Menemui isteriku yang dicintai separuh hati. Lagi separuh untuk bakal madu awak. Kehkeh. Tujuan abang menulis surat ini adalah untuk memberitahu sesuatu yang abang tak penah gtau ayang. Abang rasa abang tak boleh mati dengan tenang selagi abang tak buat pengakuan ni kat ayang. Walaupon agak berani mati, takpelah. Abang redha juga pasrah.
Sayangku,
Sbnarnye, sebelum kita kawen, abang mempunyai sejarah yang sangat hitam. Kurang sket je hitam daripada kulit ayang tu. Tapi, abang tak penah pon gtau kat sesape pasal sejarah abang ni, terutama sekali mak ngan abah. Kat ayang lagilah! Memang tempah maut kalau abang gtau.
Tapi, itulah... Sejarah hitam ni orang kate nak cerita pon serba salah jadinya abang ni. Tapi takpelah. Abang rase abang kena gtau jugak kat ayang. Ayang pon bukan boleh sembur abang depan-depan kan , sebab ayang hanya mampu baca surat ni. Kalau ada pon rasa nak mencarot, ptuih jela di surat ni yang ayang mampu lakukan.
Adakah ayang sudah bersedia? Here we go... Cewah. Terspeaking london pula abang. Hekhek.
Sebelum abang jumpa ayang, abang sbnanye pengekah nafsu seranah. Ya, yang macam dalam lagu 'Kalau Berpacaran' tu. Yang part setan tu kan ? Haa. Macam tulah abang. Abang tak join kaki-kaki rempit ni. Yang abang join, minum kat bar-bar, pub-pub, pastu dah mabuk-mabuk, abang sebarkan berjuta-juta bakal perosak dan pemusnah bangsa. Boleh kata, hampir setiap malam aktiviti abang ni. Nape perosak dan pemusnah bangsa? Sebab abang pon cilakak macam haram jadah, takkan nak ada baka elok pulak, ye dak? Memang itu aktiviti abang tanpa bosan, tanpa jemu. Masa tu, tempat-tempat pelacuran semua dah jadi syurga dunia untuk abang.
Tapi, lepas je abang jumpa ayang, pandangan abang berubah. Abang dah mula rasa apa yang abang buat selama ni tak best. Abang tetiba je pandai pulak nak fikir pasal dosa pahala. Padahal selama ni mane penah abang ingat Tuhan. Sebut nama Allah, jauh sekali. Last abang solat pon masa 6 tahun. Sebab abang masuk tadika yang wajib solat. Itu jela pon yang abang ingat. Haaaa. Nampak tak, jahil tak jahil abang dulu. Bukan salah mak ngan abah pon sebab dorang tak penah tahu apa yang abang buat. Bukan dorang tak penah amek tahu, tapi abang yang terer sangat sorokkan daripada pengetahuan dorang. Hahahaha. Eh sempat lagi abang nak bergelak evil kat sini. Sorry...
Dipendekkan citer, masa abang jumpa ayang pes taim tu, abang terus terjelepuk jatuh tangga. Serius tak tipu. Sebab abang tengah naik tangga masa abang nampak ayang jalan dengan kawan-kawan ayang. Gila berdegup kencang jantung abang masa tu. Walaupon dah dekat beratus betina yang abang penah sedekahkan pejuang-pejuang tegar, tapi dengan ayang lain. Abang rase errrr macam nak tua bersama ayang. Pehh. Boleh tahan romantik jugak abang ni. Ingatkan romen je tahu. Huuuu.
Tak lama lepas abang nampak ayang, abang dah decide to take you as my wife. Alhamdulillah. Memang dah kita dijodohkan agaknye, berbekalkan rupa paras abang yang hensem sket daripada Aaron Kwok, kita menikah. Tapi, memang panas tak sampai ke petang, hujan di tengah hari. Izinkan abang berperibahasa di sini. Nak gak tunjuk skill. Hehe. Abang buat ujian saringan dan didapati abang menghidap penyakit Aids. Gila gelap dunia masa tu abang cakap ayang! Tapi, abang taknak gtau kat sesape pon. Abang hanya pasrah dan menunggu masa kematian abang tiba.
Sebab takde sape yang abang gtau, takde sape pon la yang tahu kan . Jangan nak lampi sangat yang oi. Jadi, abang pon tuleslah surat untuk ayang. Nak tules surat wasiatkan harta berjuta-juta, abang pon hidup dengan duit ayang selama ni. So, ini jela yang mampu abang bagi kat ayang. Oh selain pejuang-pejuang tegar tu la. Itu boleh berjuta-juta. Hikhik.
Surat ni pon ayang dapat lepas abang telah pon selamat dikebumikan. Dah lah ayang tengah sedih abang pergi buat selamanya, mesti lagi sedih kan bila dapat tahu yang ayang pon akan menyusuli abang. Eh apa nak sedih pulak. Ayang patut gembira sebab takdelah abang keseorangan nanti. Hoorayyyy! So, ayang bolehlah buat persiapan untuk teman abang kat sini. Beli kain kapan sepapan ke, tempah kepok dan nisan ke, buatlah pape yang patot k. Dah. Dah. Jangan nak sedih-sedih sangat.
Ohh! Pasal anak kita yang dalam kandungan ayang tu! Dah dekat lahir dah pon kan ? Macam tak sempat je nak gugurkan, so ayang lahirkanlah dia dengan selamat k. Errrr... Abang nak pesan apa ek? Hurm... Haaaa! Jangan ikot jejak langkah papa ye sayang. Kalau nak ikot gak, make sure pakai kondom supaya orang lain tak terjangkit sama. Be a nice and wise player, baby...
Ok lah sayang. Sampai di sini sajelah warkah abang untuk ayang ni. Inilah warkah yang pertama dan terakhir. Memang ini yang terakhir pon. Mane dan nak tules kat kubur ni kalau dah asek kena bantai dengan Mungkar Nangkir je keje. Akhir kalam, kesian sayang kannnn.... Maafkan abang...
p/s: Jangan gtau mak ngan abah. Biar dorang teruskan dengan fikiran dorang yang abang mati eksiden. Abang taknak dorang sedih. Sayang sedih takpe. Dah terjangkit dah pon. Huhu.
Amacam .. Hebat kan surat cinte ni .. Kau ade beran ? :)