Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, June 22, 2015

BUFFET STEAMBOAT SEDAP BULAN RAMADHAN, SHAH ALAM



Hai Assalammualaikum




Buat sesapa yang dok area Shah ALAM, Petaling Jaya, Klang or klpj dan seangkatan dan sewaktu dengannya korang kena cuba  steamboat dekat Dkayangan Steambot, Shah Alam.


Kat mana tuu?

Lokasi : Seksyen 13 Shah Alam
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 5.00ptg - 2.00pagi








Ini pandangan dari hadapan.. Sebelum pergi sini, hana refer alamat, hana bayangkan restoran ni kat shoplot biasa je ataupun kat dalam shopping mall, eh tetibe.. sekali sampai, tekejut sebab besar gila rupanya.. meriah plak tu.. Nak makan kat dalam boleh, kat luar pon boleh.. Tapi time pergi sini sesat jugak la kan.. ehhe. Suasana restoran , kemas bersih selesa … boleh la kan ? berbaloi dengan harga nya.




Steamboat kat sini  memang best! Datang dari jauh pun tak rugi. Restoran di area Shah Alam ini adalah restoran yg agak simple tapi padat dengan susun atur dan juga kedudukan makanan. Tapi pilihan makanan juga begitu banyak kerana kalau di ikutkan makanan grill dan steamboat lebih banyak. Bagi yg suka citarasa tempatan di sini adalah tempatnya kerana masih mengekalkan beberapa menu tradisional yg enak. Cuma kat sini kena booking awal kerana ramai juga pelanggan yg selalu dtg makan di sini. Untuk pengetahuan korang, restoran D'Kayangan ni dah pernah dilawati oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3.. patut lah meletops.





Di Dkayangan Steamboat juga ada menyediakan grill. Selalunya kat restoran steamboat lain hanya ada steamboat jer kan.. Kat sini ada grill so boleh lah panggang dan bakar-bakar.  Menu untuk grill juga disediakan. Ada ayam, daging, paru, udang, sotong dan yang paling best semuanya dah sedia diperap.  








Kat sini juga ada banyak pilihan bebola. Tengok tuu, panjang berderet. Tinggal pilih je... Seafood kat sini juga fresh! Selain dari tuu  ada disediakan mee, bihun, yee mee, mee sanggul, kuey teow, maggi mee.... Hah! Macam-macam ada.










Berbalik kepada steamboat buffet ni , boleh tahan la …. berbaloi dengan RM yang kita keluarkan. Siapa peminat steamboat mesti tahu harganya kan.  Hana pernah makan di restoran steamboat terkenal , tak ada pakej yang gempak cam gini lagi. Serius, siap ada kambing golek , bubur , nasi goreng , bihun goreng , buah-buah tempatan dan banyak lagi.




Menu utama nya adalah seafood steamboat. BAYAR SEKALI MAKAN BERKALI-KALI. Sesuai untuk orang yang kuat makan dan untuk happy-happy makan tanpa fikir nak makan menu apa , lepak lama-lama makan sampai puas.






Terima kasih En. Arif kerana sudi menjemput Hana untuk menjamu selera di Restoran D'Kayangan ni.. Keseluruhannya, memang berpuas hati dengan food dan layanan di sini.. Semasa makan di sini, Hana sempat jugak menjeling-jeling tengok pekerja mereka bekerja.. cepat dan tangkas.. takde yang jalan tehegeh-hegeh.. semua bekerja dengan laju.. makanan basah semua direfill dengan segera.. Yang paling best kat sini walaupun customer ramai, tapi tiada kekurangan dari segi service dan makanan *thumbs up*





Boleh usha hashtag #dkayangansteamboat kat ig.. ada muka Hana kat situ.. Haha. Nak tau lebih details boleh checkout FB D'Kayangan Steamboat .




Semuanya memang puas hati la. Semua ada di Pak John Steamboat dan BBQ. Apa lagi yang tak cukup? Kalau korang memang jenis yang makan banyak, hana memang sangat sarankan korang untuk try pegi makan kat sini. Harga? Haaa, ni baru nak masuk bab harga and details yang lain.




Details:

Restaurant Steamboat BBQ D'kayangan
Sri Acapella Servis Apartment
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


FB: Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan
GPS Coordinates: N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Operation Hour: 6.00pm - 12 am Harga:
RM33 (dewasa)
RM17 (kanak-kanak atas 5 tahun) (Everyday)
Tel: 012-2971091 /  012-3970091 / 03-55234979 (sila call untuk reservation)


Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless





Saturday, June 20, 2015

MUA for your BIG DAY, San't Makeover

Hai Assalammualaikum



Ya Allah lamanya tak terupdate blog ni. Maafkanla ceq na..  Entry ni dihasilkan sebab baca FB kak san’t. :D Tetibe teringat kat dia. Cantik je orang dia. Orang sabah, tapi dok KL tau.


Pernah jumpa die sekali untuk makeup HAI BLOGGER. Hasil dia sangat memuaskan. Sebab tu kalau boleh hana nak share dekat sini. Mane la tau ade yang tercari-cari MUA untuk tunang ke, sanding ke, Shoot ke. Boleh la contact kak san’t ni. 




One of my reasons kenapa pilih Kak Sant ni jadi orang yg bertanggungjawab utk make up time shoot tu ialah sebabkan make up from her sangat2 natural beauty. hehehe! Tak nampak terlalu tebal and suka dengan cara Kak Sant dia memang takkan trim kening. Hope kalau ada bride to be yang agak-agak tengah membaca entry ni, masih dalam pening-pening lalat nak pilih orang yang make up masa nikah/resepsi, booked la siap-siap Kak San’t :) Hana boleh jamin korang akan suka dengan service Kak San’t sebab senang nak berurusan, tak banyak kerenah, and very very very friendly!! Yihaaa, tu lah paling suka sebab hana ni dah la jenis x banyak cakap bila depan-depan. Kak sant pulak bila org tanye soalan je mesti dia jawab.. Tak sombong ok. 




Sebelum cari MUA ni korang kena betul-betul teliti hasil makeup dia orang. Cantik ke tak cantik ke. Macam opera cina ke macam princess.. hehe. Sebenarnya makeup ni yang paling penting. Sebab orang akan tengok kita. Tak kan elok2 muka ayu manis cantik tetiba jadi mcm opera cina. Kan da segan kan. Lagi2 makeup untuk nikah and untuk sanding. Sebab orang datang majlis kita nak tengok kita. Bukan nak tengok benda lain. Yang penting tengok pengantin dulu. Kan... So, be prepare la korang. Carik MUA yang makeup cantik..




Salah satu hana nak bagi rujukan, kak San’t ni la . Korang boleh tengok hasil tangan dia macam mana kat dalam tu okieh... Dia bukan pakai produk cincai2 je tau nak makeup kan korang. Tapi berkualiti tinggi and dijamin. Takdela kulit muka korang nanti rosak after makeup. Yang paling penting tahan lama. Tak merekah-rekah. Kalau makeup merekah percayalah nanti kulit korang jadi kale hitam2 plus warna bedak. Nampak sangat makeup nak cair. Susah nak touch up tau kalau jadi lagu ni.. hehe. Nah FB dia.. Nak bg number phone tapi hana sendiri lupa nak save. Ni Fb dia ok. Boleh berurusan dengan dia kat sini :







Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless






© Hannah Sytieh | Design By MH