Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, February 15, 2015

Blogger Gathering di Tanah Aina Cafe and Ladies Fitness di Shah Alam



Hi Assalammualaikum






8 februari 2015.. Seminggu yang lepas aku ada pergi satu event yg boleh dikatakan blogger gathering  dekat Tanah Aina Café, Shah Alam.. Inviting from Halim Brothers.. Thanks halim..








Siapa pernah dengar Tanah Aina ? Tanah Aina bukanlah nama asing lagi bagi pencinta alam. Apabila dengar nama Tanah Aina je terbayang keindahan resort di dalam hutan yg amat indah dan nyaman ditambah lagi dengan deruan air sungai yang mengalir dgn kehidupan ikan yang hidup dengan tenang. Dapat bayangkan ?



Siapa yang berani buat resort kat dalam hutan? Mesti ramai yang tak berani kan.. Tapi Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil berani… Ramai yg cakap ni idea gila.. tapi see now…Resort ni dapat perhatian ramai. And da bukak 5 resort dekat Malaysia…



1.      Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia
2.      Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia.
3.      Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
4.       Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia
5.      Tanah Aina Fahad in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia



Siapa pun yang pernah singgah di Resort Tanah Aina pasti akan terpanggil untuk mengabdikan kenangan mereka dalam bentuk gambar, tulisan mahupun ungkapan kata-kata yang indah untuk dijadikan kenangan.









Kini Tanah Aina, mengorak setapak lagi apabila membuka restaurant atau café yang bercirikan lama semulajadi. Dengan susun atur perabot yang kemas, dekorasi yang indah serta penggunaan warna warna alam disetiap sudut, amat terasa sentuhan alam meresap ke jiwa pengunjung.


Tanah Aina Café diilhakan oleh Yang Berbahagia Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil untuk melengkapkan kecintaan nya pada alam semulajadi.








Sebagai Presiden PEKA (PERTUBUHAN PELINDUNG KHAZANAH ALAM MALAYSIA) beliau amat dikenali sebagai pencinta alam yang tegar, merasakan kita semua harus terus berkongsi minat dengan masyarakat bagaimana untuk menghargai alam yang amat indah ini.






Terletak di batu 3 Shah Alam, Tanah Aina Café yang diusahakan bersama dengan anak gadisnya, Farhana telah menjadi bualan bukan sahaja konsep dan susun atur yang terdapat di dalam café tersebut tetapi keenakan makanan yang disediakan.  



Tempat Aina Café di kawasan perumahan, bukan di bandar ok. Ni alamat :


Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No 1, Jalan Mesra 1,
Taman Mesra Batu 3,
Shah Alam,Selangor

+603-5524 3258


Seberang KTM Batu 3 dan berhadapan dengan Federal Highway



Antara sebabnya café ni terletak di kawasan perumahan  :
Pengusaha Kafe ini lebih sukakan bangunan lama. Ada kehijauan seperti tumbuh-tumbuhan. Dah tentu dekat dengan rumah pengusaha kafe.





 Penerangan dari owner cafe sendiri. Sangat humble Puan Sri..







































Puan Sri amat menitik beratkan tentang bahan bahan yang disediakan. Makanan yang dihidangkan tidak menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan… No Ajinamoto, No kiub2 .. Malah pesanan kan dimasak terus dengan ramuan asli untuk memelihara rasa hidangan yang disediakan.



Jika anda bertuah semasa bertandang ke Tanah Aina Café mungkin hidangan anda akan disediakan sendiri olh pemilik café.






Terdapat juga menu istimewa dari air tangan dan kegemaran Puan Seri sendiri seperti Kuih Lopis, Pengat Durian dan kuih tradisional yang lain. Tidak lengkap ke Tanah Aina Café jika tidak merasa kek yang dibakar dan dibuat oleh Puan Seri sendiri.



Tanah Aina Café bukan sahaja menyediakan masakan yang bercirikan maakan antarabangsa tetapi juga menyediakan masakan tradisional Malaysia sepeti Nasi Lemak, Mee Kari, Mee hoon soup dan banyak lagi.





Istimewanya nasi lemak di Tanah Aina Café, ikan bilis yang biasanya menjadi alah satu ramuan nasi lemak ditukarkan dengan ikan masin yang pasti akan membuka selera dan memberi rasa yang lebih enak pada hidangan.




Nasi goreng lesung menjadi tarikan utama disini ok.. Rase ? Memang sedap kedababom.


Harga makanan yang terdapat di Tanah Aina Café adalah amat berpatutan dengan suasana yang sangat menyenangkan dan memberi ketenangan untuk menikmati hidangan yang disediakan bersama yang tersayang.







Tak lupa juga, di tingkat 3 cafe ni pun terdapat Gym untuk gadis2 and wanita2 diluar sana.. Tempat besar and ade juga hari untuk berzumba u'olss.


Tunggu apa lagi ? Selamat datang k Tanah Aina Café. Chef & keluarga Tanah Aina Café menunggu kedatangan andan dengan senyuman yang palimg manis.



Kurangkan gula dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. 




Will be continue in part 2... 


Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!

Hannah Sytieh




1 comment:

  1. Setiap kali dok repeat tengok gambar pulut durian tu buat nak cari masa datang makan kat sana lagi.... huhuhu

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH