Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, October 31, 2013

Media Social Hannah Sytieh

Hi, assalammualaikum

Korunk perasan tak sekarang ni terlampau banyak sangat media social. Sampai tak terlayan dah. Dengan facebook, instagram, twitter, wechat, wassap, bbm, lookbook, tumblr. Hoi, banyak sgt ni hoii… Sampai tak terlayan. Meh la nak masuk sikit dalam blog ni ape je yg aku ade. 


Blog : hannah sytieh


Instagram : hannah sytieh



Lookbook : hannah sytieh



Keek : Hannah Sytieh


Tumblr : Hannah Sytieh


Twitter : Hannah Sytieh

Media Social ni macam kite bermain dalam alam lain je kan. Aku buat semua ni bukan untuk popular. Sekadar mengisi mase lapang. Tapi dalam banyak2 media social aku plg suke lepak lam blog n instagram. Dalam blog kite boleh dapat mcm2 info, dalam insta kite leh tengok life org lain :) So, just peace .

Be willing to be uncomfortable. Be comfortable being uncomfortable. It may get tough, but it's a small price to pay for living a dream. Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one who bad mouth. Remember this.

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh







Kat mana nak shopping dekat BANDUNG ? Dekat PASAR BARU TRADE CENTRE la ..

Holla, Assalammualaikum


Jum sambung entry ke bandung.

Sape2 yg tak nak perkhidmatan tour guide sila lah pilih hotel yg berdekatan dengan tempat shopping yg korunk nak tuju. Kawasan Shopping Di Bandung boleh dibahagi ke beberapa kawasan iaitu PASAR BARU, JALAN SUKAJADI, DAGO, JALAN RIAU & JALAN CIHAMPELAS jadi pilihlah hotel di mana-mana kawasan ini untuk memudahkan anda just berjalan kaki ke tempat shopping tersebut .


Pastikan bawak duet yg cukup, kalau tak korunk meyesal macam aku. Haha. Bukan senang nak pergi negare org lain kan. 

Jum kite mula satu2 pasal tempat shopping kat bandung. Tapi untuk entry ni aku just nak update pasal PASAR BARU je. Next entry baru sambung entry ke tempat lain okeyh. 

PASAR BARU TRADE CENTRE




Hai, Pasar Baru in the house yaw. Kat sini kalau bawa duit Malaysia pun diaorang terima sebab ramai sangat orang Malaysia kat sini. Antara hotel berdekatan dgn Pasar Baru ialah Aston Braga Hotel Apartment, Arion Swiss Belhotel, Vue Palace Hotel, Cemerlang Hotel, Carrcadin Hotel.


Ehemm, kalau korunk nak g sini jgn cakap nak pergi just 2 jam 4 jam je. Memang takkan cukup mase weyh.. Sekurang-kurangnye satu hari or 2 , 3 hari. Haha. Bangunan ni ade 7 tingkat . Tiap2 tingkat ade parking keta. Bayangkan ade banyak tgkat. Korunk rase dalam mase sehari korunk boleh terjah semua kedai tak ? tak kan. Sebab tu aku cakap ambik mase beberapa hari kalau nak ke sini. Biar sampai pening pale korunk. Huhu.


Kat sini shopping betul2 heaven. Syurga lace, kain ela, baju sulam, kain sulam, telekung, jubah, kain batik, blouse, beg. Kain-kain sulam yang kat malaysia ni diaorang jual sampai ratus kat sini hanya dalam RM25-30 je tau tapi kena pandai tawar-tawar la sampai diaorang bagi harga yang korunk nak. Tapi korunk tak boleh nak salahkan penjual kat Malaysia gak. Dorunk mesti nak ambik kire kos pengangkutan, kos luggage lg and mcm2 kos la.


Orang cakap kalau nak pergi shopping kat Pasar Baru ni datang la awal². Before kui 9.00 pagi dah terpacak depan kedai... nak pecah telur katenya, jadi first customer terjah kedai tu.. Boleh dapat diskaun banyak sih....

Telekung, kain, tudung memang sangat2 banyak. Mesti korunk akan pening tengok setiap tingkat. Nak abiskan 1 banggunan ni memang 1 hari pun belum tentu habis tapi aku ade tourist guide yang di sediakan. So, die akan bawak kite org kat selected kedai je. So,kejap je la aku shoping dalam kat situ. Walaupun kejap je aku shopping tapi aku boleh habes berjuta juta kat situ.


Tips dr aku, lagi senang kalau korunk  ada tourist guide ni sebab dia dah tahu kedai yang mana murah untuk beli tudung, telekung, jubah, kain ela and etc etc. Cakap je korang nak beli apa dia akan bawakan ke beberapa kedai & korang bandingkan lah harga. Memang betul murah sebab aku cuba gak tanya dekat kedai yang dia tak sugest memang banyak berbeza juga. Jadi dah save masa shopping. Dah la tu, bile kite org shopping banyak2 die tolong angkat kan brg letak lam keta. Tak pun die ambik kan gambar kite org tgh shopping. Wehhhuu..


Telekung yang kerawang-kerawang penuh tu pun diaorang jual Rp150K (Rm50) yang ni kalau kat mesia mau ratus-ratus, yang harga RM70-80 di Malaysia sini dalam RM20 gitu je.. kain pun sejuk. telekung yang colurfull pun ada comel2 je sesuai untuk hadiah kat kengkawan n sedara. Ade yg harge RM6, RM7, RM10. Yang lawa sikit, kain tak jarang harge RM 26 – RM 30 je. Kalau nak sulam die lawa lg sikit harge dalam RM 40 – RM 60. Menyesal aku tak beli telekung yg kerawang2 penuh untuk dijadikan hantaran. Telekung2 untuk tetamu2 dtang rumah je aku beli. Menyesal sagt. Sebab bile aku survey harge kat M’sia ni memang mahal.


Selain tu jubah jubah juga murah sangat memang sangat jauh beza la dengan malaysia. Aku nak beli jubah yg jenis chiffon tu. Harge dalam RM 50 – RM 70 je. Kat m’sia jual dalam RM130 ke atas. 

Tempat2 best dalam tu :


SIR CINTA – Telekung, Kain pasang, Kain Sulam, Kain Pelikat, Kain sulam2 manik. Aku beli 5 – 6 pasang kain pasang bersulam plus kain pelikat and kaftan blouse. Kaftan blouse aku dapat harge RM24 je. Aku jumpe kat Times Square harge die RM70. Jimat aku kat sini. Huhu.



D’Fabrik – Kain songket, Lace, Border Lace, Kain segale jenis kain. Kalau korunk nak buat baju tunang ke baju kawen ke. Boleh pergi kesini. Aku beli banyak gile kain lace kot.. Semeter dalam RM20 Jew.

Ground Floor – Ade baju-baju yg cantik dgn harge yg sgt murah. Korunk imagine baju mcm kat Times Square. Kat luar pasar baru pun same. Shawl pun berlambak. Murah2 je kawan. And ade jual barang untuk doorgift. Nama kedai tu Idola Baru Accessories. Dekat basement.

Third Floor – Korunk boleh beli seluar jeans kat sini. Kualiti of course tiptop. Huaaaa.. Rugi nye aku tak borong kat sini. T_T

Fourth Floor – Ada blouse, legging, t-shirt, baju jalan2 yg sweet, nice and mcm2 la.. Korunk boleh borong semua ni kat tingkat 4.

Sixth Floor – Huaaaaa.. handbag sayang2… Mate aku dah berpinar-pinar.Macam semua aku nak rembat bawak balik. Sape minat LV, BONIA, ZARA, GUESS and name branded yg lain semua hado.. Harge dalam IDR50,000 iaitu RM15 je.. Nanti aku dtg sini lg aku nak borong 10 beg. HOVER kau jemah oi. And kat tingkat ni jugak aku beli telekung. 

Tips kat Pasar Baru :
  • Pasar baru ni tutup dalam pukul 5 . Tapi dalam pukul 4.30 ada banyak gak kedai yang da tutup. Korunk sile lah pergi pagi2 kesini. Sebab awal sgt die tutup kan.
  • Kat sini banyak copet, pencopet. So, silelah hati-hati. Jangan tunjuk duit yang banyak time nak bayar tu. Korunk prepare la awal2 mcm mane nak letak duet yg senang korunk nak kire nanti.


Pakai mcm ni je... Beg kedepan. Flat Shoes. Tak sempat makeup. Haha
  • Beg semua galas letak depan. Tak payah pakai handbag. Pakai beg yg silang letak kedepan. Kan senang nak bawak n jalan.
  • Pakai kasut flat je kawan2 tak payah nak pakai kasut tinggi. Nanti lenguh. Takde mood dah nak jalan.
  • Nnti ramai yg akan kerumun korunk untuk beli keychain, French magnet, beg n mcm2 la.. Kalau korunk rase nak beli, beli lah dgn harge yg korunk rase puas hati, Jangan lupe tawar menawar ok. Tapi time ni korunk akan rimas la.. Rimas yg sgt rimas. Macam aku. Haha, tapi nak buat mcm mane itu care dorunk untuk carik rezeki.


Dah siap semua jum kite balik, makan. Tapi disebabkan van kite org betul2 kat depan kedai SIR CINTA. Mari shopping lagi. aku berkenan betul ngn kaftan blouse. so, aku beli 2 kat sini. Lawa oi... aku suke.. Contoh mcm baju kat atas tu. Tapi aku tak minat yg manik2 mcm tu, aku minat yg bersulam je. 




Done shopping kat Pasar Baru. Ni je aku beli. Sikit sangat.. Tak cukup. Nak lagi ohoi..
Aha.. Ok, done review shopping kat Pasar Baru. Next entry kite cerita lagi pasal Bandung okieh. Pasal name2 pelik yg ade kat bandung. Memang lawak sungguh name2 yg ade kat bandung. Ok bye. 


Tanx Reading, 
Hannah Sytieh








Monday, October 21, 2013

Bawal Satin Lagi Ohsem and Gorgeous from Dfashionig

Assalammualaikum




Hi, sape peminat tegar Satin. Bukan "tegar" penyanyi tu taw. Maksud aku peminat gile2 satin.. 
  
Ade berita best untuk korunk. Nanti coming soon page instagram : Dfashionig akan keluarkan item yg ohsem lagi bergaye ni.. Iaitu Bawal Satin infinity. Ade banayk pilihan warne u’olss. Jangan lupe terjah page instagram mereka ok. Nah link instagram Dfashionig : http://instagram.com/dfashionig . Harga mereka jual ? Ofkos la harga mampu milik ♥ Don't woory moory la darlink2x.. 

Nah contoh-contoh gambar yang ade. Bile da confirm mereka dah keluarkan item yg gile ohsem ni, aku akan update banyak lagi gambar. Stay tuned awex-awex cun diluar sane J


Sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Raye Eiduladha. Dah terlepas ke ? Belum kan. Jangan sambut je tapi harap kite memahami erti Hari Raye Korban ni. 

Tak lupe jugak ni la OOTD time hari raye hari tu. Baju kaftan beli kat bandung. Tudung dari page instagram : Dfashionig. Satin bawal in black. ohsem sungguh aku rase pakai tudung ni ( naik bakul angkat sendiri, haha)


Mek onie in black bawal satin. Eh, baju lebih kurang tudung lebih kurang. Of course la. Kawan baik ok.. Makin gorgeous kan die ni. Dahla gorgeous, blog die power plk.


Model : Mek onie la.. Kali ni in pastel pink colour bawal satin.. Cantik u'olss. Glamorous lagi. Warne soft je. Sedap mate memandang kan.


Model last. Aku sendiri. Haha~ Aku sangat suke tudung yg simple tapi look ohsem . Satin ni berkilat-kilat. Nampak tudung mahal padahal harge mampu milik. Bile pakai je rase cun tahap nak terbang ke awan, terus sampai bandung (OK! ITU TIPU, SILA LA MUNTAH BANYAK KALI, HAHA)

Psssst : Jangan lupe follow instagram dorang. Dorang just available kat insta, wassap, n email shj. Sebab instagram medium yg senang bergerak. Ingat! Harge mampu milik n kain memg sangat ohsem sampai nak terbang! Warne pun ade macam2 ok. Jgn lupe tekan link kat bawah ni. Peace :)

Tekan link ni : Dfashionig

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh






Saturday, October 19, 2013

Review Hotel Victoria Luxurious Guesthouse, Bandung

Hi, Assalammualaikum


Nak carik hotel kat bandung ?? Kat sini la tempat die. Jum Review..

Dah seminggu yang lepas pergi bandung. Harini baru nak review pasal Hotel kat Bandung. Kite org menginap dekat Victoria hotel. 3 hari 2 malam. Tempat ni sgt cantik hokeyh tapi bilik kecik je tak besar sgt. If, untuk 2 org ok la.. Tapi untuk kite org yg bertiga ni agak kecik sikit. Sebab kite org ni serba active, serba hyper, serba cute mute. Haha~ (Jangan muntah sudah) .

Actually, hotel ni khas untuk orng yg dtg honeymoon kat bandung. Sbb bilik die ala-ala romantic gitu.. English style. Paling best die org sediakan break1st ! break1st die sedap. I LOIKE. Macam nak tambah duapulohempat kali. Tapi si mek onie ni cakap jgn makan banyak2 nanti gemok.. HAHA! Pedulik!! aku nak makan jugak. HUHU~ (sambil hentak2 kaki)

Jum tengok gambar satu persatu. Sambil tu aku cerite ok. Kalau aku dok cerita je memanjang gerenti korunk mengantux. Sambil cuci mate tengok gambar. Korunk paham-paham kan ape yg aku tulis hokeyh. Mari : 

Aku da bayar hotel ni dari Malaysia, tapi bile korunk sampai je korunk kena bayar deposit.
Tu yang tgh bayar tu Cik Onie la tue.. (aku ni kejap pggl die cik kejap pggl die meq dah knp, lantak p la, aku malas nak edit, huhu)

Nak tau Rate harga ? Meh tengok table .


Pls read the term and conditions ok : 
Rates are exclusive Breakfast for two
Check in time after 2 pm and check out before 12 pm
Late check out until 6 pm will be charged 50% of from rate
Rates are not valid on Special Event, Holiday Season, Lebaran, Chrismas and New Year
Package rate for Group id available on request
Change and Cancelation of reservation andRoom Type must be done before Day-3


Cantik kan side ni. Ala-ala mcm kat rumah... Kalau korunk nak buat design rumah macam ni pun ok jugak. Sure gorgeous and fabulous.. 


Nampak tak kat cermin tu. Aku tgh berbincang dengan Pak Ujang. Disebabkan aku ketua untuk trip ni so, aku bincang la dgn Pak ujang serbe sedikit. Pak ujang aku ingatkan da tua, rupe rupenye ganteng lagi sih, mude lagi, aduuuhhh, smart la pak ujang ni :) Sambil2 tu korunk cuci mate la tgok cermin n side meja tu.. Lawa gile kan ? huuu~


Ni baru sebelah kiri je tempat yg aku snap pic. Belah kanan pun ade jugak design lawa2 lam hotel ni. Nampak exclusive kan. Baru la best dok kat hotel kalau mcm ni gayenye. Pls la korunk kalau nak honeymoon, honeymoon kat sini ok. Haha~ Tapi kat sini enggak ada kolam renang nya.. Aduhhhh... 

Jum terjah bilik pulak. Sambil lari-lari anak kucing. Tak sabar punye pasal nak tengok bilik. Lif untuk naik kebilik masing2 sgt cinonet ok.. Cinonet tu maksud die kecik je comel-comel.


Ha... Dah sampai pun kite lam bilik . Lawa tak lawa tak ? Lawa la kan. Gorgeous gitu macam haku. HAHAHA! Muntah. Cermin tu aku suke, langsir tu pun aku suke jugak. Semua aku suke lah... Aku rembat bawak balik kang dua alah bende tu baru tau.. 


Kan da cakap aku suke kan. Upload 2 kali. ngan langsir je pun ? Batak eh ko hana .
Suke hati mung la nak cakap gapo . ihiks. 


Rules . Kat Ikea ade frame cenggini.. Idea untuk design bilik korunk pun boleh ni.


TV. Dorunk tak boleh nak bla bukak cite hantu malam2 time nak tido. 
Channel semua channel indon weyhh. Patut la aku tak boleh nak carik TV3. Hikhok~


Balcony pun awesome. White colour.. Lupe plk nak cakap. Dekat hotel ni pun disediakan Wifi. Kalau o9 kat balcony die memg laju meyh.Tapi balcony yg menghadap belah depan la. Kalau menghadap belah belakang memg lambat la jawabnye. Macam siput. HUHU~

Tapi yang pelik, bile pakai WIFI dorunk je mesti battery hp laju je turun. HUH! Dah kenape eh. Mcam pakai data plan plk, battery hp cepat kong.


Huiii, toilet. Toilet pun nak ambik gambar kaw. Curlassss kau jah.


I love this soup very much... Huuaaa ~ Nak buat sup mcm ni tak reti even ade yg tggl nak bancuh je tu kan tapi tak sesedap soup ni. 


Ni menu hari ahad pagi. Korunk tengok keaw tiaw putih tu mcm tak sedap kan ? Padahal sedap gileeee... Kalau aku tau resepi die kan best.. Terbayang bayang keaw tiaw ni je hari2.. Huhu~

Sekian, tu saje untuk hari ini. 

Done review salah satu hotel di Bandung. Coming soon will update cerita kat bandung okieh. Hope membantu untuk sesiapa yg nak menginap dekat hotel ni. Amik bilik yg besau-besau sikit la hokieh. 

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh






Tuesday, October 15, 2013

Perlukan perubahan dan perlukan kawan

Hi, Assalammualaikum



Musuh jangan walaupun satu.

Banyak benda aku nak cerita. Banyak benda aku nak tulis. Tapi bila sampai sini aku mesti fikir banyak. Kalau aku tulis macam gini gini gini, nanti apa pulak orang ni kata. Kalau aku tulis macam gitu gitu gitu, nanti apa pulak orang tu kata.

Okay, aku diam. Tapi nak bercakap jugak kat sini.

Change. Semua orang berharapkan perubahan. As if perubahan akan membawa seribu kebaikan. Perubahan tu sendiri mungkin sinonim dengan perkataan positif.

Ada yang berharap pekerjaan baru akan menjamin kebahagian tanpa mengetahui ianya bukan jaminan masa depan yang cerah.

Ada yang berharap berbadan kurus itu cantik tanpa mengetahui 'badan berisi' kelihatan lebih cantik baginya.

Ada yang berharap menjadi rapper itu lagi baik daripada menjadi pelakon, padahal peminat lagi menggemari Joaquin Phoenix sebagai pelakon (yang super hebat dalam Walk The Line)..What a waste!

Ah, macam-macam lah. Kita kadang terlupa boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (2: 216)

Go with the flow. Jangan tamak. Jangan cakap besar. Tuhan itu lebih tahu!

Kawan Baik ?



Personally, aku tak rasa hidup ni kita perlu ada kawan baik. Sebab (biasanya) kawan yang dianggap baik ni lah yang akan turn you down, hurt you the most. Believe me, I am so been there, done that. Apa yang kita perlu dalam hidup ni ialah kawan-kawan.

Sebab tu lah kot, orang tua-tua ada cakap, berkawan biar seribu. Bila the kawan tak boleh 'be there' for you, you can always look for the other kawan.

Selain dari mak bapak, suami/isteri aku tak rasa ada orang lain yang akan sanggup 'susah senang' dengan kita. Dan kawan yang hanya 'berkawan' dengan kita masa senang, bukan lah seorang kawan, apatah lagi kawan baik. 

Korunk rase perlu ke nak berkawan lebih2 and bercerita semua benda yg tak perlu ? aku rase tak perlu. Jangan anggap kawan baik itu baik. Takut makan diri. Kawan je selagi boleh. Janji ade batas. 







Bukan saje-saje nak letak gambar banyak-banyak macam ni. Tapi bile aku tengok gambar ni lame-lame. Memang ade situation macam ni dalam hidup kite org sebagai officemate. Ade duke ade tawe ade marah ade sakit hati ade gembira . Semua perasaan ade. Rambut same hitam hati lain-lain. Kite boleh belajar something bile kuat memerhati.

Walau ape pun bahagia ade kawan. Bahagia kenal ramai orang. Bahagia dapat belajar something dari orang lain. Bahagia tidak boleh digambarkan dengan kate-kate. Sape yg rase die je yang akan memahami. Good luck all my friends. Ade rezeki kite jumpe lagi. Walaupun company same tapi kite jauh. Tanx atas pertolongan korunk selame ni. Love u'alls T_T

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh







Sunday, October 13, 2013

Tips sekiranya korunk nak beli tiket airasia secara online

Hi, Assalammualaikum


Mesti nak update jugak sampai habis. Kalau tak berulat-ulat la entry aku. Huhu~ Mari la kite tengok tips yg penting if korunk nak beli tiket air asia.

Tips sekiranya korunk nak beli tiket airasia secara online:-

1) Pastikan connection internet betul2 laju… Ini akan membolehkan setiap process tidak akan loading terlalu lama seterusnya menyebabkan stuck.. Seeloknya, gunakan streamyx ataupun Unifi.. konfem puas hati.. (tapi aku pakai office nye internet, mmg laju haha)

2) Buat bayaran guna CIMBClicks. Setakat ni, bila aku guna CIMB Clicks, tiada masalah… bila guna Maybank2u, ada masalah juga kadang2.. tapi tak tahu la korang macamana… Tapi elakkan guna kredit kad sebab nanti ada caj lain pula.. huhuu..
3) Kalau nak buat tempahan untuk ramai sekaligus, better taip dulu siap2 dalam Microsoft Word, then nanti just copy n paste je masuk dalam borang. Ini adalah kerana anda hanya diberi masa sebanyak 9 minit sahaja tempoh untuk isi borang.. Kalau lebih 9 minit, ianya akan secara automatik akan reset borang tersebut..

4) Setiap action ataupun transaksi yang korunk lakukan, pastikan ada buat screenshot dan save di dalam satu folder. Senang sket nak buat rujukan nanti… Macam aku buat kat atas tu.. Just screenshot.
5) Pastikan berape kilo korunk nak tempah untuk kargo korunk. Jngan terlebih kilo plk nanti time nak terbang, nanti kena bayar lebih nanti. Lagi mahal.
6) If korunk da plan betul2 bile korunk nak bercuti, tempah la awal2. Macam aku tempah setahun awal. Untuk kargo aku tempah 20 kilo pergi dan balik. Aku kena charge dalam rm200 seorg mcm tu. Murah kan ?
 Blogger Mek Onie and Khtar Amir . 
Kesayangan ambe 2 2 org ni. Boleh bertumbuk kalau tak puas hati. Haha~

Sekarang imigresen kat Malaysia ni makin mudah n puas hati. So, travel ni akan jadi hobi tetap aku. 2 2 org kat atas ni akan ku pakse untuk travel bersame.. Miahahaha~ Luve u both. 

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh






© Hannah Sytieh | Design By MH