Assalamualaikum
Orang
cakap bila dah kahwin ni kena jaga pemakanan, Kena jage badan, Kena makan
suppplement, Sebab kehidupan lepas kahwin totally will different dari sebelum
kahwin. Memang betul la apa orang cakap tu. Tanggungjawab tu akan jadi lebih
sikit. Sebab bukan sorang2 je kena jaga. Suami pun kena jaga, pakaian, makan
minum suami pun isteri kena handle.
Malam2
tibe2 cakap, Lapar la. Nak karipap panas and air kopi. Hambik ko! Malam2 nak
kene goreng karipap and buat air kopi. Nak cakap penat tu memang penat la kan.
Tapi penat2 seronok. Ada tempat mengadu, tempat merajuk, tempat marah. HAHA~ Ok
la, back to the topic .
Sekarang aku tengah consume Pati Delima Gulshan, Habbatussauda jenis oil
and B-Vite. Lepas ni nak beli Folid Acid pulak. Kat sini aku nak tekan kan
about Pati Delima Ghulshan. Sebenarnya, khasiat
perubatan delima dah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi
Purba (Iran). Itu apa yang mak mertua aku terangkan la. Sebab dia yang suruh
aku ambik supplement ni sebenarnya. Ni bukan product review berbayar. Tapi ni
supplement yang aku ambik lepas dah kahwin ni.
Kebaikan dia macam kat bawah ni :
- Anti Oksida yang tinggi.
- Bersifat panas dan lembab.
- Baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-parukerana ia melegakan batuk.
- Melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
- Merawat sinus.
- Menguatkan sistem penghadaman,membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
- Mencuci darah kotor.
- Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya.
- Menormalkan fungsi hati.
- Menstabilkan peredaran darah.
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi.
- Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan).
- Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout).
- Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
- Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi.
- Memelihara dab mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid.
- Menegangkan payu dara.
- Merapatkan dan menyuburkan rahim.
- Mampu menurunkan kadar glikosa / gula dalam darah (Kencing Manis).
- Mencegah serangan angin ahmar.
- Melancarkan fungsi buah pinggang.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak.
- Dikenali juga ‘natural viagra’ kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki.
- Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan.
- Mengeluarkan peluh / toksin.
- Melegakan sakit kepala.
- Membunuh cacing dalam usus.
- Menambah darah.
Mana
yang aku highlight tu la yang aku suka. Macam best je kan. So, nak lagi paham
kebaikan dia. Baca yang kat bawah ni , google :
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam
badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping
menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima
dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia
ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan
minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di
Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel
kanser kulit.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan
'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan
perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara
teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan
kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat,
gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa
mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat
membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas,
doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan
tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada
lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika
mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang
mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik
seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai
tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada
waktu malam.
Dah kenapa aku cerita pasal baby pasal ibu mengandung je
ni kan. Ko pregnant ke ana? Eh, takla.. belum ada pape tanda lagi. Tapi saja
nak bold kan bab2 baby ni. Sebab macam best macam seronok je. Orang dah kahwin
mestila nak ada zuriat kan even baru kahwin tak sampai sebulan. Haha~ So, tak
salah la nak update pasal ni lebih sikit. Untuk pengetahuan sendiri.. Dari “0”
tak tau pape, better belajar sikit2..
Apa rasa dia :
Rasa delima yang pekat and
masam-masam...
Cara -cara pemakanan :
1 sudu besar sebelum sarapan dan 1sudu besar
sebelum tidur malam, Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam, boleh juga
dibancuh dengan air,
Penyimpanan : Simpan di tempat sejuk.
Ok lah, yang lain-lain aku share nanti. Aku
kahwin umur 24 sayang-sayang. Tak de la muda mana. Dah separuh dewasa da.
Perangai je macam budak2. Haha. Jangan la cakap “amboi hang ! mude nye kawen,
lekaih nye, haha “.
See u next entry! Mmuaahhhx!
Hannah Sytieh J
Assalamualaikum hana, suka pati delima gulsan ni. sepanjang pregnancy sampai sekarang sheila still consume. heeeee, pengubat loya tekak. feuwww~~~ hana kira ok la, 24tahun baru kawin. sheila umur 22 dah kawin (kita sebaya). ahhaha nasib la dapat Adam masa umur 24 tahun ni. hihiii takdalah terasa sangat orang kata kawin muda
ReplyDeleteAssalamualaikum hana, yes. betul2, sheila start pregnant Adam consume pati delima gulsan. memang dapat hilangkan mual kat tekak. malah delima ni salah satu makanan Sunnah Rasullulah S.A.W.. hana kawin 24tahun, ok what. sheila masa 22tahun dah kawin. dapat Adam 24tahun. hehehe ehhh kita sebaya. sorry hana, sheila tak attended wedding awak sebab masa tu kenduri kawin along sheila gak T__________T"
ReplyDeletesheila.. recommended kan pati gulsan ni. tak sia2 ana amalkan
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam. Saya menjual pati delima gulsan dgn harga rm13 sebotol. Sila whatsapp saya di talian 019-5498859 jika berminat. COD kawasan putrajaya - reen
Pati delima gulsan murah
ReplyDeleteRm15 sebotol
Cod kl/shah alam/sepang
Call saya 0174600076
PATI DELIMA GULSAN 2015/2016
ReplyDeleteRm15/1botol
Cod KL/SHAH ALAM
0133589746
First time ambil gulsan.. Saya trus masukn satu sudu dlm mulut.. Mata pun trus mengecil..😅😅 tak tahu yg gulsan ni msm sangt..so skrng ni saya ambil satu sudu gulsan n then saya ambil sikit2 ..so x la msam sangat rasanya..
ReplyDelete