Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, May 7, 2015

Bisnes tudung satin laku keras


Assalammualaikum


Pemakaian tudung mencetus satu fenomena tersendiri apabila ramai golongan kaum hawa kini mula menyedari akan kewajipan dituntut agama. Semenjak-dua menjak ini kesedaran untuk memakai tudung semakin meluas dan sudah ramai golongan artis juga turut berhijab.

Sudah tentu ramai peminat-peminat mereka ingin mengikut jejak langkah artis yang mereka minati.


Drama hati perempuan bawal satin mia ahmad yuhanis
Trending terkini akibat impak daripada Drama “Hati Perempuan” di TV3 menjadikan ramai golongan wanita mula tercari-cari tudung bawal satin. Seperti yang kita ketahui heroin drama Hati Perempuan iaitu watak Yuhanis yang dipegang oleh Mia Ahmad begitu anggun dan cantik dengan menggayakan tudung bawal satin. Sama ada yang jenis “plain” ataupun “printed”. Pasti ramai yang ingin memiliki tudung seperti Yuhanis kan?

Makin berlambak dipasaran sekarang para peniaga menjual bawal satin samada secara offline mahupun online. Semakin ramai kaum-kaum hawa mencari tudung bawal satin untuk digayakan ke pejabat, beriadah ataupun kemana-mana majlis. Tidak ketinggalan juga untuk dipakai pada hari raya nanti. Mereka juga ingin kelihatan anggun seperti Mia Ahmad.

Ringkas tetapi nampak sofistikated. Kalau bukan disebabkan Mia Ahmad dan Hati Perempuan, tudung bawal satin tak akan laku. Bisnes tudung “satin” merupakan bisnes yang “laku keras” pada masa sekarang. Cuba la beli sehelai untuk kelihatan seperti Mia Ahmad. Semakin nak dekat raya semakin ramai yang akan berbelanja samada melalui online ataupun mengunjungi butik2 yang tumbuh bak cendawan zaman sekarang. Bermacam-macam persiapan yang dicari oleh kaum Hawa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Walaupun raya lebih kurang 3 bulan lagi.. Ya itulah hakikatnya.




Pada pandangan hana sebenarnya, pemakaian tudung mengikut fesyen atau trend sekarang bukanlah satu masalah sebenarnya kerana dengan fesyen tudung yang pelbagai jenis dan gaya, sedikit-sebanyak telah membuatkan ramai kaum muslimah pada masa kini terbuka hati untuk memakai tudung. Ini dapat dilihat dengan penumbuhan yang positif dalam industri fesyen muslimah yang dilihat semakin ramai peniaga yang mula berkecimpung dalam industri fesyen muslimah.

Tetapi, suka hana ingatkan. Pemakaian tudung juga hendaklah dilengkapi dengan berpakaian menutup aurat serta menepati kehendak syariah. Ingat! Jadilah muslimah islam yang sebenar bukan untuk mengikut trend semata–mata.

Nak cari dull satin bawal boleh click sini :  https://instagram.com/vrhijab_/


Love see you in the next post
Hannah Sytieh





1 comment:

  1. Kann. Sekarang ni macam-macam style tudung. Btw, jemput singgah blog mimi :D

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH