PANDUAN
KURUSKAN BADAN
Hi Assalammualaikum. Sejak ada group
bini2 sarjan ni. Macam2 perangai boleh tengok tau. Tapi best la. Ada yang sibuk
nak kuruskan badan. Haha. Berzumba and macam2 la.. tapi actlly lebih penting
lagi ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Better kawal cara makan lagi2 yang
mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut
dan makanan junk. Die orang pun selalu tekankan tentang exercise, berjalan kaki
, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap
hari.
Cuba amalkan
panduan2 ini. Ni antara tips2 bini bakal sarjan listkan :
1. Habiskan makan
selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan.
Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidor satu
jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan
makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3
jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap ,
suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber
, vitamin dan anti oksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .
4. Mulakan makan
dengan buah2 diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa
mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan
bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat,
barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast
foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua
jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam
kotak kerana terlalu banyak mengandungi
gula dan manisan.
8. Minum Teh hijau,
ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah
dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak
sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat,
kurangkan belanja.
10. Amalkan
'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.
11. Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton
TV atau ketika melayari internet, ia
bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan
sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan
kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan
yang diambil.
13. Bila makan
kat kedai, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau
separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar
dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan
peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving'
makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala
makanan manis dan berkabohidrat
15. Berjalan 30
minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan
kereta atau dalam rumah.
Selamat
mencuba J
No comments:
Post a Comment