Hi
Assalammualaikum
Hana jual tudung?
Yes darling J Seiring
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, rakyat Malaysia terutamanya
suri-rumah tangga perlu mencari jalan untuk untuk menjana pendapatan sampingan
bagi menampung keperluan hidup terutamanya apabila berhadapan dengan
musim-musim perayaan. Persoalannya sekarang adalah. Apa yang perlu dilakukan
untuk menjana pendapatan tersebut? Jawapan yang paling mudah adalah dengan
memulakan perniagaan anda sendiri dari rumah. Persoalan seterusnya yang mungkin
timbul adalah; Perniagaan apa yang sesuai?
Mendatangkan
keuntungan atau tidak? Untuk menjawab kesemua persoalan itu, mari kita lihat
pula ‘trend’ semasa masyarakat di Malaysia. Trend terkini di Malaysia adalah
perniagaan online. Semua barang kini boleh kita dapati dengan mudah melalui
online. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah banyak kos yang boleh dijimatkan
jika membeli-belah secara online.
Berikutan trend
semasa inilah, ramai individu tekad untuk mencuba nasib dengan memulakan
perniagaan online mereka sendiri. Perniagaan online yang paling ‘trending’ pada
masa kini tentulah perniagaan yang berkaitan dengan wanita iaitu tudung atau
shawl (selendang)
Mengapa
perniagaan tudung/shawl?
Trend menjual
tudung/shawl secara online semakin meningkat naik dan mendapat permintaan yang
sangat tinggi di kalangan wanita terutamanya remaja. Jika kita melakukan carian
di Google, terdapat banyak perniagaan online yang menjual pelbagai jenis
tudung/shawl dengan harga yang berpatutan. Hasil daripada carian ini
membuktikan bahawa permintaan terhadap tudung/shawl secara online adalah sangat
tinggi dan anda sepatutnya mengambil peluang keemasan ini untuk menjana
pendapatan sampingan mulai dari sekarang. Jangan risau tentang saingan sedia
ada yang terdapat di pasaran, kerana tudung/shawl merupakan sesuatu keperluan
yang dekat di hati wanita berhijab.
Wanita tidak akan
berhenti membeli tudung/shawl walaupun mereka sebenarnya sudah mempunyai
berpuluh atau beratus helai tudung kerana setiap helai tudung itu mempunyai
nilainya yang tersendiri dan sesuai dipadankan untuk pakaian yang tertentu
sahaja. Jadi tidak hairanlah jika wanita mempunyai pelbagai jenis tudung
mengikut saiz, warna dan kualiti yang berbeza-beza kerana tarikan tudung itu
sendiri yang membuatkan wanita untuk terus membeli. Jika dilihat dari dasarnya,
memang nampak seperti satu pembaziran, tapi jika dilihat dari sudut kita
sebagai penjual, niche ini sangat bagus dan membantu kerana kita bakal
mempunyai sasaran pelanggan yang tidak putus-putus!
Bagaimana
nak bermula?
Perkara paling
penting untuk memulakan apa sahaja perkara tentulah minat dan kesungguhan.
Tanpa minat, mungkin anda boleh lupakan sahaja impian untuk memiliki perniagaan
sendiri kerana apabila kita bertemu dengan kegagalan, hanya individu yang
mempunyai minat yang mendalam sahaja akan bangkit semula untuk mencipta
kejayaan.
Perkara lain yang
perlu diambil kira tentulah produk yang ingin dijual. Persoalan yang biasa
timbul tentulah sama ada untuk membeli secara borong dan jual semula dengan
harga yang murah atau menghasilkan sendiri tudung tersebut. Untuk peringkat
permulaan, mungkin kita boleh menghasilkan sendiri kerana kekangan modal yang
kecil. Tetapi, masalah akan mula timbul jika kita tidak mempunyai kemahiran
menjahit. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan memilih dan membeli sendiri
kain yang kita ingin jadikan tudung dan menghantarnya kepada tukang jahit. Kita
boleh memotong sendiri kain tersebut mengikut rekaan yang kita kehendaki dan
menghantar kepada tukang jahit untuk dijahit tepi. Kos yang terlibat juga
adalah sedikit berbanding jika kita membeli terus secara borong.
Bagaimana
nak mengiklankan produk?
Setelah mempunyai
produk, langkah seterusnya yang perlu kita fikirkan adalah cara untuk
mengiklankan produk tersebut. Disebabkan kita menjalankan perniagaan
tudung/shawl secara online, terdapat beberapa medium sesuai yang boleh kita
gunakan untuk mengiklankan produk.
Facebook- Jika
selama ini anda menggunakan Facebook hanya untuk berkongsi status atau gambar
terbaru, apa kata kali ini anda gunakan Facebook untuk membuat promosi tentang
produk tudung/shawl yang anda ingin jual. Hal ini lebih mudah kerana anda sudah
mempunyai rakan yang sedia ada di Facebook dan tidak perlu susah-susah lagi
untuk mencari pelanggan.
Instagram/Twitter-
Sama seperti Facebook, gunakan media sosial ini untuk mempromosikan perniagaan
anda. Tapi, harus diingat, jangan melakukan promosi secara berlebihan seperti
‘tag’ atau komen tentang perniagaan anda di gambar/page yang tidak sepatutnya
hingga mengganggu privasi rakan-rakan anda.
Iklan di web
pengiklanan- Anda boleh mengiklankan perniagaan anda di website iklan sedia ada
seperti mudah.my atau majalah.com. Bukan sahaja tidak melibatkan kos, malah
jaringan pelanggan juga lebih luas dan ini merupakan peluang terbaik untuk
memulakan perniagaan anda!
Blog- Jika anda
menggunakan blog untuk mempromosikan produk tudung/shawl, anda mempunyai
kawalan terhadap blog anda sendiri. Namun, anda perlu memastikan yang blog anda
menarik dan mempunyai nama yang senang untuk diingat. Kemudian, jangan lupa
untuk sertakan ‘link’ ke blog anda di semua media sosial yang anda ada untuk
tujuan promosi. Pastinya sangat membantu!
Senarai
perniagaan tudung/shawl online popular di pasaran
Radiusite- Bermula
dengan perniagaan secara online, kini Radiusite meluaskan empayarnya dengan
memiliki butiknya sendiri di Bangi. Rekaan tudungnya bukan sahaja segar dan
unik, malah dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Kini Radiusite
melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi penaja untuk beberapa artis
dan drama tempatan.
Al-Humaira
Contemporary- Bukan sahaja menjual pelbagai jenis tudung/shawl daripada
pelbagai fabric, syarikat ini kini tampil dengan koleksi jubah menawan sesuai
untuk hijabista yang gemarkan rekaan yang elegan dan eksklusif. Jika malas mahu
bersesak-sesak di butik, pelanggan boleh memilih untuk membeli secara online
sahaja di website syarikat mereka. Layanan yang bakal anda terima tentunya
tidak mengecewakan kerana mereka bukan sahaja menawarkan koleksi yang menarik
malah memberikan servis yang terbaik kepada para pelanggannya.
Tip
mudah
Bagi menarik
perhatian pelanggan, anda perlu ‘upload’ gambar yang cantik dan menarik beserta
dengan maklumat yang berkaitan tentang tudung/shawl anda. Hal ini akan membantu
pelanggan untuk terus membuat pembelian. Jika tiada maklumat yang disertakan
bersama gambar yang dimuat naik, pelanggan akan menghadapi masalah dalam
membuat pilihan dan seterusnya membantutkan niat mereka untuk membeli
tudung/shawl anda.
Tak lupa juga kami di
vrhijab_ pun ada menyediakan jualan borong. Bo;eh usha instagram : @vrhijab_
Click sini kalau nak tengok more gambar shawl or tudung : http://hannahsytieh.blogspot.my/search/label/vrhijab_
PEMBELIAN SECARA BORONG : @vrhijabcouture
- Wide Shawl borong
- Wide shawl murah
-Wide Shawl Terkini
- Tudung keknis
Regards,Hana
wah.. slamat berbisnes.. :)
ReplyDelete