Hi, Assalammualaikum
Nak
update entry kawen mude. I’uolss tak mude dah. Hahaha. Time umur sekarang
memang patut kawen dah. Mak pak dah bising da. Wakakakaka. Tapi aku je bajet2
mude *kelip2 mate*. Tapi InsyaAllah me bride to be 2014. Paling lambat pun
2015. Doakan moge berjalan lancar deh… Tak larat da nak gado nak elok nak
gado.. HAHA! Kasi kawen terus… HAHA!
Tapi kalau korang perasan sekarang ni musim
org yang da kawen POPULAR.. kan kan kan… Tak caye ? ce tgok FB, INSTAGRAM,
TWITTER. Sape yg popular…. Irine Nadia, Dena Bahrin, NurulBadiah, Amoi Heaxa, Atitaharis,
Namee. Sape lagi sape lagi ? Gua tak ingat… Huhu. KOrang tambah sendiri k..
Masing2 comel dgn gaye tersendiri.. Geram I u’olss. Macam nak kawen sekarang
jugak! Bukan sebb nak popular eh. NO NO NO NO. Sebab nak gak baby comel mcm
dorg tu. Ops’ jgn pk bukan2… Tutup cite.
Sekarang dah macam musim untuk kahwin muda
kan. Seronok tengok ramai remaja-remaja kat luar sana lebih cenderung untuk
memilih hubungan yang halal berbanding sebelumnya. Jum bace berikan tips-tips
untuk korang remaja kat luar sana yang pening2 and tidak tahu cara untuk minta
kebenaran berkahwin muda.
Hei, ibu bapa mane yg tak syg kan anak2. Ibu
bapa mane yg nak lepaskan anak mereka berkahwin time usia mude… Dia org mesti
nak tau details mcm mane korang nak hidup nanti. Dari mane dtg duet untuk sare
hidup korg bile kawen nanti and mcm2 lagi la dorg akn fikir and pertimbangkan…
Mereka lgi sanggup membanting tulang empat kerat, bekerja, menyediakan makan
pakai kepada anak-anak sebab nak pastikan anak-anak mereka hidup senang dan
bahagia. Mungkin pada mulanya akan berlaku kesukaran untuk menyuarakan
keinginan, tetapi kalau kaorang ikut tips2 ni InsyaAllah Berjaya.
Tips yang pertama , tunjukkan sikap matang korang.
Matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Kadang2 ibu bapa ni
bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut
rasa binasa. Pamerkan sikap matang supaya ibu bapa korang yakin bahawa korang
sudah yakin dengan keputusan dan bukannya keputusan yang hanya untuk
kepentingan diri sendiri sahaja. Hormat orang tua, tunjukkan sikap, akhlak,
serta budi pekerti yang baik. Bukan untuk sehari dua, tetapi praktikkan dalam
diri supaya jadi amalan.
Tips yang kedua adalah pada mereka yang masih
menuntut atau belajar. Dahulukan lah pelajaran. Janjikan pada orang tua anda
bahawa korang akan jadikan pembelajaran korang sebagai keutamaan. Hanya selepas
korang tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan. Bincang dengan
pasangan, tidak akan timbul masalah jika korang berdua sepakat dan saling
memahami antara satu sama lain. Tahu tanggungjawab masing-masing.
Sebagai orang islam, jika korang ni lelaki,
berat tanggungjawab yg kaum lelaki ni kena pikul. Lelaki ni bakal menjadi ketua
keluarga. Ketua yang menggerakkan keluarga korang. Adalah penting untuk anda
kaum lelaki ni menjaga rapi ibadah anda. Bukan sahaja untuk bakal suami, turut
serta bakal-bakal isteri di luar sana. Banyakkan amal, dekatkan diri kepadaNya.
Perkahwinan bukanlah atas dasar kata nafsu semata-mata. Dengan menjadi ketua
keluarga, membawa mereka ke jalan yang lurus dan diredhai. Bukannya pula hanya
untuk dunia.
Tips
ketiga ini memerlukan korang untuk lebih menitikberatkkan keredhaan di sisi
Allah swt. Muda bukan dijadikan alasan korang untuk melebihkan dunia.
Seimbangkan dengan akhirat, patuh pada arahanNya, insyaAllah itu akan
membuatkan mereka percaya bahawa korang boleh membimbing walaupun diusia muda.
Tips terakhir adalah bincanglah dari hati ke
hati. Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa korang. Nyatakan
kenapa korang ingin tamatkan zaman
bujang korang di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung
rumahtangga korang nanti, dan yakinkan bahawa korang sudah bersedia. Jangan berkasar
dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan.
Nada yang rendah supaya tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Seperti sedia
maklum bahawa hati orang tua ini mudah terasa. Bicaralah sehabis baik. Harap
tips2 ni Berjaya. Semoga Berjaya kepada engkorang yg nak kawen awal k. Tak
mudah.. so, fikirlah sebaik mungkin. Peace J
Hannah Sytieh