Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, December 10, 2013

TIPS MENCEGAH TIMBULNYA BAU BADAN

Hi, Assalammualaikum


TIPS MENCEGAH BAU BADAN




Bau badan merupakan perkara yang mana tidak ada seorang pun yang sukakannya. Malah mereka sendiri tidak sedar samada badan mereka berbau atau tidak. Hanya orang disekeliling kita sahaja yang menyedari perihal ini. Mungkin orang disekitar kita berani menegur. Untunglah kalau ditegur. Kalau tidak? Macam mana kita nak tahu ye?

Kalau dah tak suka,baik tegur depan-depan dia. Tapi secara baik la.

Kadang-kadang akibat kuat bekerja dan peluh berlebihan juga boleh membuatkan badan berbau. Tapi takkan la kita nak pergi mandi 2 jam sekali semasa bekerja gara-gara badan berbau kan?

So, dalam entry ni kite update macam mane nak mencegah timbulnya bau badan and ape penyebab peluh berbau. Mari …


APAKAH PENYEBAB PELUH BERBAU?


Penyebab peluh berbau antaranya ialah kurangnya penjagaan kebersihan tubuh, terdapat kesan peluh yang tidak mengewap dan melekat pada badan, suka mengambil makanan yang mempunyai kalori tinggi, tekanan yang merangsang emosi negatif seperti kecemasan, gelisah, stress dan kemarahan akan mengaktifkan kelenjar peluh dan menguatkan bau tubuh yang tidak menyenangkan.

Kat sini aku nak attached tips mencegah timbulnya bau badan. Kite kena ambik berat pasal ni. Supaya kite kekal cergas and disenangi org sekeliling. Jum bace :


4 TIPS MENCEGAH TIMBULNYA BAU BADAN




1. KERAP MANDI


Langkah awal untuk mencegah bau badan ialah mandi secara teratur minimum dua kali sehari. Sebaik-baiknya mandi dengan menggunakan shower berbanding dengan berendam. Hal ini kerana, air yang mengalir dapat menyingkirkan kotoran dan bakteria dengan lebih banyak berbanding air yang tidak mengalir.


2. MENCUCI PAKAIAN


Jangan hanya mengambil kira cara mandi sahaja. Tetapi, baju atau pakaian juga memainkan peranan penting terhadap bau badan seseorang. Justeru itu, pastikan pakaian yang korang pakai sentiasa bersih. 

Badan yang telah dibersihkan tapi tetap menggunakan pakaian yang tidak bersih akan mengundang masalah. Justeru itu, cucilah baju yang telah digunakan setiap hari supaya peluh yang melekat pada pakaian hilang.


3. GUNAKAN PENGHILANG BAU BADAN


Terdapat banyak produk yang khusus untuk menghilangkan bau badan.Gunakan deodoran yang mengandungi bahan untuk memerangi bakteria penyebab bau badan.

Selain itu, korang juga boleh merendam kapas di dalam alkohol dan selitkan di bahagian ketiak selama beberapa minit untuk mengurangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria. 

Korang juga boleh merendamnya dengan menggunakan tea tree oil yang boleh menjadikan ketiak korang kekal kering serta terhindar daripada bakteria dan bau.


4. PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN


Makan dan minum secara teratur. Perbanyakkan minum air putih minimum 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Dengan pengambilan air yang banyak akan mengurangkan fungsi kelenjar peluh dan seterusnya mengurangkan kemungkinan terjadinya bau badan. 

Selain itu, sangat baik juga mengambil buah-buahan yang mengandungi antioksidan dan sayuran berwarna hijau tua seperti bayam yang kaya dengan klorofil dan memberi kesan seperti deodoran semulajadi untuk tubuh.Hindari makanan dan minuman yang mengandungi kafein, coklat dan lemak.Bakteria sangat suka pada peluh yang mengandungi lemak.

Korang akan menjadi lebih berkeyakinan sekiranya mempunyai bau badan yang segar dan menyenangkan. Bau badan yang menyengat akan menyebabkan pergerakan dan aktiviti korang terjejas. 

Disebabkan itu, korang perlu sentiasa memastikan tubuh badan korang sentiasa bersih bagi mengelakkan terjadinya bau badan.

So, dah tau macam mane nak cegah bau badan ? ape kate kite praktikkan. Tak pun ade care mudah. Jum consume HARUM MALAM ? Ape tu Harum Malam ? Will update later. J




Tanx Reading,
Love, Hannah Sytieh






No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH