kotoran yang menepek pada permukaan kulit korang tu.” Tapi 2 kali sehari cukup la kot. Huhu~ sbb kalau korg asyik cuci muke je then tak pakai pelembap muke, kulit korang akan jd kering taw.

Aku try pakai ni :


Kebaikan :
  • Tekstur ringan berasaskan gel yang bertindak membersih wajah dengan lembut. 
  • Mengekalkan kelembapan kulit di samping mengawal lebihan minyak di wajah. Sebaik-baiknya digunakan di waktu malam.


Tekstur :
  •         Jenis krim keemasan yg ade banyak buih. Best !
  •         Bau wangi.
  •     Buih banyak so, senang nak urut2 kat muke then bilas. Rase segar lepas tu.


#2. Skrub muke sekurang-kurangya seminggu sekali

Skrub muke seminggu sekali atau name lain die proses pengelupasan sel-sel kulit yang telah mati secara rutin, dua kali dalam seminggu, diperlukan agar pori-pori tidak tersumbat dan kulit tidak kusam. 

Permukaan kulit yang rata dan halus akan memantulkan cahaya dengan baik sehingga kulit tampak bercahaya. Gunakan scrub yg khusus utk muke  atau washing cloth khusus utk  kulit wajah yang lembut.


Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu. Yang ni pun aku suke. Memang bersihkan bintik2 hitam dekat kulit aku .


#3. Hindari Alkohol

Jangan gunakan produk perawatan kulit seperti after shave atau penyegar wajah yang mengandungi alkohol. Alkohol dapat mengeringkan kulit dan juga dapat mengakibatkan kekeringan pada kulit sensitif.


#4. Lembabkan

Pengaplikasian pelembab sangat diperlukan agar sel-sel epidermis terjaga kelembabannya. Gunakan setelah membersihkan wajah dan aplikasikan beberapa kali dalam sehari untuk memastikan kulit tetap lembab sepanjang hari. Banyak produk pelembab yang juga mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang berguna untuk menjaga serta menutrisi sel-sel kulit agar tetap sihat.


Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya. Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit. Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit. jenis krim dan berbau wangi yang cepat meresap ke kulit. tak berminyak.. bab nih memang terbaik ! kulit tak minyak langsung tau. ada perlindungan uv spf20pa++. Kulit tak rase kering after cuci muke sbb cepat2 pakai krim pelembap siang.


#5. Perlakukan Kulit Wajah Anda dengan Lemah Lembut. Gitu~

Jangan pernah melakukan ‘kekerasan fizikal’ yang berlebihan pada wajah. Haha! Kekerasan fizikal! Macam ape ntah ayat. Macam nak tumbuk muke sendiri je gamaknye.

Jangan pernah memicit jerawat kerana hanya akan mengakibatkan rosaknya jaringan kulit. And lagipun kalau korang picit2 jerawat tu. Kuman2 tu akan pindah kat merate rate, sekitar kulit muke korang tau… Nnti kang lagi banyak jerawat tumbuh, huhu..

Gunakan pembersih khusus untuk menghilangkan bintik2 hitam pada kulit dan rawatlah jerawat hingga hilang dengan sendirinya.


#6. Lindungi dari Cahaya Matahari

Meskipun aktiviti anda kebanyakan dilakukan di dalam sekitar yg tertutup, bukan bererti Anda bebas dari bahaya yang dapat ditimbulkan oleh radiasi sinar UV Matahari. Selalu aku banyak bace dalam internet selalu menegaskan agar selalu menggunakan sunscreen atau tabir matahari broad spektrum yang mampu melindungi kulit Anda dari sinar UV yang merupakan penyebab kerosakan sel-sel kulit.

Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit. Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen. Membantu menyamaratakan tona kulit.

Yang ni aku suke, sebab beli pakai je. Kulit terase lembut 
tau. Auwww ! 


#7. Tambahkan sikit skincare anda like serum for eye bag or scrub bibir or pelembap bibir.

Nutrisi ekstra juga baik untuk diaplikasikan pada beberapa bahagian wajah yang memerlukan perawatan khusus. Anda dapat menggunakan serum khusus untuk area sekitar mata atau bibir atau eye gel untuk memberikan kesan yg baik pada sekitar mata yang lesu. 


Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif. Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap. Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.

Jenis krim yg cepat meresap and takde bau. Kulit kat kawasan mata rase lembap and lembut. Katanye boleh mengurangkan lingkaran gelap kat bawah mata. Tapi aku tak pasti bab ni sbb memg mata aku dasar mata panda yg cute tu. Kalau cute takpe, ni tak. Macam hantu mak senah pun iye jugak. HUhu! takpe, asalkan mencube. Harap2 result best.




Ok, tu je aku nak share kali ni. Tapi bagi aku product ni biase2 je.. Tak best mane pun... 
Tambahan skincare saje. . Saje2 tukar angin nak tambah set skincare. Will search product yg best yg memenuhi kehendak aku. Nanti nak try MARY KAY Pulak. AMBOI! hAVOC KAW HANA! huhu :) Kempis pocket.


Thanks Reading,
Hannah Sytieh







Saturday, February 8, 2014

Review Tema Pertunangan dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING

Assalammuaaikum

Hi, yaw… Lame da tak update. Rindu… Nak update stok terbaru ni pun still pending lagi. Huwaaa… Baru 50% je siap.. Tapi set CPVE still berjalan dgn bagus lagi.. Tanx customer J Walaupun aku tak selalu update tapi business still berjalan dgn lancar. Alhamdullillah J

Baru2 ni ramai member2 yg da bertunang. So, aku nak buat review pasal majlis pertunangan yg aku pergi. So, boleh bg inspirasi ke sape2 kan..

Now, nak review pasal majlis SITI LIYANA ZAIHAN. Majlis die ni masuk dalam majalah PENGANTIN . Bulan berape punye hana tak tau. Majlis ni liyana amik pakej tempahan dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING.

Jum usha tema design terbaru dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING untuk majlis bertunang.

By de way, liyana amik pakej :

Mini Pelamin
Baju bertunang + Tudung + Veil
Makeup
Canopy Aladdin

Cost BUDGET dalam RM 1500 - RM 300O

Depends pade pakej yang korang ambik ok.. If nak diskaun lagi korang leh berbincang dgn mereka di page FB : ASYRIQ’S BRIDAL KATERING 









Last but not least.


MAKEUP - PERFECT . Ayu & Sweet

BAJU - CANTIK (nice color combination with their scarf & veil)

Korang review la sendiri dgn gmbar diatas. Samaada ok ke tak.

Bagi aku dari atas ke bawah memg tiptop.. Ala2 majlis wedding lagi. Too much perfect dgn harge yg berpatutan. 


MINI PELAMIN - 'Sweet Cherry Blossom' Memang sweet and nice simple yet :)



Hantaran mereka gubah sendiri :)

Ok, done review. Thanks singgah and reading. Harap entry ni membantu siapa2 untuk mencari idea ataupun untuk mencari E-DAY Planner or Wedding Planner . 

Thanks Reading,
Hannah Sytieh






Tuesday, January 28, 2014

Final Proposal - COOL TALCUM MAKER MACHINE (Mesin Memproses Bedak Sejuk)



Hi, Assalammualaikum

Lame tak update blog kan. Busy gile gamaknye. Memang bussy pun. Post bulan JANUARY 2014 la yang paling teruk aku rase. Haha!

Takde idea la dik non bang mat oi. Tapi aku rase sekarang mcm ade mood je.. Mood on.. Bile aku godek2 lam lattop aku ni, banyak assingment2 aku time belajar. So, ape kate aku publish je dalam blog ni. Sekurang-kurang nya dpat bagi adik2 abang2 yg tengah belajar tu idea kan.

Sape tau proposal akhir ?

Biasenye budak2 yang ambik kejuruteraan mesti tau kan.. Mesti sem 5 kene buat proposal and sem 6 kene buat projek akhir. For final.. So, kat sini aku nak publish sikit proposal time aku study2 dulu. So yang ni PROPOSAL FINAL KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK.

Harap2 dapat membantu…

Proposal hari ni aku nak publish about

COOL TALCUM MAKER MACHINE’
(Mesin Memproses Bedak Sejuk)


ABSTRAK


Projek yang dinamakan ‘Cool Talcum Maker Machine’ ini dihasilkan adalah untuk memperbaharui cara atau proses pembuatan bedak sejuk yang masih menggunakan teknik tradisional. Selama lebih kurang enam bulan masa yang diambil untuk membuat perancangan penglaksanaan projek ini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah tentang rekabentuk projek, pemilihan komponen dan sistem serta kos untuk menghasilkan projek ini.
Setelah membuat beberapa kajian dan mengambil masa yang singkat serta penglibatan kos yang rendah, namun berbagai kebaikan dapat digunakan dari penghasilan projek ini. Diharap dengan terhasilnya projek ini nanti dapat memberi kebaikan pada masa depan kelak.


PENGENALAN


‘Cool Talcum Maker’ merupakan satu mesin atau sistem yang beroperasi secara “automatic” tanpa memerlukan pengendalian oleh tenaga manusia bagi mengawal sistem tersebut. Ianya menggunakan sistem kawalan ‘Electro-pneumatic’ bagi operasi tersebut. Sistem ini dihasilkan bertujuan untuk membantu industri-industri kecil dalam  menjalankan pengeluaran bedak sejuk. Sistem ini hanya boleh membantu industri dalam menjalankan proses membentuk bahan mentah menjadi bedak.

Pada asalnya sistem ini hanya beroperasi secara ‘manual’ iaitu dengan menggunakan tenaga kerja manusia untuk menitik atau membentuk bahan mentah menjadi bentuk bedak yang dikehendaki. Namun setelah diubahsuai daripada keupayaan fungsi asal, ia telah berkebolehan menjalankan kerja secara optimum.Sistem ini sesuai untuk dikomersilkan kerana dalam kajian kami sistem ini belum pernah dicipta atau diusahakan oleh mana-mana pihak.


OBJEKTIF


Antara objektif projek ini dilaksanakan ialah untuk:

ü  Proses pembuatan bedak sejuk dalam masa akan datang dapat dipercepatkan berbanding teknik tradisional.
ü  Dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja ketika proses pembuatan. Dimana produk dapat disiapkan lebih cepat dengan menggunakan mesin tanpa menggunakan tenaga manusia.
ü  Kos pengeluaran dapat dijimatkan dari segi gaji pekerja dan sebagainya.
ü  Kualiti produk lebih bermutu tinggi.
ü  Produk dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dan saiz yang seragam.



SKOP PROJEK


ü  Agar cara-cara yang betul dapat dipelajari ketika membuat penyambungan, pemasangan
dan penyelenggaraan system elektro-pneumatik.
ü  Komponen input dan output dapat dikenalpasti untuk membuat projek ini.
ü  Dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang elektrik, elektro-pneumatik dan mekanikal.
ü  Rekabentuk projek yang dicipta dapat dipelbagaikan  dan dipelajari.
ü  Cara-cara yang betul dapat dipelajari bagi membuat atau mengawal program yang dibuat dalam projek.



KAJIAN TERHADAP PROJEK (literature review)

KAJIAN TERHADAP MAGNETIC PROXIMITY SWITCHES


Sensor yang digunakan untuk mengawal pergerakkan silinder pada projek ini ialah jenis magnetic proximity switches yang mana dapat mengesan pergerakkan silinder dan seterusnya menghantar isyarat dan mengoperasikan system.Ia dikeluarkan mengikut saiz dan keupayaan untuk mengesan. Saiz magnetic proximity switches yang digunakan ialah 30 x 6mm x 5mm.

Komponen ini menggunakan 3 wayar bersama dengan L.E.D. Indicator.
L.E.D. Indicator pada komponen ini digunakan untuk memberi isyarat bahawa ia telah mengesan pergerakan sebarang komponen khususnya pergerakan silinder. Gambarajah dibawah merupakan gambar magnetic proximity switches yang digunakan.



Setiap komponen mempunyai binaannya dan keistimewaannya yang tersendiri.
Magnetic Proximity Switches juga tidak terketinggalan dengan binaan yang
sistematik dan mampu menyaingi perkembangan teknologi pada masa kini.

Komponen ini dibina dengan menggunakan prinsip elektro-magnet yang berfungsi
untuk mengesan logam khususnya pergerakan silinder.Gambarajah dibawah
merupakan lakaran binaan magnetic proximity switches.



Senarai dibawah merupakan  sistem-sistem dan mesin-mesin yang menggunakan magnetic proximity switches :-




Setiap benda atau alat pengesan yang dicipta mempunyai kaedah pengesanan yang dibuat dalam mengesan sesuatu objek.Rajah-rajah dibawah merupakan kaedah-kaedah pengesanan yang dibuat oleh magnetic proximity switches :-



Spesifikasi komponen adalah penting dalam membuat kajian samada komponen tersebut sesuai atau sebaliknya untuk digunakan dalam sesuatu sistem/mesin.Berikut merupakan spesifikasi magnetic proximity switches yang digunakan dalam mesin ini.



KAJIAN TERHADAP SISTEM KAWALAN PNEUMATIK


Sistem kawalan yang digunakan dalam penghasilan projek ini adalah menggunakan sistem elektro-pneumatik. Sistem ini digunakan untuk menggerakkan double acting cylinder yang berfungsi sebagai penggerak penutup atau penghalang lubang yang terdapat pada bekas yang mengandungi adunan bedak sejuk yang masih cair dari jatuh keatas pallet yang melalui konveyor. Sistem ini mengunakan Air Compressor jenis Two Stage Horizontal Pressure Lubed – 80 Gallon.

Berikut merupakan contoh gambar dan spesifikasi air compressor yang digunakan.




Merujuk kepada spesifikasi diatas, kajian telah dibuat bahawa sistem ini menggunakan bekalan kuasa sebanyak 230V ac untuk mengendalikan air compressor. Air compressor ini mampu mengeluarkan tekanan udara mampat sebanyak 17.2 PSI untuk dihantar ke komponen pneumatik khususnya silinder.

Bekalan kuasa yang dibekalkan kepada air compressor tidak sama dengan bekalan kuasa yang dibekalkan kepada sistem elektro-pneumatik.Sistem ini memerlukan tenaga elektrik hanya sebanyak 24V dc untuk melakukan pengoperasian.

Gambarajah dibawah menunjukkan contoh penyambungan komponen-komponen pneumatik:






KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIGUNAKAN



BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN

Bahan mentah yang digunakan telah diproses dan disimpan di dalam tempayan atau bekas tertutup selama setahun.



KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK (METHODOLOGY)




BLOCK DIAGRAM PROJECT



GAMBARAJAH PROJEK







MESIN PEMPROSES BEDAK SEJUK










Ok, done... Ni name die proposal awal time sem 5. Just sketch and kite present kat depan lecturer.

So, itu je la nak share for today. Nanti kite jumpe kat entry PROPOSAL FINAL FOR ENGINEERING yang lain plk. Gud luck guys..


Tanx Singgah,
Hannah Sytieh 






© Hannah Sytieh | Design By MH