Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, December 10, 2013

7 MAKANAN PENYEBAB BAU BADAN

Hi, Assalammualaikum



Hi, ni post ke 3 untuk malam ni. Gigih nak cerita satu2 dalam entry lain2.. Sebab kalau dumb semua dalam satu entry kang, mengantux nak bace. So, aku update satu persatu entry. Singkat, simple and padat. Takde la mengantuk kan bile bace .

NI entry-entry lepas.. Jemput bace, Just click click click :



Ape yang menyebabkan bau badan? Salah satu faktor adalah. Faktor pemakanan kite. Hari demi hari. Apa kite makan.

Jum kite tengok 7 makanan yang menyebabkan badan berbau :

7 MAKANAN PENYEBAB BAU BADAN

Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.

1. REMPAH RATUS

Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.



2. DAGING MERAH

Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.



3. PRODUK SUSU

Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.


4. KOLIN

Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.




5. MAKANAN BERGORENG

Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya.


6. KAFEIN

Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. TEMBAKAU

Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat.

Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada di tempat awam. Dan cubalah juga jus Harum Malam, badan pasti akan berbau harum sepanjang hari.

Jus Harum Malam lagi ? Ape tu ? Jeng jeng jeng.. Jangan lupe bace next entry ok.. Stay tuned…





Thanks Reading,
Love, Hannah Sytieh








TIPS MENCEGAH TIMBULNYA BAU BADAN

Hi, Assalammualaikum


TIPS MENCEGAH BAU BADAN




Bau badan merupakan perkara yang mana tidak ada seorang pun yang sukakannya. Malah mereka sendiri tidak sedar samada badan mereka berbau atau tidak. Hanya orang disekeliling kita sahaja yang menyedari perihal ini. Mungkin orang disekitar kita berani menegur. Untunglah kalau ditegur. Kalau tidak? Macam mana kita nak tahu ye?

Kalau dah tak suka,baik tegur depan-depan dia. Tapi secara baik la.

Kadang-kadang akibat kuat bekerja dan peluh berlebihan juga boleh membuatkan badan berbau. Tapi takkan la kita nak pergi mandi 2 jam sekali semasa bekerja gara-gara badan berbau kan?

So, dalam entry ni kite update macam mane nak mencegah timbulnya bau badan and ape penyebab peluh berbau. Mari …


APAKAH PENYEBAB PELUH BERBAU?


Penyebab peluh berbau antaranya ialah kurangnya penjagaan kebersihan tubuh, terdapat kesan peluh yang tidak mengewap dan melekat pada badan, suka mengambil makanan yang mempunyai kalori tinggi, tekanan yang merangsang emosi negatif seperti kecemasan, gelisah, stress dan kemarahan akan mengaktifkan kelenjar peluh dan menguatkan bau tubuh yang tidak menyenangkan.

Kat sini aku nak attached tips mencegah timbulnya bau badan. Kite kena ambik berat pasal ni. Supaya kite kekal cergas and disenangi org sekeliling. Jum bace :


4 TIPS MENCEGAH TIMBULNYA BAU BADAN




1. KERAP MANDI


Langkah awal untuk mencegah bau badan ialah mandi secara teratur minimum dua kali sehari. Sebaik-baiknya mandi dengan menggunakan shower berbanding dengan berendam. Hal ini kerana, air yang mengalir dapat menyingkirkan kotoran dan bakteria dengan lebih banyak berbanding air yang tidak mengalir.


2. MENCUCI PAKAIAN


Jangan hanya mengambil kira cara mandi sahaja. Tetapi, baju atau pakaian juga memainkan peranan penting terhadap bau badan seseorang. Justeru itu, pastikan pakaian yang korang pakai sentiasa bersih. 

Badan yang telah dibersihkan tapi tetap menggunakan pakaian yang tidak bersih akan mengundang masalah. Justeru itu, cucilah baju yang telah digunakan setiap hari supaya peluh yang melekat pada pakaian hilang.


3. GUNAKAN PENGHILANG BAU BADAN


Terdapat banyak produk yang khusus untuk menghilangkan bau badan.Gunakan deodoran yang mengandungi bahan untuk memerangi bakteria penyebab bau badan.

Selain itu, korang juga boleh merendam kapas di dalam alkohol dan selitkan di bahagian ketiak selama beberapa minit untuk mengurangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria. 

Korang juga boleh merendamnya dengan menggunakan tea tree oil yang boleh menjadikan ketiak korang kekal kering serta terhindar daripada bakteria dan bau.


4. PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN


Makan dan minum secara teratur. Perbanyakkan minum air putih minimum 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Dengan pengambilan air yang banyak akan mengurangkan fungsi kelenjar peluh dan seterusnya mengurangkan kemungkinan terjadinya bau badan. 

Selain itu, sangat baik juga mengambil buah-buahan yang mengandungi antioksidan dan sayuran berwarna hijau tua seperti bayam yang kaya dengan klorofil dan memberi kesan seperti deodoran semulajadi untuk tubuh.Hindari makanan dan minuman yang mengandungi kafein, coklat dan lemak.Bakteria sangat suka pada peluh yang mengandungi lemak.

Korang akan menjadi lebih berkeyakinan sekiranya mempunyai bau badan yang segar dan menyenangkan. Bau badan yang menyengat akan menyebabkan pergerakan dan aktiviti korang terjejas. 

Disebabkan itu, korang perlu sentiasa memastikan tubuh badan korang sentiasa bersih bagi mengelakkan terjadinya bau badan.

So, dah tau macam mane nak cegah bau badan ? ape kate kite praktikkan. Tak pun ade care mudah. Jum consume HARUM MALAM ? Ape tu Harum Malam ? Will update later. J




Tanx Reading,
Love, Hannah Sytieh






TIPS PENJAGAAN VAGINA SUPAYA SIHAT SEMULAJADI


Hi, Assalammualaikum



Jum harini kite update pasal penjagaan organ dalam wanita. Kat sini aku bagi link pasal tips penjagaan aku menggunakan Sirehemas. Click sini : PRODUK SIREHEMAS

Sekarang meh kite update pasal tips2 plk. Meh la bace. Bolehla kite share2 ilmu sikit. Teehee : 


1. Teliti dalam memilih sabun pembersih, pilihlah produk yang mengandungi susu kerana boleh memelihara kestabilan pH dan kebersihan sekitar vagina. Elakkan menggunakan pembersih antiseptik dengan kerap kerana ia bersifat keras dan dalam jangka masa panjang ia tidak baik untuk kesihatan vagina.

2. Selepas mandi, pastikan sentiasa mengeringkan bahagian vagina dan hindari penggunaan bedak walaupun tujuannya untuk memberikan bau harum dan kering. Partikel halus dalam bedak boleh menyebabkan bakteria dan kulat membiak.

3. Cuba gunakan pakaian yang mudah menyerap untuk menjaga peredaran udara di sekitar organ intim. Elakkan penggunaan kain atau seluar dari kain jenis jean.

4. Jika korang selalu berpergian, (maksud die bekerja, aktif, travel) pastikan membawa pantyliner dan pakaian dalam lebih supaya memudahkan anda menukarnya. Jangan terlalu lama menggunakan pantyliner. Sekiranya korang sedang haid, pastikan korang menggantikan tuala wanita dengan kerap supaya kekal bersih dan segar.

Tips-tips tersebut kelihatan mudah dan ringkas tetapi kesannya terhadap kesihatan sangat baik jika korang melakukannya dengan konsisten.


Done, tanx reading,
Will more update about penjagaan wanita, Stay tuned,
Love, Hannah Sytieh






© Hannah Sytieh | Design By MH