Hi,
Assalamualaikum
Dulu tak
minat pun berniaga. Tapi makin lama minat tu makin menjadi2.. minat yang amat
sangat... so, saje je nak publish pasal orang2 yang dah berjaya dalam business
ni.. Pendorong semangat.. So Siapa Vivy Yusuf ? Siapa yg tak kenal vivy yusuf ? Confirm2 ramai kan.. Act, metro dah lama keluarkan pasal ni. saja nak berthrowback... Untuk maju dalam business sendiri..
Vivy banyak
tertumpu pada dunia fesyen.. BIARPUN menguasai dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of
Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu
sebagai kerjaya.
Obses
terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London
sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan
menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka
tempatan menerusi talian.
Vivy Sofinas
Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang
masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.
Gadis
berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka
direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan
sedemikian belum popular di negara ini.
Mengambil
pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga
sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu
dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan
rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti
Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan
pelbagai.
Berhasrat
muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy
bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan
berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar
jangkaan.
Katanya,
sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia,
Singapura, UK dan Jerman.
“Ketika
memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi
muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan
bersama.
“Mungkin
semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada ‘kru’
dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk
memastikan perencanaan kami berjalan lancar.
“Dalam
setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual.
Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV,”
katanya.
Mengenai
cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli
pakaian.
Namun,
katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan
bertambah.
“Misalnya
pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja
‘lebih’ daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk
saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk
menyenangkan urusan seharian.
“Di samping
itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk
persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu
berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat,” katanya.
Vivi
mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai
rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna
diperoleh.
“Saya pernah
buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah
menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ
ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.
“Setelah
enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi
lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam
hal ini.
“Tidak
dinafikan sebagai ‘anak ayah’, saya rapat dan manja, bahkan jika hendak
berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga
lebih dulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza
Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
INFO
NAMA: Vivy
Sofinas Yusof
JAWATAN:
Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 24
tahun
LAHIR: 11
Disember 1987
HOBI:
Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN:
Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA
ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN
KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN:
Membuka syarikat berasaskan hartanah
Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/Belajarurusduitlebih/Article/
Love, see you in my next post, Hannah Sytieh
Nampak orang maju seronok ja kan..tapi kalau xda pendorong semangat yang kuat.. susah nak berniaga.. :)
ReplyDeleteSeronok tengok orang kita berjaya, lepas ini kak Hannah bolehlah ikut jejak langkah kak Vivy :)
ReplyDeleteSemoga awak pun berjaya juga lepas ni Hannah , suka Vivy ni. Lawo !
ReplyDelete