Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, March 3, 2017

Random life 2017 - 1

Hi, Assalammualaikum

Lama tak berblog tetibe nak update pasal resepi pulak. Haha.. jadik suri rumah ni lagi busy dari bekerja. Macam 24 jam bekerja dah rase. Huhu. Xde rehat. Kalau dapat rehat tu kire bersyukur lah. Husband suke masak sambal2 ni. So kite selit2 sikit.



Best jaga anak sendiri je. Mase banyak dengan anak sendiri. Tak pening2 nak hanta kat orang. Alhamdulillah ade rezeki jage anak sendiri kan. Masing2 punye rezeki la kan. Business kecik2 sambil jage anak. Kire ok la bagi aku. Even mase tunggang langgang. Haha.




Khayla makin lame makin besar da. Makin cerdik makin banyak akal. Makin manje and sewaktu dengannye, haha J Kuat makan, kuat menangis kuat menjerit . kuat tengok didi and friends. Hee.




Bahan-Bahan:
·         udang, petai dibersihkan
·         3 biji bawang besar, potong nipis (lebih pun takpe)
·         5 ulas bawang putih (lebih pun takpe)
·         1 batang serai, dititik
·         1/2 cawan air asam jawa
·         2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar
·         5 ulas bawang putih
·         3 ulas bawang merah
·         2 inci halia
·         10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
·         1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:
1.      Rebus cili kering , toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
2.     Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3.      Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
4.      Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
5.   Kemudian masukkan petai, udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Tips
·         Pastikan tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
·     Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna.


Thanks singgah,
IBU KHAYLA
menaip sambil khayla menanges ;(




No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH