Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, June 22, 2015

BUFFET STEAMBOAT SEDAP BULAN RAMADHAN, SHAH ALAM



Hai Assalammualaikum




Buat sesapa yang dok area Shah ALAM, Petaling Jaya, Klang or klpj dan seangkatan dan sewaktu dengannya korang kena cuba  steamboat dekat Dkayangan Steambot, Shah Alam.


Kat mana tuu?

Lokasi : Seksyen 13 Shah Alam
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 5.00ptg - 2.00pagi








Ini pandangan dari hadapan.. Sebelum pergi sini, hana refer alamat, hana bayangkan restoran ni kat shoplot biasa je ataupun kat dalam shopping mall, eh tetibe.. sekali sampai, tekejut sebab besar gila rupanya.. meriah plak tu.. Nak makan kat dalam boleh, kat luar pon boleh.. Tapi time pergi sini sesat jugak la kan.. ehhe. Suasana restoran , kemas bersih selesa … boleh la kan ? berbaloi dengan harga nya.




Steamboat kat sini  memang best! Datang dari jauh pun tak rugi. Restoran di area Shah Alam ini adalah restoran yg agak simple tapi padat dengan susun atur dan juga kedudukan makanan. Tapi pilihan makanan juga begitu banyak kerana kalau di ikutkan makanan grill dan steamboat lebih banyak. Bagi yg suka citarasa tempatan di sini adalah tempatnya kerana masih mengekalkan beberapa menu tradisional yg enak. Cuma kat sini kena booking awal kerana ramai juga pelanggan yg selalu dtg makan di sini. Untuk pengetahuan korang, restoran D'Kayangan ni dah pernah dilawati oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3.. patut lah meletops.





Di Dkayangan Steamboat juga ada menyediakan grill. Selalunya kat restoran steamboat lain hanya ada steamboat jer kan.. Kat sini ada grill so boleh lah panggang dan bakar-bakar.  Menu untuk grill juga disediakan. Ada ayam, daging, paru, udang, sotong dan yang paling best semuanya dah sedia diperap.  








Kat sini juga ada banyak pilihan bebola. Tengok tuu, panjang berderet. Tinggal pilih je... Seafood kat sini juga fresh! Selain dari tuu  ada disediakan mee, bihun, yee mee, mee sanggul, kuey teow, maggi mee.... Hah! Macam-macam ada.










Berbalik kepada steamboat buffet ni , boleh tahan la …. berbaloi dengan RM yang kita keluarkan. Siapa peminat steamboat mesti tahu harganya kan.  Hana pernah makan di restoran steamboat terkenal , tak ada pakej yang gempak cam gini lagi. Serius, siap ada kambing golek , bubur , nasi goreng , bihun goreng , buah-buah tempatan dan banyak lagi.




Menu utama nya adalah seafood steamboat. BAYAR SEKALI MAKAN BERKALI-KALI. Sesuai untuk orang yang kuat makan dan untuk happy-happy makan tanpa fikir nak makan menu apa , lepak lama-lama makan sampai puas.






Terima kasih En. Arif kerana sudi menjemput Hana untuk menjamu selera di Restoran D'Kayangan ni.. Keseluruhannya, memang berpuas hati dengan food dan layanan di sini.. Semasa makan di sini, Hana sempat jugak menjeling-jeling tengok pekerja mereka bekerja.. cepat dan tangkas.. takde yang jalan tehegeh-hegeh.. semua bekerja dengan laju.. makanan basah semua direfill dengan segera.. Yang paling best kat sini walaupun customer ramai, tapi tiada kekurangan dari segi service dan makanan *thumbs up*





Boleh usha hashtag #dkayangansteamboat kat ig.. ada muka Hana kat situ.. Haha. Nak tau lebih details boleh checkout FB D'Kayangan Steamboat .




Semuanya memang puas hati la. Semua ada di Pak John Steamboat dan BBQ. Apa lagi yang tak cukup? Kalau korang memang jenis yang makan banyak, hana memang sangat sarankan korang untuk try pegi makan kat sini. Harga? Haaa, ni baru nak masuk bab harga and details yang lain.




Details:

Restaurant Steamboat BBQ D'kayangan
Sri Acapella Servis Apartment
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


FB: Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan
GPS Coordinates: N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Operation Hour: 6.00pm - 12 am Harga:
RM33 (dewasa)
RM17 (kanak-kanak atas 5 tahun) (Everyday)
Tel: 012-2971091 /  012-3970091 / 03-55234979 (sila call untuk reservation)


Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless





1 comment:

  1. ni entry ke2 sy bc psl steamboat dkayangan ni...

    haihhh, konpem wajib pegi nanti..


    jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH