Hi, Assalammualaikum
Hi, dah minggu
keberape ni berpuasa. Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi . Mesti ada yang dah
teringin nak makan dekat luar kan sekarang.. Here the place that you can go..
Seperti biasa, mungkin ada di kalangan anda yang pilih untuk berbuka puasa di
luar, jadi, ini antara senarai lokasi bufet berbuka puasa dengan harga yang
tidak terlalu mahal dan berpatutan di bawah RM80 sekitar Lembah Klang (Kuala
Lumpur, Selangor, Putrajaya).
Akhirnya hana
berkesempatan juga untuk datang ke CHAKRI PALACE, KLCC sebelum bulan puasa
haritu. Pada bulan yang mulia ini mereka menawarkan Buffet Ramadhan pada harga
yang memang ekonomi dan berbaloi. Satu je yang hana nak beritahu, makanan kat sini
mmg sangat sangat sedap. Ini serius tak tipu, hana nasiblah tak buruk lantak
kalau tak, habis semua hana sebat. Memang sedap sangat.
Untuk menu makanan
melayu ala2 thai pula ada nasi putih , sate ayam dan daging, sambal terung, rendang ayam
tok, tomyam seafood. Dari hujung ke hujung semua lauk2 yang sangat sedap dan
banyak pilihan. Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish
Fillet tak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti lamb semua disediakan
disini.
Buffet Ramadhan ini
ada beberapa jenis kuih muih , bubur dan sup untuk pelanggan yang datang makan
di sini. Air buah-buahan dan minuman panas turut disediakan. Tapi bila dah
bulan puasa ni tekak pastinya nak minum air sejuk je kan….tak puas kalau minum
segelas atau minum air masak semata-mata , betul tak ?
Pencuci mulut kat
sini pun lazat , lagi2 red ruby water chestnuts. Sangat menepati citarasa and
sangat2 sedap. Ni la dessert yang paling popular kalau pergi makanan di
restoran thailand. Mesti try tau!
Menurut Pengurus
Imperial Chakri Palace, KLCC Encik Rezal, terdapat lebih 50 menu authentic
Thailand yang disediakan sepanjang bulan Ramadan disini. Ini merupakan pertama
kali Buffet Ramadhan disediakan di Imperial Chakri Palace KLCC kerana faktor
ruang yang agak sempit. Imperial Chakri Palace, KLCC juga baru sahaja siap
renovation pada tahun ini dan mereka bersetuju untuk mengadakan buffet ramadhan
disini pada tahun ini kerana jumlah pengunjung dan pelancong yang ramai. Cantik jugak kan hiasan dalam restoran ni.
Amboi, suke pula 2 orang budak ni. Kite orang datang bergroup. Kami akan datang lagi sebelum habis bulan ramadhan ni. Sangat berpuas hati and service AA !
Ni antara menu yang disediakan disini :
Pembuka Selera
Mieng Kam
Ulam Daun Kadok
Ulam-ulaman
dengan Sambal Belacan
Telur Masin
Acar Timun
Aneka Jeruk
Kangkung
Goreng Ala Thai
Samosa
Goreng
Por Pia Inti
Sayuran
Aneka
Keropok
Onion Ring
Goreng
Buah Kurma
Gado-gado
Nasi Impit
Kuah Kacang
Aroma Thailand
Lamb in Thai
Green Curry
Butter Prawn
with Salted Egg
Sautéed
Squid with Garlic Sauce
Fried Sliced
Fish with “Tiga Rasa” Sauce
Stir Fried
Lala with Tom Yam Paste
Stir Fried
Mix Vegetables
Sautéed
Beancurd with Minced Chicken
Steamed
Fragrant Rice
Citarasa Malaysia
Rendang
Daging Tok
Pajeri
Terung
Pajeri Nenas
Ayam Kapitan
Nasi Beriani
Kerabu
Kerabu
Mangga Thai
Som Tam @
Kerabu Betik Muda
Kerabu Ayam
Cincang
Kerabu Glass
Noodle
Live Action Stalls
Gerai Sup
Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow
Gerai Satay
– Ayam & Daging Gerai Ikan Bakar
Pemanis Mulut
Red Ruby
Waterchestnut
Pulut Mangga
Buah-buahan
Kuih Muih
Melayu
Aneka Jelly
Thai
Ubi Kayu
Stim
Pisang Stim
Manis
Bubur Jagung
& Pisang
Bubur Kacang
Untuk pembelian secara talian, boleh layari :
MORE DETAILS :
Chakri Thai Restaurants, KLCC
Alamat – Chakri Xpress Putrajaya, Lot G85,
Ground Floor, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1
Bermula – Sepanjang bulan puasa
Hubungi – 03-88901616
Harga – Dewasa (RM59.90+), Kanak-kanak
(RM29.90+)
Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless
huwaaaaaaaaa sedapnye. nasib laa jauh.. kalau kat jb, boleh pegi dah!
ReplyDelete