Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, February 13, 2015

Bergaduh ? So what we should do ....


Hai Assalammualaikum
 
Lama tak update entry. Busy.. plus penat.. nak bukak lattop pun kemalasan. Fiuhhh... Whoa lama gila tidak ber-blog. Namun after the previous blog below, and after tengok blog pun da bertukar.. Hati meronta-ronta nak taip.. tapi blank... taip mepek then tutup balik lattop.. enough of merepeks. Banyak entry dalam draft tapi gambar nan hado. Macam mana. So, aku publish cerita yang tak perlukan gambar sangat boleh. Just cerita je. Heeee..
 
Siapa yang baru mendirikan rumah tangga mesti paham cerita ni. Kalau die jenis yg memang penyabar tu ok la kot noh... tapi kalau jenis yg agak baran mcm aku ni mesti ade kementalan sikit bab ni. Haha.. Kalau da kahwin ni jangan ingat tak ada masalah ok. Bukan semudah and seindah cerita drama2 korea. Kadang2 mesti kita akan bertikam lidah punya.
 
Kalau bergaduh apa korang buat? Hmmm. Banyak kena belajar..
 
Nabi pernah bersabda "Sesungguhnya aku akan ajarkan suatu kalimat yang apabila diucapkan akan hilang apa yang ada padanya. Yaitu sekiranya dia mengucapkan: Audzubillahi minasy Syaithanirrajiim.”
 
Bacaan ini yang dianjurkan Muhammad ketika dua orang di sisi Nabi saling mencela. Ujar Nabi.
 
Jika setelah diucapan ta`awudz itu masih belum juga menghilangkan marah, ubah posisi tubuh kita menjadi lebih rendah dari sebelumnya.
 
Sebagai contoh, jika amarah datang sementara kita sedang berdiri, maka duduklah. Dan jika sedang duduk, rebahkanlah tubuh.
 
Diam atau tidak berbicara. Langkah ini sangat efektif untuk mengawal kemarahan yang sedang melanda. Apabila marah, emosi dan minda kita sukar dikawal dan ada masanya kita mungkin tidak berfikir sebelum melontarkan kata-kata tajam tersebut.
 
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad disebutkan, "Apabila di antara kalian marah, diamlah". Kalimat ini diucapkan Nabi Muhammad hingga tiga kali.
 
Berwuduk. Perasaan marah selalunya disimbolikkan dengan api, dan hanya air dapat melawan keadaan sedemikian.
 
"Sesungguhnya marah itu dari setan dan setan itu diciptakan dari api, dan api itu diredam dengan air maka apabila di antara kalian marah, berwudulah" (H.R. Ahmad).
 
 
Bila kita marah kat suami, cubalah beredar jauh sedikit dengan baik dari suami. Jika pergaduhan berlaku di bilik tidur maka beredarlah ke ruang tamu. Jika di dapur, beredarlah ke bilik. Tapi ingat, jangan korang jalan sambil menghentak kaki atau menepis apa yang ada disekeliling.
 
Buat si suami pula, biarlah isteri anda membawa diri sebentar. Biar mereka reda, dan cepat-cepat pujuk balik tau. Kadang-kala kaum hawa ni, dia nampak garang tapi sebenarnya apabila dia beredar jauh dari kamu, mereka amat mengharapkan anda datang memujuk dan memeluk mereka.
 
Saat kemarahan datang ingatlah jasa pasangan kita dan lupakan kesalahannya. Rendahkan ego, ye kaum hawa anda juga mempunyai ego. Jangan sesekali mengingat jasa kita sahaja, tetapi ingatlah bahwa kita juga pernah membuat kesalahan.
 
Tak perlu pun nak berkira dengan semua benda. Semua benda pun hendak tidak puas hati. Setiap benda yang dibuat, diharapkan balasan yang setimpalnya. Kalau kita sudah balik kerja, masak, makan segala, habis sahaja cuci pinggan tengok dia sudah tertidur, tiba-tiba rasa tidak adil. Rasa macam kita sudah all out. Tetiba semua benda tak adil... rasa tak adil. Rasa tak puas hati. Tu yang ,mula pergaduhan tu...
 
Apa yang aku belajar daripada pengalaman yang kecil ini adalah, apabila tidak puas hati dengan suami tentang apa perkara sekalipun, fikir tentang diri anda terlebih dahulu. Have you given your best? Perfect sangatkah anda untuk rasa tidak puas hati dengan dia? And remember every single good thing he has done for you. Biasalah, apabila kita marah, apabila kita tidak puas hati, semua perkara yang buruk sahaja yang kita nampak. Yang baik semuanya kita tidak nampak. From here sudah nampak sangat kita yang tidak adil terhadap dia, bukan dia yang tidak adil terhadap kita.
 
Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Belajarlah menerima si dia seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya. Kadang-kala kita ini terlebih banyak merungut, padahal kita seharusnya lebih banyak cuba untuk improve diri sendiri. Try to be a better person as each coming day and InsyaAllah things will be better for us too.
 
Ingat : pasangan kita tu pilihan kita... Kalau dah bersatu tu. Pandai2 la jaga hati masing2.. rujukan : ikahwin

Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!

Hannah Sytieh





2 comments:

© Hannah Sytieh | Design By MH