Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, September 30, 2013

REVIEW 5 : Style Inspiration with Blazer :)

Hi, Assalammualaikum.


Ape kate kite share pasal beberapa fashion dalam ruang blog ni. Aha~ even aku ni bukan fashionista. Tapi aku tetap minat ngn semua style kat luar sane tu.. Bile rase nak simple, kite simple. Bile rase nak melilit-lilit, kite main lilit. Bile rase nak berladies jum kite pakai skirt. Tapi sekrg ni just nak update pasal blazer je. Mix and match. Confirm superb. Here are some pieces Blazer Style that you can find for yourself .


Blazer ni sentiasa menjadi trend. That has been around for a few years now and is not going away! It just keeps transforming with the new styles and textures. When wearing any of the above statement blazers its best to pair it with all black or neutrals. You want it to pop and if you're wearing too many colors it'll take attention away from this piece. I love to style with one of these below!


When styling a statement blazer like this, always remember to make everything else simple with neutrals. The blazer should pop and be the center of the whole outfit. For a little edge, add some studded or spiked flats. This outfit can definitely be worn at a work holiday party showing some style and class. 



Kalau pergi kerja pun aku lebih suke berT-shirt and then pakai blazer but with jeans of course. Sangat-sangat selesa and simple. But still can look nice.. Aku jenis yg suke bergerak sane sini. So, t-shirt and jeans memg jadi pilihan. Tapi kena pakai something yg tak nampak terlampau simple. So, jawapan die blazer kawan J  


Tapi mesti korunk rase pakai blazer ni panas kan. Tapi sebenarnye tak pun. Sebab kat shopping banyak yang sediakan kain yang tak terlampau tebal or nipis untuk cuaca kite kat Malaysia ni. Lagi-lagi kat times square. Memang rambang mate I told u.. Huhu~


Pergi office pakai mcm ni pun da smart kan. Casual but smart.


Jangan lupe mix and match dengan aksesori and shoes. But fyi, I cannot get enough of these!! So cute and comfortable. Can be found in every color and variety of prints. They're especially best for work or college. I think I'm going to invest in a pair of black ones as well, just cause a girl should have every item in black!


See, hijabis can still be fashionable while maintaining modesty. Ni ambil dari pic facebook kak eila .. Credit to her :) Die still nmpak cantik n gorgeous even dah berkahwin. #Adore 


I hope you enjoy my blog as much as I'll enjoy posting:) Remember... Must not just dress modestly but behave modestly. 

Tanx Reading, 
Hannah Sytieh






Sunday, September 29, 2013

Resepi : Laksa Si Jantung Hati

Hi, Assalammualaikum


Laksa si jantung hati ??? Pelik je bagi name kan.. Haha, sesuke hati je bg name mcm tu.. Sebenarnye tak plan pun nak buat laksa. Tapi beli tengok dalam peti ais ade ikan kembung.. Ape lagi, kite mulekan la operasi.

Just nak share resepi je kat dalam ni.. Terupdate la jugak kan blog ni daripada berhabuk habuk. Banyak lagi nak share tapi ter share share. Busy sngt gamaknye. *busy la sgt, mate ke atas*

Next week nak jenjalan release tension. So, maybe blog ni berhabuk balik la kot.. Nanti aku share travel aku p indon k.. Stay tuned.... Ceh, poyo je stay tunedddd bagai.

Jum la kite pergi matlamat update blog ni sebenarnye. Resepi laksa si jantung hati dari Hannah Mak Senah jalan tersenget-senget.

Bahan-bahan nak buat laksa

3-4 paket laksa beras cap Zong Shan



Bahan kuah laksa :

1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa


Bahan ulam laksa :

4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris




Cara-cara nak buat laksa

Laksa

 Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai lembut'...Laksa ditoskan dan diketepikan...

Kuah laksa
Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...

Then, ikan yg sudah siap diasingkan kite kisar .
Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...

Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...

Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...

Masukkan daun kesum dan bunga kantan...

Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedas die...
Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya.



Psstt : Sebenarnye aku lupe nak rebus telur.. Huhu, tengok gambar ni baru pasan telur rebus tarak..

Ok la, Sudi-sudi la singgah lagi

Tanx Reading
Xoxo, Hannah Sytieh






Tips Membersihkan Eyeliner dan Maskara Untuk Kulit Sensitif or Kulit Normal

Hi, Assalammualaikum


Ni entry untuk kaum hawa.. Kalau kaum adam terlibat same, tak tau la kan. Huhu~ Mesti ramai yg suke pakai eyeliner kan kat sini.. or Mascara.. Tapi korunk susah nak remove warne celak tu kat mate. Memakai mascara and eyeliner ni dapat mempercantikkan mata korunk and dapat membuatkan mate lebih ekspresif. Tapi ada beberapa mascara and eyeliner yg diciptakan dengan efek waterproof atau bahasa melayu dia “tidak akan luntur even terkena air”. Hah, siap bahase melayu rojak dengan bahase omputeh kaw.. haha~

Kelebihan makeup waterproof ni. Kita tak perlu takut efek celak tu jatuh kalau terkena air mata, peluh, hujan or terkena air kat muke. Tapi kelemahan dia, kite kena tonyoh mate kite untuk hilangkan kesan celak tu.

Lagi-lagi kalau daerah mate korunk tu sensitive yg memerlukan pembersihan yg khusus, iaitu eye makeup remover. Tapi  ade beberapa “gurl” kat luar sane komen, yg eye makeup remover ni selalu terasa pedih saat diaplikasikan di sekitar masa.. Tapi ape kate korunk ikut care aku. Tak pedih tak sakit, and tak perlu pun nak tonyoh banyak kali.

Aku selalu guna 2 benda je. Salah satu aku beli untuk jdi teman setia. Ewwwaah.. Barng tu ialah Baby Oil and Minyak zaitun.

Baby Oil

Yup, korunk boleh  membeli baby oil dan memakainya sebagai pembersih makeup mata. Baby oil ni dirancang khusus untuk kulit bayi yang sangat sensitif, sehingga bagus dipakai sebagai pembersih makeup mata. Adakah bersih? Mestila akan bersih. Cuba korunk perhatikan bahan dasar eye makeup remover untuk membersihkan makeup waterproof, mesti ada kandungan minyak di dalamnya. So, same je la dengan baby oil ni.


Minyak Zaitun

Minyak yang satu ni memang ajaib, tidak hanya baik untuk kesihatan bila diambil.  Tapi boleh dipakai membersihkan makeup waterproof yang susah dibuang and ditanggalkan. Minyak zaitun mengandung pelembab semulajadi n sangat bagus dipakai pada daerah mata yang sensitif. Selain bersih, kulit di sekitar mata juga sentiasa terawatt.

Untuk mereka yang menggunakan makeup.. Hendaklah bersihkan dulu segala benda yang ada kat muka.. gunalah makeup remover dulu.. kalau takde makeup remover tu.. ambil sedikit minyak zaitun ni pun boleh, letak kat kapas dan sental muka. Minyak zaitun sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kulit kita. Kalau korang beli sebotol minyak zaitun tu, berbulan-bulan tahan taw! Jimat sangat kan. 


Macam mane nak apply kat bahagian mate ? Jum aku cite care bersihkan eye makeup ni.

Cara Membersihkan

Sama seperti pemakaian eye makeup remover, tuang baby oil atau minyak zaitun pada kapas secukupnya.

Sapukan  pada bulu mata atau eyeliner, usapkan perlahan hingga bersih.

Jika kulit terasa melekit  kerana bekas minyak, basuh dengan air suam2 and  keringkan dengan tuala bersih dengan menepuk-nepuk pada kawasan tersebut.

Done sapu minyak zaitun kat bahagian mate.. Tapi gitu2 je...And tak cuci muke lagi. Ni la hasil die.. 
Just sharing. Sharing is caring kawan-kawan :)

Tanx Reading
Xoxo, Hannah Sytieh







Friday, September 27, 2013

Motivation Hari Jumaat


Hai, Assalammualaikum.


Susah nye nak update blog sekarang sebab dah takde internet kat rumah. Pindah rumah baru, tak pasang Wifi lagi. Jangan cakap wifi je, Astro pun tak hado… Semua dalam progress lagi.. Dahla takde ternet, Lattop plk problem tak boleh nak on.. Huhu~ Ni pun curik2 update kat office pakai broadband cousin. Muehehe..

So, disebabkan tak de hiburan ke ape ke.. Selain mengemas rumah.. Aku ade bace satu buku ni. Kisah Rabiatul Adawiyah. Part ayat ni memang aku berkenan sangat. Lagi-lagi kalau ditimpa problem kan. Ayat ni boleh semat dalam hati..

“Yang hidup pasti akan mati, yang datang pasti berlalu. Hanya Allah yang kekal, tiada awal tiada akhir. Tiada mula tiada tamat. Ingatlah Allah itu satu dan kepadan-NYA dipohon pergantungan, tidak beranak dan diperanakkan, tiada seorang pun yang setara dengan-NYA.

Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melainkan mereka mampu mengatasinya. Melainkan hamba itu kurang takwa dan sabarnya.

Rasulullah pun diuji sedemikian rupa, apakah kita wajar mengeluh sekiranya ALLAH datangkan ujian yang tidak seberapa kepada kita.”



Itu je nak share setakat ni. Sehingga berjumpe lagi… Cewwahh.. ecececeh.. 
Mcm tgh buat siaran tv je rase.. 

Tanx Reading, Xoxo
Hannah Sytieh





Thursday, September 19, 2013

Review - AVENUE CONCEPT, Puchong. Carik perabot, Lampu, Kipas semua ada :)

Assalammualaikum


Hai, Busy naw sekarang dengan nak pindah office nak pindah rumah. Tak cukup tangan. Asal weekend je aku kena gi beli barang. Beli lampu, kipas, perabot and etc etc… Dari tak tau pape sampai tau semua benda. Kat mane barang yang murah, kat mane barang best yang boleh beli. Memang berbaloi-baloi.. Dah macam mak2 orang dah kena pandai beli barang rumah sendiri. Huhu~



Ape kate aku review je kat sini barang kat mane yang best. Mule2 aku ingat nak gi kedai HOUSE OF LIGHTING kat Puchong.. Tapi pergi-pergi ke kedai tu tutup la plk. So, aku ternampak satu lagi kedai kat atas House of Lighting tu. Name kedai tu AVENUE CONCEPT.. Alang2 dah kat Puchong, better aku tengok2 kat kedai lain kan. Tempat ni agak exclusive sikit. Aku ingat mahal la kan. Sekali pergi. Murah beb.. Tapi tak semurah barang kat House of Lighting la.

Tapi die punye service tiptop. Better dr House of lighting yg agak kelam kabut tu sebab terlampau ramai org. Pfffttttt …



Jum usha ape yang ade kat AVENUE CONCEPT ni. Banyak gak la barang yang aku beli.

Example :

3 Kipas ( bilik master bed room, dapur, bilik mak )
Sepasang lampu kat pagar depan ( rm 66 sepasang )
6 Downlight petak 4” inch ( bulb lain harga )
24 Downlight bulat 6” inch ( bulb lain harga )
Lampu Kristal gantung ( RM 600 je )
Lampu cawan gantung untuk dapur ( RM 120 )


Lampu kristal. Tak siap pasang habes lagi.. RM600.. Aku paling suke lampu ni.. Letak kat ruang tamu utama. Kat dinding tu nanti lekat TV. Dalam progress lagi rumah ni. Designer ? Op course aku.. HuhuHaha. Tukang buat, pekerja bapak aku.. 

Semua aku beli kat AVENUE CONCEPT ni.. Total semua dalam Dua Ribu plus kot.. Wa dah lupe harge total semua.. mungkin banyak makan semut kot.. Haha. Tapi yg terkilan kipas yg same aku beli dekat sini tp dekat House of lighting lagi murah. And tersangat murah. Nanges.. murah 2 kali ganda. Nanges lagi sekali.

Tapi beli lampu kat sini puas hati, Cantik , banyak pilihan, and murah…. Semua lampu yg besar2 yg cantik2 yang beribu riban kat area KL tak sampai seribu kat sini. Dalam RM90 pun boleh dapat lampu Kristal yang lawa gile. Just kena tengok ade stock xde stock la kan. Benda cantik tapi murah confirm cepat habes.


Ni lampu yg aku beli dekat sini. Dah siap pasang kat bahagian meja makan. Simple but nice. RM120 mcm tu rase. Resit aku tak tau letak mane.

If sape2 yg tak nak pening2 nak bersesak-sesak dengn orang ramai. Aku syorkan tempat ni. Berbaloi- baloi. Kat tingkat bawah barang murah2.. Tapi tingkat atas semua yg mahal2 besar2 gedabak gedabak.. Pandai2 la buat pilihan ye. Kat KL or tempat lain memg tak jumpe lampu murah mcm kat sini.


Tak lupe.. kat sini pun ada tawarkan perabot rumah.. Nice.. Tapi tak berape murah. But wardrobe bilik tersangat murah. Will update later if terjumpe balik kertas dia :)


Set kabinet n wardrobe. Mane2 aku pergi warne putih ni mesti wajib.

Kabinet dapur. Tempat letak periuk, pinggan mangkuk etc etc

Set kabinet dapur yang awesome

Akan dtg aku buat review kedai HOUSE OF LIGHTING ok… dengan satu kedai uncle ni. Name shop die LUCKY lighting. Semua kat area Puchong. Hope this entry can help you. And thanks kat semua blogger yg selalu beri info kat blog masing2.. Info dr korunk semua berbaloi-baloi… Itu yg paling penting bro.. !



Last picca, nak tau tempat ni kat mane. Sile click kat peta di atas. Hope membantu.
Tempat ni kat area Puchong. Pergi jangan tak pergi hokieh.
Best jugak beli barang2 ni semua, tapi duet keluar macam air terjun.. Haha.. 

Thank you for reading this entry !
Xoxo, Hannah Sytieh 






Friday, September 13, 2013

Resepi cornflakes bersalut coklat

Assalamualaikum :)


Hai, makin lame makin semak tengok blog sendiri. Macam-macam ade.. Link ni link tu.. Rase macam nak tukar design pulak. Huhu.. Perangai perangai. Bile nak berubah. Bile nak matang ntah. Mesti ade je yang tak puas hati dalam diri. Huhu..

Marilah kite tengok resepi time raye hari tu. Aku ni bukan malas tahap rajin nak buat kuih bagai2.. Tapi dtg rajin plk nak buat cornflakes coklat time hari raye ary tu. Bukan susah mane pun u olls’.. Kalau orang yang tak berape rajin macam aku ni. Boleh la kot nak try resepi ni.. Hari raye aidiladha still ade lagi.. Don’t worry morry la.. Boleh try ape J




Bahan-bahan :

  1. Coklat masakan (aku amik perisa milk )
  2. Mentega or Planta (mane2 pun boleh )
  3. Cornflakes ( aku lebih suka cornflakes Nestle sbb rangup )
  4. Manik  berwarna warni sebagai hiasan ( yg kecik2 bulat2 tu je, jgn beli yg bntuk rice plk, nanti tak cantik )
  5. Paper cup

Cara-cara:

  1. Susun papercup dalam dulang .
  2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  3. Bila dah cair,tutup api dan angkat letakkan di tempat lain.
  4. Masukkan cornflakes dalam mangkuk ke apa key g senang korunk nak gaul nanti.
  5. Masukkan coklat, gaul rata.
  6. Masukkan cornflakes yang telah digaul tadi ke dalam paper cup.
  7. Tabur manik berwarna warni sebagai hiasan.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk.
  9. Siap untuk disusun dalam balang.


Tips:

  1. Kalau agak-agak coklat kering,panaskan balik guna kaedah double boiler.tapi tak payah lama-lama.
  2. Taburkan manik masa coklat masih basah..kalau dah kering nanti manik tu tak melekat.
  3. Guna sudu kecik untuk masukkan cornflakes dalam papercup..kalau guna sudu besar,payah sikit. 

Mudah kan? tak payah susah-susah nak bakar.. Tapi yang buat hati sentap sikit.. Bagi kat adeq and ecah satu balang besar. Boleh dia panggil tu cornflakes mentega.. Bukan cornflakes coklat. Sentap mak senah oi.. Bile dipikir-pikir balik, imbau-imbau balik mana ade kak ana letak mentega banyak2.. Ni mesti rase coklat tu… Coklat tu kan ade macam2 jenis perase.. Tapi sedap ape coklat tu.. Or korunk ni termakan part mentega tu bnyk.. Haha.. huhu..  Selamat Mencuba!




Tanx Follow for new follower
Tanx Reading, XOXO,
Hannah Sytieh






Cerita Raye : Sambutan raye kali ke-empat 2013

Assalammualaikum


Hi, walaupun raye dah habes. Tapi aku nak update gak pasal raye. Tak kire tak kire. Huhu.. Dah lame nak update. Tapi malas nak buat watermark kat gambar. Ni bukan raye ke-empat hokieh. Ini sambutan raye kali ke-empat bg aku.. After raye ke-3 arytu . Aku stop beraye dulu. Busy bukan maen mengalahkam PM. Haha~ Maaf eh PM ku .. Nak pinjam tittle jap. Tema raye macam warne biru kan ? tapi sebenarnye takde tema pun. Tapi kite org tersame plk. Memasing pakai biru.. Cantik masing-masing :)

Bulan 10 ni nak pindah ofis, so, ni kali terakhir aku buat makan-makan kat ofis ni. Ofis ni bebas sikit. Space besar. Nak merayap pun no hal. Orang susah nak nampak kite kemane. Huhu~ Heaven sikit la..  Ofis baru nanti terlmpau sofistikated and kena berdisiplan banyak. Tak boleh nak buat makan-makan. Tak boleh dtg lmbat. Tak boleh merayap tingkt lain. Mcm2 la.. huh..

Jamuan macam biase.. Masing-masing ambik tugas masing-masing. Masak ape yg patut masak. Lagi jimat. And boleh rase mcm2 jenis makann yg kawan-kawan ofis masak.. Dorang ni semua berbakat bab masakan. Pengsan.. Sedap sgt dorg masak.

Let’s go. Picca of course . 

Aku ni peminat tegar Bihun goreng. Yg masak bihun goreng ni Syuehada... Sedap oi die masak. Boleh buat bini. Comel pun comel.

Ni telur sambal goreng. Ni cik blog ni yg buat. Haha.. Ok la kot kalau ikut anak tekak aku. Janji boleh makan. Huhu~

Haha... Tergaring terhitam termasak semua ade. Kahkahkah.. gelak terguling-guling. Bos aku boleh cakap apehal hitam je Popia ni.. Pity me... Aku lah nak mengoreng ikan aku la nak goreng popia.. Memang hitam la... Hitam2 pun laku tau. Sedapp... Buahaha~ sedapkan hati sendiri.

Nasi Himpit Express. Makan ngn rendang n kuah kacang sedap.. Campur dengan kuah lodeh pun sedap.

Rendang ni sedap sangat. Sangat-sangat sedap.. Nnti aku kongsi resepi ok. Ni resepi wa mintak kat Puan yg masak rendang ni. Sedap sngat2.. Indian and chinese people pun minat sgt ngn ini rendang. Huhu ~

Auuummmm auummm... Laici campur dengan Nata De Coco.. Sedap... If campur dua dua bahan ni manis... So, kena tambah air sikit. Jangan tambah gule okieh.

Nak tnye sikit, laici dalam tin tu memg da tak boleh makan da eh sekrg. Sebab ade amoi dalam ofis ni cakap tak leh makan dah. Ade bahan merbahaya . SERIUS ?

Lemang u'olss.. Memang feveret la.. Lagi2 kalau panas2 lemang tu.. ermm.. Terliur okieh. Lemang ni beli kat Pantai Dalam, PJ. Terbaek wok.. KFC pun ade.. Sedap sgt. Tak terkire.

Officemate, Sory syue. gambar ni je yg ade. Muke syue plk blurr.. Halal kan je la.. 


All staff DA 15th floor. Happening. Dulu lagi ramai, sekarang bertambah sikit. Sobs :( Tapi department lain ramai la.Then, semua dah makan-makan. Marile yg pompuan mengemas. Yang lelaki dipersilakan g solat ye. Mane makanan yg tak habes lagi, boleh kite makan petg sat g.

Rajin ahkak sorang ni. Haha~ Orang yg macam ni la aku suke.. I lap u i lap u.. Dia amik plastik sampah warne hitam tu, then, die gunting-gunting buat apron. Terbaek echah.

After makan semua orang mule la buat perangai, jum usha ape yang berlaku. Terbaik..

Baju biru kat belakang tu dah selamat tidur. Yg purple ni bukan men kaki die. Ko ingat rumah ko ke ape pakcik. 

Ha, jeng jeng.. Siap tutup habes... *arwah ni dulu baik orangnye* haha. Die bace ni matik aku.
Tak pasal-pasal aku lak yang arwah. Haha

Ni pun dah nak melentok.. Masing2 kenyang n mengantux..

Last, sape ntah memandai snap time aku nak terlelap. Memang terbaik.. 
Tangan sebelah still pegang mouse, tapi mate tertutup.. 
Teror kn buat kerje sambil pejam mate. Huhu~

Haha, bubye.. Nak sambung buat kerje..
Tanx Reading, Xoxo
Hannah Sytieh






© Hannah Sytieh | Design By MH