Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, September 22, 2016

Pengalaman bersalin anak pertama, khayla nur aisyah


Assalamualaikum


Hi, macam entry lepas aku da selamat bersalin my baby girl. Khayla nur aisyah. Hehehe. Ingat tak nak tulis pengalaman bersalin ni. Tapi alang2 da on lappy. Proceed je la. Lagipun tengah ingat sikit2 kan.


19/08/2016, jumaat, 5 am
Sebenarnya aku da overdue 9hari. Tapi buat cool buat peace. Aku kene serah diri 19/08/2016 and kene masuk wad dalam pukul 8 gitu kat hospital ampang. Tapi sejak malam tu aku da sakit2. Pergi toilet da ade bloody show. Banyak jugak la. Contraction pun da ada setiap 5 minit. Susah nak tido. Kejap ke kanan kejap kekiri. So mmg patut serah diri pun. Tapi sebab da sakit yg amat mlm tu aku tak boleh tido. Last2 ngun pukul 5 pg. Mandi and siap2 nak pergi hospital.  Tapi baru pukul 6 am. Awal pulak sgt kan. Aku biar je husband aku tidur dulu.

Turun bawah bagi tau mak tanda da kuar and sakit setiap 5 minit. Mintak maaf siap2 sebelum mak aku pergi kerja. Hehe.. sementara tunggu husband solat and bersiap aku jalan2 dulu kedepan kebelakang. Ruang tamu – dapur – ruang tamu – dapur . lepas tu keluar pusing2 dekat depan rumah pulak. Mana tau bukaan lg bnyk terbukak kan. Biasa nye if da keluar bloody show pun. Jalan terbukak sikit je. Sekurg kurang nya 1- 2 hari baru jalan bukak fully . depeds la pd org tu kan.

19/08/2016, jumaat, 7 am
Da sampai hospital ampang dah. Pergi register kat bawah and terus naik pergi wad. Hahahaha. Awal sgt pulak kan time ni. Nurse dalam tu semua terkejut. Awal2 pg da ade patient . haha, nurse tu cakap la. Kalau da masuk wad tak boleh keluar da tau. Haha. Aku pun mintak izin nk keluar blik, Taknak masuk wad sekarang. Hehe. Nurse tu ok je. Then aku ngn husband keluar la balik. Pergi makan2 kat bawah2, jalan2, pusing2… sakit contraction tetap ada, tapi still boleh kawal.


19/08/2016, jumaat, 8 am
Naik balik wad, tukar baju. And nurse datang cek bagai2. Die kate pukul 10 am nanti baru doc datang tengok. Lols. Ingat on the spot. Haha, aku ingat masuk wad je cek jalan and boleh masuk LR . TERUS BERANAK. GITTEW KAW. Huhu. Ko ingat senang gitu je hana nak beranak. Mihmihmihmih. Tgh lepak2 kat wad ntah sape ntah jerit sakit2 dari wad 1st class ke mane ntah, pelik jugak. Ni bukan LR org nak jerit2 kan.


19/08/2016, jumaat, 9 am
Husband aku sampai and mak ku sekali. Borak2 jap. And mak tanye apesal muke tu relax sgt tak sakit ke. Huhu. Tak tau nak jawab ape. Aku tau mak aku risau. Hehe. Last2 die org pun keluar sebab bukan time melawat lagi. Aku dok ileex2 je atas katil. Ingat nak tidur, sebab mengantuk tak tidur lagi kan malam tadi. Tapi cuak plk nak tidur, kang kene maki ngan nurse. Mane tau die suruh jalan2 sikit ke. Kalau tidur je macam mana nak beranak cepat kan. Huhu.


19/08/2016, jumaat, 10 am
Doctor pun datang. 2 doc yang lain nurse . Die explain kenapa aku kene masuk wad harini. Sebab aku overdue da 9 hari. And kene pakse bersalin. Die kate esok baru aku bersalin and masuk LR. What de …… aku pun explain la kat doc tu aku da ade tanda semalam and sakit contraction pun da ade selang 5 minute. Then, doc tu pun cek jalan. Cek2 jalan die kate baby memang da ade kat bawah sangat and bukaan dah 3cm. very good die kate so xpyh nak tggu sampaii esok. yahhooo. So boleh la aku beranak harini kan. Die tolong seluk bnyk sikit, tak sakit pun seluk2 ni. After die seluk tu mule la kuar darah banyk . takla bnyk gile. Tapi kire bnyk la darah keluar. Die suruh aku jalan2 kat dalam wad tu. Aku masuk wad class 2. Takleh keluar dari situ. Then dtg la penolong doc kot. Die masukkan something kat tgn untk induce die kate, lols, ingat tak kene induce, kene induce jugak walaupun jalan da bukak and ade bnyk mase lg, die kate untuk cepatkan bukaaan. REDHO U KNOW, induce kot.


19/08/2016, jumaat, 12 am – 8 am
Doc pun datang lagi untuk cek bukaan. Ok, dah 5 cm boleh tolak LR. Die kate very good sebab bukaan cepat naw bukak. Aku panggil husband siap2 nak ajak masuk LR sekali. Sampai LR borak2 kejap ngn nurse dalam tu, borak2 ngn husband. Pastu doc pecahkan air ketuban. Pergh habis basah. Tak selesa pun ade jugak. Tapi tak sampai sejam lalok dah. Keje aku dalam bilik LR, tidur tidur tidur . hahaha. Kesian husband aku bosan tunggu. Asyik tidur je. Hahaha. 

Tapi2 tgh2 tido tu perasan la jugak nurse cek pergerakan baby dgn contraction aku. Maybe contraction aku so slowww. Die naik kan ubat induce aku. Tak silap aku pictocin. Dos pictocin makin lame makin tinggi dorang letak.  Sebab makin lame makin tinggi aku jadi menggigil. Sakit weyh. Xtau nak describe macam mana. Sebab aku tak ingat dah. Yang aku tau aku menggigil tahap gegar2 kepala. Ketap2 gigi. Tak tahan. Tak senang duduk husband aku, huhu.  

Time tu ku merapu la nak ambk epidural la ape la. Pdhl dah 8 jam dlm LR nak epi kunun. Nurse tu xlayan. Die nak cek bukaan dulu. Tarrra da 8cm. Then terus 10 cm die suruh teran. Tapi aku lupe dah teknik meneran. Sebab aku da sakit gile sebab pictocin tu. Aku tak ingat hape da. Serius blurrrrrrrrr. Aku Push kat muke. Bukan push kat bawah. Huhu.  Ramaila team nurse masuk lam bilik LR tu bg kate2 semangat. Siap bersorak bagai. Huhu..


19/08/2016, jumaat, 8.32 pm
Dengan bantuan nurse2 dalam tu and aku pun tak tau macam mana aku teran akhirnya keluar la baby. Alhamdulillah.  Die letak baby kat dade aku. Sempat tgok baby jap. Mate die sepet. Tak nanges tapi terbeliak je, syukur YA ALLAH. Comel sgt die time tu. Keluar2 mate tengah celik. Sepet je… nurse ambik and cakap baby gurl ye baby gurl. Timbang terus. 3.55 kg .. aku tengok die kecik je tak tembam pun tapi berat 3.55kg. berat tulang kot. Haha. Die tak nanges pun, so nurse pun mcm cuak knp xnanges. Husband aku ckp nurse cpt2 bawak keluar and bg oxygen. Baru die menangis. Syukur alhamdullilah.


19/08/2016, jumaat, 9.00 pm
Tggu nurse keluarkan uri dan darah2 dalam bdn kite tu. Die seluk2 keluarkan darah selepas uri keluar. Lepastu shift die habis. Aku sempat berterima kasih kat dia. And die sempat mintak maaf kat aku. Kalau die terkasar ke ape. Tapi aku rase xde pape pun. Aku pun tak ingat pape da kecuali sakit. Ape aku merapu kat die pun aku tak tau. Die pun layan kan je aku. Hahaha. Ape die ckp pun aku buat dek je time nak teran tu, focus kat anak la kunun.

Jahit time ! ni nurse lain buat. Lembut je org die. 3 lapisan okieh. Huhu. Lapisan 3 ke 2 tak rase pun jahit. Relax lagi boleh borak dgn nurse tgh jahit tu. Sampai last jahitan. ALLAH! Ngilu … terase die jahit. Oxygen plsssss… sampai mamai pinau2 kepale pusing2. Tudiaaaa. Pengorbanan seorg wanita, sayaangi la mak2 korang ye. Sakit die hanya ALLAH yg tau. Bahagian masing2. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan.


19/08/2016, jumaat, 11 pm
Siap jahit semua. Jom masuk wad balik. Tggu die bg anak dulu, baru dorang tolak pergi masuk wad. Yg bestnye Khayla celik tapi tak nanges2 sampai dalam wad. Behave betul anak ibu. Geram je tgok die. Mcm nak gomol2. Tak percaye dah jadi IBU, perasaan yg tak dapat digambarkan. Sayang sgt dgn die. Kuar2 dr LR nampak husband tgh tunggu . sian die tunggu lame. Pukul 11 lebih husband belikan mknn. Siapkan apa yg patut and die kene balik, tak boleh tunggu, tinggal la aku dgn khayla sorg2 dlm wad tu. Bilik tu ade 4 katil. Tapi aku sorg2 je. Huhu. Takde sape masuk lg. ku rase mcm dpt bilik privacy plk kan. Naseb la khayla behave, nanges mintak susu and berak je. Tapi die tido nak kene peluk kat dade. Takpela demi anak. Peluk je die and ku xdpt tido . Takut tertido anak dlm pelukan aku tu jatuh, doc da remind awal2 dalam bilik LR tadi. Kalau ngantuk jgn pegang anak. Nanti anak jatuh, sebab ade case mcm tu sebelum tu.


20/08/2016, sabtu
Tunggu baby berak kncing, tunggu doc cek aku and doc baby cek baby. Tggu khayla kene 1st injection. And semua OK. Boleh balik tengahari tu. Yahhooo. Ibu mengantux.. tak sabar sampai rumah nak tidur. Tapi taarrraaa bermula la episode berpantang. Huhu.


p/s : Segala isi cerita dalam entry ni, apa yang saya alami, anggaplah yang setiap orang rasa sakit dia berbeza-beza. Tak sama. Yes tak sama langsung! Sakit bersalin ni rezeki masing-masing dan ingat je satu perkara yang segala kesakitan tu penghapus dosa-dosa dan jihad kecil kita..Sakit yes memang sakit, tapi once dah nampak baby keluar, automatic hilang semua sakit-sakit daripada 9 bulan mengandung sampailahhhhhhh time bersalin :) Beruntung sangat semua wanita. InshaAllah tak serik nak bersalin normal lagi. Wahh. haha. 


Berpantang is so boring okieh untuk org yg active macm aku, jumpe next entry… muaaahh. Amalkan doa ni ketika mengandung, semoga dipermudahkan J




Satu ketul anak ibu yg suke tidur bersepah. bedung taknak pakai. mengamuk .

Thanks singgah,
IBU KHAYLA





Wednesday, September 21, 2016

its all about her, KHAYLA NUR AISYAH


ASSALAMUALAIKUM





My view . Alhamdulillah, I safely delivered a beautiful and healthy baby girl, the most precious gift that Allah could grant me, with 3.55 kg birth weight on 19/08/2016, 8.32 pm at Hospital Ampang . thank you ALLAH and Thank you everyone for your duas and wishes. ALLAH bless us all.



Having a child can be the most transformative experience of a person’s life. You get so used to living your life a certain way. Focused solely on your job, your social life, your personal goals and then just like that , it all changes. That’s what happened to me when my daughter was born. Until that moment, I never in a million years though I could love anything almost as much as myself.





In an istant, I went from caring about myself to caring about myself and also one other person. All but one of my priorities went right out the window. And that shift was permanent. My daughter has been an additional consideration in my life ever since, and I know in my heart that’s never going to change.









After my husband and me, its all about her. My precious little KHAYLA NUR AISYAH .  
IBU DAN AYAH LOVE YOU . MUUAAHHH


Thanks singgah,
IBU KHAYLA






© Hannah Sytieh | Design By MH