Assalammualaikum
Sekarang banyak kan produk kecantikan yang dijual dekat online or dimana-mana.. So, untuk korang lebih berhati-hati. Apa kata baca ni dulu. Untuk manfaat bersama... So, bolehla kita cantik and sihat dalam masa yang sama. Jgn sebab nak cantik tapi bab2 ni kita ambil remeh... So, here we go :
Cara mudah mengesan hidrokuinon
(hydroquinone) dalam kosmetik
1.
Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari
atau biarkan seketika toner akan bertukar warna kepada coklat kehitam-hitaman.
Sah ada hidrokuinon.
2.
Periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada
toner dan krim malam).. jika terdapat kerak coklat @ hitam.. maka wujudlah
hidrokuinon..
3.
Pengelupasan..... Tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... Ada produk yang
menyatakan mengunakan aha/bha dalam produk bagi membuang sel kulit mati....
Perlu di selidik kandungan aha/bha yang digunakan.... Kebanyakan produk
mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..
Antara bahan aktif berbahaya
dalam produk kecantikan ialah:
Hidrokuinon -
menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada
sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini,
kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya
matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan
bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki
aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran
dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit
kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.
Trietinon
- kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.
Raksa
- kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam
badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah,
cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf. Selain itu,
jika produk yang diperkenalkan kepada korang tiada label bahan yang digunakan,
talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat korang untuk mencubanya.
So, dah tau kan..
Wallahualam... Harap semua apa yang kita pakai baik2 je kan
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Wallahualam... Harap semua apa yang kita pakai baik2 je kan
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx!
Baru tahu, bahaya juga kalau tak hati-hati. tq for sharing hannah! :)
ReplyDeletewelcome azwar :)
DeleteNice sharing budak ! G sephora la jom buat spot check. :P
ReplyDeletekalau mcm tu 3 jam dalam sephora pun xcukup. haha
Delete