Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, July 27, 2015

ASID FOLIC, KITARAN HAID, WAKTU SUBUR


Hi Assalamualaikum


Hari ini hana ingin berkongsi maklumat dengan korang mengenai Acid Folik, kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Hana kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.



Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang selamat.

Bahaya la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

CARA MAKAN FOLIK ASID

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Now, kita sambung part subur pula ok.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.





MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Hana cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payahsikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui keranaia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, iaperlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknyaditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogenmeningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dindingrahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatanmendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telurini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio kerahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telurdikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dindingrahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang keranatiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimanaruntuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.




BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari suburialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah harisubur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = harike 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar bolehberubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama periodyang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadimasalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period andaberubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. DiAmerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur. (TAPI SEKARANG ADE KIT OVULATION TU, BOLEH TRY PAKAI)

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untukmendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta spermadengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seoranglelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Inibermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada harike 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalamrahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyairisiko yang tersendiri.

Hana harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama



Ramai yang syorkan appeton folic acid. Harap berkesan :)




Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless











Friday, July 3, 2015

Makanan ala thailand sedap di CHAKRI PALACE, KLCC


Hi, Assalammualaikum






Hi, dah minggu keberape ni berpuasa. Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi . Mesti ada yang dah teringin nak makan dekat luar kan sekarang.. Here the place that you can go.. Seperti biasa, mungkin ada di kalangan anda yang pilih untuk berbuka puasa di luar, jadi, ini antara senarai lokasi bufet berbuka puasa dengan harga yang tidak terlalu mahal dan berpatutan di bawah RM80 sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya).





Akhirnya hana berkesempatan juga untuk datang ke CHAKRI PALACE, KLCC sebelum bulan puasa haritu. Pada bulan yang mulia ini mereka menawarkan Buffet Ramadhan pada harga yang memang ekonomi dan berbaloi. Satu je yang hana nak beritahu, makanan kat sini mmg sangat sangat sedap. Ini serius tak tipu, hana nasiblah tak buruk lantak kalau tak, habis semua hana sebat. Memang sedap sangat.








Untuk menu makanan melayu ala2 thai pula ada nasi putih , sate ayam dan daging, sambal terung, rendang ayam tok, tomyam seafood. Dari hujung ke hujung semua lauk2 yang sangat sedap dan banyak pilihan. Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet tak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti lamb semua disediakan disini.








Buffet Ramadhan ini ada beberapa jenis kuih muih , bubur dan sup untuk pelanggan yang datang makan di sini. Air buah-buahan dan minuman panas turut disediakan. Tapi bila dah bulan puasa ni tekak pastinya nak minum air sejuk je kan….tak puas kalau minum segelas atau minum air masak semata-mata , betul tak ?








Pencuci mulut kat sini pun lazat , lagi2 red ruby water chestnuts. Sangat menepati citarasa and sangat2 sedap. Ni la dessert yang paling popular kalau pergi makanan di restoran thailand. Mesti try tau!








Menurut Pengurus Imperial Chakri Palace, KLCC Encik Rezal, terdapat lebih 50 menu authentic Thailand yang disediakan sepanjang bulan Ramadan disini. Ini merupakan pertama kali Buffet Ramadhan disediakan di Imperial Chakri Palace KLCC kerana faktor ruang yang agak sempit. Imperial Chakri Palace, KLCC juga baru sahaja siap renovation pada tahun ini dan mereka bersetuju untuk mengadakan buffet ramadhan disini pada tahun ini kerana jumlah pengunjung dan pelancong yang ramai. Cantik jugak kan hiasan dalam restoran ni.







Amboi, suke pula 2 orang budak ni. Kite orang datang bergroup. Kami akan datang lagi sebelum habis bulan ramadhan ni. Sangat berpuas hati and service AA !


Ni antara menu yang disediakan disini : 


Pembuka Selera
Mieng Kam Ulam Daun Kadok
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan
Telur Masin
Acar Timun
Aneka Jeruk
Kangkung Goreng Ala Thai
Samosa Goreng
Por Pia Inti Sayuran
Aneka Keropok
Onion Ring Goreng
Buah Kurma

Gado-gado
Nasi Impit Kuah Kacang


Aroma Thailand
Lamb in Thai Green Curry
Butter Prawn with Salted Egg
Sautéed Squid with Garlic Sauce
Fried Sliced Fish with “Tiga Rasa” Sauce
Stir Fried Lala with Tom Yam Paste
Stir Fried Mix Vegetables
Sautéed Beancurd with Minced Chicken
Steamed Fragrant Rice


Citarasa Malaysia
Rendang Daging Tok
Pajeri Terung
Pajeri Nenas
Ayam Kapitan
Nasi Beriani


Kerabu
Kerabu Mangga Thai
Som Tam @ Kerabu Betik Muda
Kerabu Ayam Cincang
Kerabu Glass Noodle


Live Action Stalls
Gerai Sup Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow
Gerai Satay – Ayam & Daging Gerai Ikan Bakar


Pemanis Mulut
Red Ruby
Waterchestnut
Pulut Mangga
Buah-buahan
Kuih Muih Melayu
Aneka Jelly Thai
Ubi Kayu Stim
Pisang Stim Manis
Bubur Jagung & Pisang
Bubur Kacang


Untuk pembelian secara talian, boleh layari :



MORE DETAILS :

Chakri Thai Restaurants, KLCC
Alamat – Chakri Xpress Putrajaya, Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1
Bermula – Sepanjang bulan puasa
Hubungi – 03-88901616
Harga – Dewasa (RM59.90+), Kanak-kanak (RM29.90+)


Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless






© Hannah Sytieh | Design By MH