Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, February 28, 2015

Vivy Yusuf hebat dalam business ..



Hi, Assalamualaikum



Dulu tak minat pun berniaga. Tapi makin lama minat tu makin menjadi2.. minat yang amat sangat... so, saje je nak publish pasal orang2 yang dah berjaya dalam business ni.. Pendorong semangat.. So  Siapa Vivy Yusuf ? Siapa yg tak kenal vivy yusuf ? Confirm2 ramai kan.. Act, metro dah lama keluarkan pasal ni. saja nak berthrowback... Untuk maju dalam business sendiri.. 




Vivy banyak tertumpu pada dunia fesyen.. BIARPUN menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya.



Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.



Vivy Sofinas Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.



Gadis berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di negara ini.



Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.



Berhasrat muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar jangkaan.



Katanya, sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura, UK dan Jerman.



“Ketika memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan bersama.



“Mungkin semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada ‘kru’ dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk memastikan perencanaan kami berjalan lancar.



“Dalam setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual. Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV,” katanya.



Mengenai cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli pakaian.



Namun, katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan bertambah.



“Misalnya pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja ‘lebih’ daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk menyenangkan urusan seharian.



“Di samping itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat,” katanya.



Vivi mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.



“Saya pernah buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.



“Setelah enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam hal ini.



“Tidak dinafikan sebagai ‘anak ayah’, saya rapat dan manja, bahkan jika hendak berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga lebih dulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.



INFO

NAMA: Vivy Sofinas Yusof
JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 24 tahun
LAHIR: 11 Disember 1987
HOBI: Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah
Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/Belajarurusduitlebih/Article/



Love, see you in my next post, Hannah Sytieh







Thursday, February 26, 2015

Ajinamoto & Tren



Hi, Apa kene mengena ajinamoto dengan tren ni ? Huhu. Layan je la .. 


Before going to bed, my husband and I put our alarms on for 6.30 am for a romantic walk and early breakfast, just the two of us.


Well that didn't happen.  Tak pernah terjadi pun.. Haha... Kalau bangun awal pun sebab nak sambung packing barang customer and gosok baju husband. Tapi ni sekali seminggu je. Haha..


If weekend lagi la.. We always snoring till the morning. Guess after a full week, our bodies are telling us "Screw romantic morning walk. We just want to rest pleaseeee." Time CNY tu lagi la.. kata nak jalan kan. Tapi xjalan pun. Tidur je... Rest kan our body... Pastu blog pun terbengkalai je.. Behhe..


Tadi naik tren, tapi dok tunggu tren je hampir 20 minutes.. Berbulu je rase.. huhu~ Then da dapat naik duduk la sebelah “makcik” ni.. Tetibe die ringan mulut pulak nak bercerita dgn aku kan. Huhu~


Dia dok cakap sekarang makanan kat luar mahal sesangat. Dahla mahal plus not healthy at all.. Penuh dengan perasa tiruan.. Dengan kiub2, dgn ajinamoto.. Kalau fikirkan balik memang betul la kan. Makanan kat luar sane confirm2 letak ajinamoto sebakul biar sedap. Kalau tak letak tak sedap.. tawar, rasa makanan pun akan light2 je.. Betul? So, apa nak buat.. nak bawak bekal pergi kerja? Kalau rajin la kan. Kalau banyak masa.. kalau tak ? ermmm... blur... So... whats your opinion ?


Love, see you in my next post, Hannah Sytieh







Monday, February 16, 2015

Tips memakai produk zarra

 
Hi, Assalammualaikum..


 
Dekat sini aku ada update pasal entry pengenalan produk zarra kan ? sekarang aku nak update lagi tips memakai produk zarra dengan betul... untuk mendapatkan result yg berkesan and cantik kat kulit u’olss... tarraaa.. kira entry special okieh untuk pembaca tersayang.. gitteewww kaw aku ~
 
Ni cara aku apply utk daily routine aku k.. lain orang lain cara dia...
 
Dalam produk zarra ade 4 bahan kan ?

  1. Pembersih muka

  2. Toner

  3. Krim siang

  4. Krim malam
 




So cara aku adalah macam ni :

1. Cuci muka dengan pencuci muka ZARRA dan bilas.
2. Pakai toner dgn menggunakan kapas.. (gosok2 di kawasan muka secara lembut... hilangkan bekas2 makeup or celak di kulit lagi2 di kawasan mata) 
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads (zarra tak de skrub muka, tapi korang boleh try scrub muka jenama lain)
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi. (kali ni tak perlu gunakan kapas, just sembur je dekat kawasan muka and tepek lembut2 k biar meresap kedalam kulit)
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mulakan solekan...


 
If korang nak tau Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.
 
Sebab apa aku kata pakai toner dulu sebelum skrub muka ? Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma korang. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.



Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud aku, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.
 
Sebelum pakai pelembap juga harus pakai toner kerana pelembap hanya patut berada di permukaan kulit, tidak patut diserap oleh kulit.
 


Hanya dengan cara di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang.
 
Skrub muka 3 kali seminggu . . tak perlu hari2 untuk skrub... so, kalau tak skrub muka macam mana pulak caranya ?


1. Cuci muka dengan pencuci muka ZARRA dan bilas.
2. Pakai toner dgn menggunakan kapas..
3. Pakai mosturizer/pelembap.
4. Mulakan solekan...



Tidur awal. Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. So zarra pun ada keluarkan Foundation kan. Korang boleh je pakai foundation zarraa. Tak payah nak pening2 dah..
 

Cara guna :
Sapu rata BB Krim Collagen Kat kulit muka and leher selepas pakai krim siang.. Sapu je. Then mesti korang rasa foundation tu terus serap kat muka... tak melekit2 mcm foundation yg lain. Warna dia ada satu je.. jgn risau kalau korang tengok warna dia gelap. Sbb after pakai dia akan ikut tona kulit muka korang.. and tadaaaa... mulus tulus.... behhe..




Kita orang pengguna zarra... haha.. even muka tak bersedia pun tapi nak letak jugak kat sini ...


So, siapa yang tak try lagi tu rugi tahu...

Love, see you in my next post, Hannah Sytieh
 
 
 

Nak kemana CNY ?



Hi, Assalammualaikum


Nak kemana cuti CNY ni.... Huhu... nak holiday pls husband...
Krabi boleh tak ?







Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh







Sunday, February 15, 2015

Blogger Gathering di Tanah Aina Cafe and Ladies Fitness di Shah Alam



Hi Assalammualaikum






8 februari 2015.. Seminggu yang lepas aku ada pergi satu event yg boleh dikatakan blogger gathering  dekat Tanah Aina Café, Shah Alam.. Inviting from Halim Brothers.. Thanks halim..








Siapa pernah dengar Tanah Aina ? Tanah Aina bukanlah nama asing lagi bagi pencinta alam. Apabila dengar nama Tanah Aina je terbayang keindahan resort di dalam hutan yg amat indah dan nyaman ditambah lagi dengan deruan air sungai yang mengalir dgn kehidupan ikan yang hidup dengan tenang. Dapat bayangkan ?



Siapa yang berani buat resort kat dalam hutan? Mesti ramai yang tak berani kan.. Tapi Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil berani… Ramai yg cakap ni idea gila.. tapi see now…Resort ni dapat perhatian ramai. And da bukak 5 resort dekat Malaysia…



1.      Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia
2.      Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia.
3.      Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
4.       Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia
5.      Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia



Siapa pun yang pernah singgah di Resort Tanah Aina pasti akan terpanggil untuk mengabdikan kenangan mereka dalam bentuk gambar, tulisan mahupun ungkapan kata-kata yang indah untuk dijadikan kenangan.









Kini Tanah Aina, mengorak setapak lagi apabila membuka restaurant atau café yang bercirikan lama semulajadi. Dengan susun atur perabot yang kemas, dekorasi yang indah serta penggunaan warna warna alam disetiap sudut, amat terasa sentuhan alam meresap ke jiwa pengunjung.


Tanah Aina Café diilhakan oleh Yang Berbahagia Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil untuk melengkapkan kecintaan nya pada alam semulajadi.








Sebagai Presiden PEKA (PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA) beliau amat dikenali sebagai pencinta alam yang tegar, merasakan kita semua harus terus berkongsi minat dengan masyarakat bagaimana untuk menghargai alam yang amat indah ini.






Terletak di batu 3 Shah Alam, Tanah Aina Café yang diusahakan bersama dengan anak gadisnya, Farhana telah menjadi bualan bukan sahaja konsep dan susun atur yang terdapat di dalam café tersebut tetapi keenakan makanan yang disediakan.  



Tempat Aina Café di kawasan perumahan, bukan di bandar ok. Ni alamat :


Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No 1, Jalan Mesra 1,
Taman Mesra Batu 3,
Shah Alam,Selangor

+603-5524 3258


Seberang KTM Batu 3 dan berhadapan dengan Federal Highway



Antara sebabnya café ni terletak di kawasan perumahan  :
Pengusaha Kafe ini lebih sukakan bangunan lama. Ada kehijauan seperti tumbuh-tumbuhan. Dah tentu dekat dengan rumah pengusaha kafe.





 Penerangan dari owner cafe sendiri. Sangat humble Puan Sri..







































Puan Sri amat menitik beratkan tentang bahan bahan yang disediakan. Makanan yang dihidangkan tidak menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan… No Ajinamoto, No kiub2 .. Malah pesanan kan dimasak terus dengan ramuan asli untuk memelihara rasa hidangan yang disediakan.



Jika anda bertuah semasa bertandang ke Tanah Aina Café mungkin hidangan anda akan disediakan sendiri olh pemilik café.






Terdapat juga menu istimewa dari air tangan dan kegemaran Puan Seri sendiri seperti Kuih Lopis, Pengat Durian dan kuih tradisional yang lain. Tidak lengkap ke Tanah Aina Café jika tidak merasa kek yang dibakar dan dibuat oleh Puan Seri sendiri.



Tanah Aina Café bukan sahaja menyediakan masakan yang bercirikan maakan antarabangsa tetapi juga menyediakan masakan tradisional Malaysia sepeti Nasi Lemak, Mee Kari, Mee hoon soup dan banyak lagi.





Istimewanya nasi lemak di Tanah Aina Café, ikan bilis yang biasanya menjadi alah satu ramuan nasi lemak ditukarkan dengan ikan masin yang pasti akan membuka selera dan memberi rasa yang lebih enak pada hidangan.




Nasi goreng lesung menjadi tarikan utama disini ok.. Rase ? Memang sedap kedababom.


Harga makanan yang terdapat di Tanah Aina Café adalah amat berpatutan dengan suasana yang sangat menyenangkan dan memberi ketenangan untuk menikmati hidangan yang disediakan bersama yang tersayang.







Tak lupa juga, di tingkat 3 cafe ni pun terdapat Gym untuk gadis2 and wanita2 diluar sana.. Tempat besar and ade juga hari untuk berzumba u'olss.


Tunggu apa lagi ? Selamat datang k Tanah Aina Café. Chef & keluarga Tanah Aina Café menunggu kedatangan andan dengan senyuman yang palimg manis.



Kurangkan gula dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. 




Will be continue in part 2... 


Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!

Hannah Sytieh




© Hannah Sytieh | Design By MH