Hi
Assalamualaikum
Hari
ini hana ingin berkongsi maklumat dengan korang mengenai Acid Folik, kitaran
haid dan waktu subur bagi wanita. Hana kira maklumat ini sangat penting dan
amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada
sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
Apa itu ASID FOLIK?
-Asid
Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan
untuk mengandung.
-Ia
juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada
peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?
1)
Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan
pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan
pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak
terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
2)
Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan
darah (anemia).
3)
Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing
lelangit (cleft palate)
-Kecacatan
pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan
kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan
pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4)
Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
Bila ASID FOLIK perlu
diambil?
-Sekurang-kurangnya
3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12
minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang
dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia
melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan
mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan
ASID FOLIK?
-Semua
wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung
mengandung.
-Ibu
yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat
kesuburan pada lelaki
SUMBER MAKANAN yang
mengandungi ASID FOLIK
-Hati
ayam
-Daging,
ayam, telur
-Kekacang
-Beras
perang, barli, oat
-Sayuran
hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan
lain-lain
Asid
folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan
:)
Secara
ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa
dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil
perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada
bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang
selamat.
Bahaya
la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan
pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam
waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.
CARA MAKAN FOLIK ASID
Folik
asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos
folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di
keluarkan melalui air kencing.
Now,
kita sambung part subur pula ok.
KENAPA KITA PERLU
TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada
2 sebab utama :-
1.
Untuk memudahkan mendapat zuriat
2.
Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya
adalah sama penting.
Ilmu
ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI
KITARAN HAID WANITA
Hana
cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payahsikit nak paham.
Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya
ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada
yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat
beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda
perlu memahami fasa ini.
Hari
1-4
Ini
dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui keranaia adalah di mana fasa
ini bermula. Pada hari pertama haid datang, iaperlu ditanda di kalendar dan
tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknyaditanda setiap bulan sekiranya anda
ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda
beberapa hari di dalam sebulan.
Hari
5-13
Ini
dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogenmeningkat. Ketika fasa
follicular ini, darah akan berkumpul di dindingrahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari
14
Waktu
inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatanmendadak sejenis hormon
yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telurini sekiranya tidak disenyawakan
oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun
melalu saluran falopio kerahim.
Hari
15-28
Ini
dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telurdikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dindingrahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang keranatiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimanaruntuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada hari1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah
anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri
ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja
keluar daripada sarangnya.
Bilakah
secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada
hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
**
(14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak
faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari suburialah 28 hari - 14
hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah harisubur. Katalah period bulan itu
30 hari, maka 30 hari - 14 hari = harike 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke
14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini
adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14hari setelah
berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar bolehberubah2. Jadi waktu subur
adalah 14 hari sebelum hari pertama periodyang seterusnya. Sekiranya period
anda adalah tetap 28 hari, tak jadimasalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya period andaberubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu
subur.
CARA LAIN MENGETAHUI
WAKTU SUBUR
Pada
waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga
terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan
hormon yang meningkat ketika itu. DiAmerika terdapat kit untuk mengetahui
kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di
klinik2 di K.Lumpur. (TAPI SEKARANG ADE KIT OVULATION TU, BOLEH TRY PAKAI)
MENGANGGAR WAKTU
TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh
kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam
lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untukmendapatkan zuriat adalah sangat
terhad. Oleh itu Allah mencipta spermadengan kelebihan yang lain pula.
Selain
daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seoranglelaki adalah jutawan!),
ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Inibermakna, sekiranya suami isteri
bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada
peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh
itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang
hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period
untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28
hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada harike 14.
Anda
boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini
adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN
MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain
daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan
mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk
pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak
beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau
kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari
kebiasaan.
Oleh
kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalamrahim (ada kajian
menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah
waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan
cara kontraseptif yang lain.
Ada
juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat
dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan
tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyairisiko yang tersendiri.
Ramai yang syorkan appeton folic acid. Harap berkesan :)
Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless
Azney ambil Asid Folik ikut dan je. hihi tapi Alhamdulillah ada hasil :)
ReplyDeleteBERAPA LAMA BERKESAN ... SAJE NAK THU
DeleteTgh dtg period boleh ambil jugak tak acid folid ni confius la
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam...tnyer sy bru kawen.. n bru je abis
ReplyDeleteboleh ambik acid folic? boleh sembang x,?no sy 0193795567
boleh je...
ReplyDeletenk tye asid folic ni boleh makan ke waktu datang piyed? tq
ReplyDeleteBole aje
Deletemudah fhm.tksh...
ReplyDeleteas salam saya nak tanya, kalau ambil folic acid ini boleh tak kita berhubung dgn suami,, maksud saya sex..
ReplyDeleteas salam saya nak tanya, kalau ambil folic acid ini boleh tak kita berhubung dgn suami,, maksud saya sex..
ReplyDeleteDear admin, sy nk tanye cara yg betul or masa yg sesuai pengambilan folic asid.. tq..
ReplyDeleteDear admin, sy nk tanye cara yg betul or masa yg sesuai pengambilan folic asid.. tq..
ReplyDeleteSesapa yg nak masok group whatsapp TTC...bole lah pm ya kat whatsapps saya 0143144247..dlm tu kita bole kongsi mcm²..kan nak²..yg tgah ttc mcm kita semua nie
ReplyDeleteAde lg group ni?
DeleteIf sesiapa berminat nk kongsi lebih pngalaman n prtanyaan atau apa pun boleh lahasok group whatsapp TTC yer bermnt pm jk saya 0143144247
ReplyDeleteAda lg x grob ni??? Tlg add 0139531142
DeleteSesapa yg nak masok group whatsapp TTC...bole lah pm ya kat whatsapps saya 0143144247..dlm tu kita bole kongsi mcm²..kan nak²..yg tgah ttc mcm kita semua nie
ReplyDeleteassalam sis..boleh pm sy x..ttc tu ape ye?0196088788
Deleteboleh pm sy ape tu TTC x sis??tq .. 0196088788
Deleteassalam sis..boleh pm sy x..ttc tu ape ye?0196088788
Deleteboleh x add saye 0132041976 Abidah
DeleteBlh add sy: 01111212566 (rena)
DeleteAdd saya 0134065841
DeleteBoleh x add sy? 0136131016
DeleteBoleh add sy ke 0128671052
DeleteTumpang tnya, sy nak try acid folik ni tp sy ada mkn supplement neem himalaya, xda papa ke klau sy ambil dua2?
ReplyDeleteTumpang tnya, sy nak try acid folik ni tp sy ada mkn supplement neem himalaya, xda papa ke klau sy ambil dua2?
ReplyDeletenak tanya macam mana nak makan acid folic,nak makan selepas haid or sebelum haid..
ReplyDeletenak tanya macam mana nak makan acid folic,nak makan selepas haid or sebelum haid..
ReplyDeletenak tanya macam mana nak makan acid folic,nak makan selepas haid or sebelum haid..
ReplyDeleteNk join group TTC,bleh x add sy 0174764724.tq
ReplyDeletehi tk de group ke untk nie ?klau ade sye nk join group
ReplyDeleteSalam..nak tumpang tanya..pemganbilan folid acid niw bolej tak dimakan tgh ari,ptg atau mlm??ke kene makan waktu pg je lps sarapan??
ReplyDeletenk Tanya Folid acid ni lelaki blh guna x?
ReplyDeleteBoleh. Tolong jawabkan:)
Deletenk tanya Folid acid ni lelaki blh guna x?
ReplyDeleteblh jer
Deleteboleh .
DeleteAssalamualaikum..nak tanye, boleh ke minum minuman berkafein selepas kita ambil acid folic ni?
ReplyDeleteSalam, maaf tumpang tanya, 1st trimester bolehke ambil folic asid yg 5mg?
ReplyDeletesalam, maaf tumpang tnya sikit, hehe,1st trimester bolehke makan asid folik yg 5mg?
ReplyDeletePm
ReplyDeletewaktu period boley mkn ke acid folic ni?
ReplyDeletewaktu period boley mkn ke acid folic ni?
ReplyDeletenk tny sy bru kwin folic asid ni sy still boleh mkn ke? mase period blh mkn?
ReplyDeleteacid folic blh dimakan masa period.kalau nk tahu lbh detail boleh je direct message ke fb appeton malaysia.dia akan reply tp lmbt sikitla,&slps bberapa bulan jika takde tanda2 kehamilan,better jumpa dktor.bgthu masalah ap yg puan hidapi.kita kena byk mmbaca n buat researh sbb yg nk pregnant kn kite,bukan org lain yedakk hehe
ReplyDeleteGroup wasap masih ada ke..kalau ada nk join..01132335945
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletenk tnye,sy belum bernikah tp tgh tggu tarikh di tetapkan sbb dlm tempoh bertunang lg.tp blh ke sy ambil acid folic ni?
Sudah tentu boleh.
DeleteAcid folic blh di ambil sebelum mkn atau selepas mkn??
ReplyDeleteBila2 masa jer boleh mkn..plg cun mkn 3 bulan sblm plan nak ada baby..klu blm dgn keizinanNYA..teruskan jer mkn..dn bjumpa dgn doc utk pemeriksaan kesuburan yg lbh baik.
Delete