Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, January 29, 2013

RESEPI - Nasi Minyak and Ayam Masak Merah


Resepi Nasi Minyak

Bahan A:
3 Mangkuk beras

Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan A:
1 ekor ayam - potong 12
2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan

Bahan B : kisar
1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
2 cm kunyit

Bahan C:
3 sudu besar madu atau gula merah
2 sudu besar gula
1 mangkuk sos tomato
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat. Masukkan daun pandan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.


Psst : Biasanye kalau aku buat nasi lemak ke nasi minyak ke nasi briani ke. Semua aku kukus.. And kalau masak ayam masak merah aku suke letak daun pandan sikit. Baru wangi. J


Die ni makan sampai licin. Memang fevered die pown.. ahahaha. Sayang kau la wahai adeq ku.

Tanx Reading, Nanti ade mase boleh jumpe lagi. Haha
 Xoxo, Hannah Sytieh



Thursday, January 24, 2013

KESEDIHAN YANG MENDALAM


Bismillahirahmanirrahim.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari hal yang menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.

Ya Rabbi, Ya Tuhanku. Tiada siapa hanya Engkau yang memahami dukaku, yang mampu memaafkan khilafku, yang melihatku jatuh dan bangun atas izinMu, yang mampu memelihara perilaku ku dalam rahmatMu, yang sentiasa bersamaku saat tiada siapa yang bersamaku.

Ya Allah, lenyapkan dukacitaku, hilangkan kesedihanku, sembuhkanlah kesakitanku dan halaulah keresahanku dari jiwaku.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Saat ku dihimpit ujian, ketika aku berdiri keseorangan, membawa hati yang penuh hening dan hiba tidak ku tahu seluas pandangan dan sekecil hati ini untuk menzahirkan apa yang terpahat. Mungkin tawa kelihatan untuk menghapuskan tangis, tapi ruang hati tetap pedih dan sakit... segalanya kerna khilafku... tiada lain hanya khilafku.

Ya Rahman, Ya Rahim. Terkadang ku yakin dan ku percaya apa yang ku lakukan adalah yang paling termampu, tetapi kadang kala ku lupa ada yang lebih berjaya dan dicatatkan atas kehendak Engkau, Allah yang maha besar. Dengan membawa sehiba hati ini, seikhlas dan setulus jiwa yang tersorot, bersujudlah aku memohon keampunan kepada mu di atas kelemahan hatiku dan aku memohon Engkau ya Allah menerima ampun dan maafku agar sentiasa merahmati ku, memelihara imanku melewati hari2 aku dan agar Engkau membahagiakan ku dunia dan akhirat.

Ya Allah, mungkin takdirku bukan di dunia, tapi aku titipkan doaku agar takdirku pada kehidupan yang lebih panjang, InsyaAllah di akhirat nanti. Kau pelihara lah kasihku, ikhlasku, dan doaku agar dapat memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terkandung dan yang bersarang dalam hati milikMu ini ya Allah.

Xoxo, Hannah Sytieh





Wednesday, January 23, 2013

HATI BERCAKAP

Assalammualaikum

Need some rest and go to holiday . Balik kerje masuk bilik , pejam mata. Bangun, bukak blog bukak twitter, bukak facebook. Senyum. Buat new post, upload semua gambar. Bangun, settlekan keje ape yg patut. Penat. Rase badan da berbau tengik. Letih. Keje banyak. Duduk kejap piki and carik kelemahan sendiri. Aku tahu banyak benda yg aku tak tahu lagi. Kadang-kadang kobodohan aku tak dapat dinafikan dalam sesetengah perkara. Aku telah cuba yg terbaik. Memberikan komitmen yg termampu. Aku sebolehnya tidak mahu menjerut leher sendiri. I really need my life. I know it is hard but try to live with it. My life, was worst before. Now, it's just okay.

Aku tak nak berpatah balik pada mase lampau aku . Mase yg aku sia-siakan, waktu ibadat yg aku abaikan, aurat yang aku dedahkan . Cinta kepada Allah adelah cinta yang hakiki cinte kepada ibu bapa adelah cinta yg berkekalan . Jangan sesekali kasih kepada manusia melampaui kasih kepada Allah.  Aku tahu kasihku dulu melampaui kasihku kepada MU.

Hidup ibarat roda, kadangkala di atas dan kadangkala kita di bawah . SubhanaAllah, begitu kecil kudratku untuk menggalas ujian mu ini . Sesungguhnya pernah satu ketika aku lupa untuk menadah tangan kepadamu dalam suka ku . Ketika ku berada di atas aku alpa . Tidak ku tahu bahawa kebahagian dan ketenangan hari ini bile ku dekatkan hati ini kepadaMU . Di saat ku tersungkur hanya air mata yg mampu mengalir . Tetapi ku tahu, dimanakah letaknye iman ku sekiranya aku terus membiarkan diriku tersungkur.

I believe that things happen for reasons. We just could plan the future with this and that but Allah knows the better path for us. A wise man said, that you're being tested by Him because He loves you. He knows your limit and boundaries and never put you under a burden. As the time walk by, you will grow with maturity and you know what's the best decision for you.



Diary 2013
Xoxo, Hannah Sytieh


© Hannah Sytieh | Design By MH