Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, October 23, 2014

Street Art Laman Seni 7, Shah Alam


Assalamualaikum


Gambar Nikah and reception belah perempuan tak dapat lagi. Ape ntah lagi belah laki. Belah laki 1/11/2014. Jadinya kita cerita pasal benda lain dulu k. Haritu pergi ke Shah Alam untuk buat kad nikah. Ala2 macam IC tu.. Alang2 ada kat sana, kita singgah kejap ke Street Art Laman Seni 7 k. Kawasan die berdekatan dengan Jakel Shah Alam je.. BellaAmmara, radiusite.. Kat kawasan situ je.



Tempat ni merupakan tempat pelajar2 mengambil gambar. Shoot main2 gitula.. Tapi eloklah tempat ni untuk remaja kat luar2 sana. Laman Seni 7 diangkat sebagai pilihan untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial supaya menjadi lokasi selesa & selamat bakal menjadi satu lagi tarikan serta produk pelancongan baru di Shah Alam.


Berkonsepkan seni jalanan, Laman Seni 7 boleh dilawati pengunjung serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti bermanfaat antaranya lukisan mural, persembahan muzik jalanan (basking) & jualan kraftangan.


Agak cool jugak kan. Takdela banyak sangat wall arts yg ada tapi bolehla kalau sekadar nak tengok2 amek gambar suka-suka ke, ok la kan. At least budak-budak tak payah nak conteng-conteng dinding merata-rata. Luahkan segala idea kebolehan dekat Laman Seni ni je.




Laman Belakang 3D Art
19G, Jalan Plumbum R7/R,
Seksyen 7, 4000
Shah Alam


SEE YOU ON MY NEXT POST 


 Hannah Sytieh






3 comments:

  1. Assalamualaikum hana, wahh lawa. belum pernah pergi lagi sini. heeee

    ReplyDelete
  2. salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat dari kami pengrajin jaket kulit

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH