Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, January 29, 2013

Sesi Soal Jawab Ke-2 ;D


Assalammualaikum

Ha! Sape tak jawab salam kat atas tu dose. Hee J Haihhh ladies and gentleman and lovelies J Just nak buat random topic mcm selalu, biase la bosan kan. 3 hari di Melake memg sangat fun, nanti nanti la upload pic.. Semua pic aku je kat sane. HAHA~ tapi bile balik umah bosan balik. Haisssh, so sesi jawab sorang-sorang je macam kat bawah ni , Layan je la :

First, What kind of person attracts you ?

Kalau aku la kan aku suke laki yg nampak pendiam tapi dgn kite die boleh cakap banyak. Potpetpotpetpotpet~

Tapi lagi suke laki yg boleh mendengar lebih sebab aku ni kadang2 banyak cakap gak.

Kalau dua-dua berebut nak cakap takut tarik rambut je nanti (even rambut laki pendek aku pulak pakai tudung, mane la tahu boleh men tarik2 jugak). Kalau dengan perempuan, dapat yang banyak cakap pun okay, sebab nanti tak awkward kan :)

Lepas tu aku suka orang yang berpandangan jauh. Berfikiran beyond his / her years of life. Bila nak bincang satu topik, semua jawapan sedap didengar kan. Tapi kalau suke buat loyar buruk je pun best jugak.. Miahahahaha~

Orang yang bantu someone untuk adapt new environment, so tak rasa macam outsider sangat.

In which city you live?

Hmmm, I'm originally from  California. (hahaha, berangan). Aku lahir di KL tggl di ampang. Klau masuk pintu depan rumah still area KL, tapi bile masuk dapur je dah area Selangor. Mcm mane tu ? Maksudnye rumah aku setengah KL setengah Selangor. Huhu ~ But I'm sure if I get the sexy chance to travel abroad I'd fall in love with another place..

What are those 3 things you can't live without?

Internet, Food, and Fart ( a combination between fashion and art).

Do you know speak any other language? And if not, Which one would you like to learn?

No sadly I'm not a fancy unicorn, so I don't speak anything other then Malay, But I'm learning English. I just try to speak well ;) Other than that I want to learn Chinese  (kalau rajin la) .

What's your favourite meal of all the time?

Nasi Ayam Dato’ Keramat . HAHA ~ And laksa

Any new year resolution ?

I don't really have new year's resolution. Just keep on working and go with the flow. And I'd give up to think about pursuing my studies. I just don't want to burden my mind anymore by thinking of it.


Xoxo, Hannah Sytieh

RESEPI - Nasi Minyak and Ayam Masak Merah


Resepi Nasi Minyak

Bahan A:
3 Mangkuk beras

Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan A:
1 ekor ayam - potong 12
2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan

Bahan B : kisar
1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
2 cm kunyit

Bahan C:
3 sudu besar madu atau gula merah
2 sudu besar gula
1 mangkuk sos tomato
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat. Masukkan daun pandan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.


Psst : Biasanye kalau aku buat nasi lemak ke nasi minyak ke nasi briani ke. Semua aku kukus.. And kalau masak ayam masak merah aku suke letak daun pandan sikit. Baru wangi. J


Die ni makan sampai licin. Memang fevered die pown.. ahahaha. Sayang kau la wahai adeq ku.

Tanx Reading, Nanti ade mase boleh jumpe lagi. Haha
 Xoxo, Hannah Sytieh



Thursday, January 24, 2013

KESEDIHAN YANG MENDALAM


Bismillahirahmanirrahim.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari hal yang menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.

Ya Rabbi, Ya Tuhanku. Tiada siapa hanya Engkau yang memahami dukaku, yang mampu memaafkan khilafku, yang melihatku jatuh dan bangun atas izinMu, yang mampu memelihara perilaku ku dalam rahmatMu, yang sentiasa bersamaku saat tiada siapa yang bersamaku.

Ya Allah, lenyapkan dukacitaku, hilangkan kesedihanku, sembuhkanlah kesakitanku dan halaulah keresahanku dari jiwaku.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Saat ku dihimpit ujian, ketika aku berdiri keseorangan, membawa hati yang penuh hening dan hiba tidak ku tahu seluas pandangan dan sekecil hati ini untuk menzahirkan apa yang terpahat. Mungkin tawa kelihatan untuk menghapuskan tangis, tapi ruang hati tetap pedih dan sakit... segalanya kerna khilafku... tiada lain hanya khilafku.

Ya Rahman, Ya Rahim. Terkadang ku yakin dan ku percaya apa yang ku lakukan adalah yang paling termampu, tetapi kadang kala ku lupa ada yang lebih berjaya dan dicatatkan atas kehendak Engkau, Allah yang maha besar. Dengan membawa sehiba hati ini, seikhlas dan setulus jiwa yang tersorot, bersujudlah aku memohon keampunan kepada mu di atas kelemahan hatiku dan aku memohon Engkau ya Allah menerima ampun dan maafku agar sentiasa merahmati ku, memelihara imanku melewati hari2 aku dan agar Engkau membahagiakan ku dunia dan akhirat.

Ya Allah, mungkin takdirku bukan di dunia, tapi aku titipkan doaku agar takdirku pada kehidupan yang lebih panjang, InsyaAllah di akhirat nanti. Kau pelihara lah kasihku, ikhlasku, dan doaku agar dapat memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terkandung dan yang bersarang dalam hati milikMu ini ya Allah.

Xoxo, Hannah Sytieh





Wednesday, January 23, 2013

HATI BERCAKAP

Assalammualaikum

Need some rest and go to holiday . Balik kerje masuk bilik , pejam mata. Bangun, bukak blog bukak twitter, bukak facebook. Senyum. Buat new post, upload semua gambar. Bangun, settlekan keje ape yg patut. Penat. Rase badan da berbau tengik. Letih. Keje banyak. Duduk kejap piki and carik kelemahan sendiri. Aku tahu banyak benda yg aku tak tahu lagi. Kadang-kadang kobodohan aku tak dapat dinafikan dalam sesetengah perkara. Aku telah cuba yg terbaik. Memberikan komitmen yg termampu. Aku sebolehnya tidak mahu menjerut leher sendiri. I really need my life. I know it is hard but try to live with it. My life, was worst before. Now, it's just okay.

Aku tak nak berpatah balik pada mase lampau aku . Mase yg aku sia-siakan, waktu ibadat yg aku abaikan, aurat yang aku dedahkan . Cinta kepada Allah adelah cinta yang hakiki cinte kepada ibu bapa adelah cinta yg berkekalan . Jangan sesekali kasih kepada manusia melampaui kasih kepada Allah.  Aku tahu kasihku dulu melampaui kasihku kepada MU.

Hidup ibarat roda, kadangkala di atas dan kadangkala kita di bawah . SubhanaAllah, begitu kecil kudratku untuk menggalas ujian mu ini . Sesungguhnya pernah satu ketika aku lupa untuk menadah tangan kepadamu dalam suka ku . Ketika ku berada di atas aku alpa . Tidak ku tahu bahawa kebahagian dan ketenangan hari ini bile ku dekatkan hati ini kepadaMU . Di saat ku tersungkur hanya air mata yg mampu mengalir . Tetapi ku tahu, dimanakah letaknye iman ku sekiranya aku terus membiarkan diriku tersungkur.

I believe that things happen for reasons. We just could plan the future with this and that but Allah knows the better path for us. A wise man said, that you're being tested by Him because He loves you. He knows your limit and boundaries and never put you under a burden. As the time walk by, you will grow with maturity and you know what's the best decision for you.



Diary 2013
Xoxo, Hannah Sytieh


Monday, January 21, 2013

Kahwin Muda, Seronok ;)


Assalammualaikum

Hai, sejak akhir-akhir ni hati aku macam tak tentu arah. Semua benda tak kena. Kadang2 sampai carik gadoh dengan org terdekat aku. I don’t noe why. Haha. Tapi sekarang aku da try buang perangai tu jauh-jauh. Eheh J Ikut hati mati hana, behave yourself .


Lagi satu kan, sejak akhir-akhir ni aku dapat perhatikan maken ramai remaja yg dekat luar sane kawen time usia mude. Umur 19 da kawen da. Umur 20 lagi la ramai. After kawen, pregnant terus plk tu.. wah, kuatnye hati dorg untuk menempuhi alam perkahwinan dalam usia mude. Aku ? Aku time umur belas belas macam tu tak terpiki lgsung nak kawen kowt, HAHA. Sekarang pun da umur 22 tapi tak piki lagi pasal kawen, Acaner tu ? (Tak masuk bulan 6 lagi, so stay 22 rite. Belum 23 lagi kan, haha)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.

Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven, together, forever."


Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa, Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat & personaliti. Begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan, tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan.


Marriage is not only about wearing good clothes, not about how sweet the wedding gonna be. It's about strengthen the relationship between two families or more, it's about sharing love and thought. It's about having someone who will always be by your side, it's about all the way you love each other and will be blessed by HIM. It's about having someone who makes you feel acceptable, loved, and needed and there, both person will be there for each other together to love forever here and in another world. It's about, 'the more you love and appreciate your Soulmate, the more you'll be blessed by the Lord.'


I gonnna miss u Eka.. Nanti study leklok kat Sarawak k.. Sape nak teman ana g solat nanti, kena g solat sorang2 dah .. Hurrmm, touching kejap. ;’D


Psst : Sebenarnye bercinta selepas diikat dengan ijab dan kabul adalah lebih manis.. Tapi tiap-tiap manusia ni tak same kan. Ade kehidupan masing-masing. Hope satu hari nanti ade Imam yg sentiase membimbing aku ke jalan yg benar . AMIN Have a nice day everyone!

Xoxo, Hannah Sytieh




Sunday, January 20, 2013

REVIEW 3 : Baju Kurung Moden yang Awesome

Assalamualaikum..

Aku tengah busy nak g tengok wayang ni. Haha.. Tapi aku nak update blog jugak. Maka dengan Itu aku menaip dengan sepantas kilat buat entry express.. I just wanna show u baju kurung modern yg cantik nieh..





Aku dapat pic baju ni pun dari member. Tak tau o9 mane ntah yg jual baju cam ginie. Tapi time raye 2012 ramai jugak yg da pakai baju kurung modern ala2 macam ni kan.. Aku pun da ade satu koleksi yg polkadot tu.. Tapi yg jadi masalhnye sekarang . Aku tak jumpe lagi baju ala-ala warne kuning tu.. Tapi nak warne pastel.. Baru nice and sweet je bile aku pakai. Miahahaha.. perasan.. Tapi aku betul2  nak carik yg mcm warne kuning tu coz nak pakai time kak sepupu aku bertunang. Ceh! Orang lain yg bertunang aku yg sebuk nak buat baju. Haha! Nak wat mcm mane.. Macam aku pulak yg nak bertunang kan. Ehem! semuanya sangat cantik kan! Tapi yang penting bersederhana dalam semua perkara. itu yang paling penting =)

p/s : ok bye.. nak g tengok wayang..Release tension jap. hehe.. Papepun, tanx for singgah kawan2x..

XOXO, Hannah Sytieh

Always go to IKEA :)

OK, saje nak update blog. Haritu pergi IKEA after balik kerje hari sabtu. Kalau g sane memang penuh gambar aku je la kan . Layan je la.. Haha, hodoh tak hodoh.. janji amik gambar tu wajib.


Tengok itu gambar, da macam org cacat. Hewhewhew.. Time ni lepas balik keje. Nak jadikan cerite time kerje tu kepale aku da separuh melalut mood aku plak dah kelaut.. Aku dah buat GPS BLANK 2000 beb. Tapi hilang mcm tu je.. Pendrive masuk virus.. Sakit hati bukan kepalang time tu.. Nak wat mcm mane, bende dah jadi.. Redho je... So, jalan terbaik.. jalan-jalan g IKEA :) taddaaaa... 


Selame aku g ikea ni aku tak pernah pulak makan kat FOOD COURT die.. tapi kali ni first and last aku makan kat situ.. tak sedap pun.. werrxx .. Meetball tu pun tak sedap. Ayam tu pun xsedap. Rugi je tahu.. hurrmm. K la.. Jum melalut pasal bende lain .



Korang tau tak system barter? Sistem barter yang tak adil.Sedar, dan tak sedar,atau buat buat tak sedar?

Kau tahu TNB? SYABAS? ASTRO? Hari hari mereka bagi kau perkhidmatan, tapi dengan pertukaran, kau kena bayar BIL kepada mereka melalui wang ringgit.

Satu hari nanti kau akan kerja. Jadi boss. Ada orang bawahan. Kau bayar gaji untuk mereka, dengan pertukaran mereka kena lah kerja untuk kau. Cuba kalau kau bagi gaji, lepas tu mereka tak kerja betul betul, curi tulang. Kau mengamuk ke tak?

Okay sekarang nak tanya, Kau tau TUHAN? Hari hari Dia bagi kau hidup, rezeki, udara supaya kau tak mati dan nikmat negara selesa, maka konsep dia adalah sama. Kau kena lah bayar BIL kepada Tuhan.

Kau percaya Tuhan? Boss paling BESAR yang perintahkan kau untuk buat sesuatu perkara. Semua nikmat kau dapat ibarat gaji lah. Tapi kadang kadang kita sendiri pun lupa, atau buat buat lupa. Tak buat pun apa yang Bos Besar dah perintah. Macam mana?

Cuba kau try tak bayar bil TNB, ASTRO. Agak agak kau, dorang potong tak perkhidmatan dorang bagi? Tapi Bos Besar kita Maha Kaya, tak potong pun 'perkhidmatan' yang Dia dah bagi kat kita. Walaupun kita selalu lupa 'nak bayar bil' kat Dia.

I'm wearing blue Palazo and Black T-Shirt. Nice and comfortable.. Pakai palazo ni takdela nampak bentuk kaki sgt kan. Longgar and elok la sikit dari pakai ketat2x.. Nnti boleh la beli lagi seluar jenis palazo ni.. Cantek.. Seriusly, I like dat Palazo.. By de way, cerita kat ats ni aku olah dari satu blog. Aku pun da tak ingat name blog tu.. tapi aku olah ni pun sebab nak ingat kan diri sendiri J Whatever is, tanx for singgah. 

Xoxo, Hannah Sytieh









Wednesday, January 9, 2013

Progress Sepanjang 2013 !


Hey guys! Long time no blog! my mood is still swinging my brain is still messed up. Nasib demam dah mule kebah oi.. Demam-demam pun mak jemah still g koje tau. Tak bangge pun tak bangge pun . Sekarang ni da mule balik awal je dari ofis. Yuhhhuu~ seronok eh. Balik terus masuk bilik men lattop godek2 and tidow.

Semalam lepas solat maghrib bapak aku cakap kat aku. Akak masak la, bapak tak selera la mak masak . Tak bape sedap. Amboi, mengate masakan isteri sendiri nampak. HAHA. Yela, mak aku kan penat die masak simple2 je. Hari2 bende yg same. Kalau aku kan suke masak bende2 yg leceh2x. Memang selera bapak aku la kan. Tapi sian mak aku. Luve you la MAK~

Sekarang ni masih awal tahun bulan 1 lagi kan for 2013 . Aku ade mention yg aku kena gune banyak duit untuk tahun ni, HAHA~ sakan la kena kumpul dari sekarang. Kalau tak semua tak kan menjadi . Sebab-sebab kena gune duit banyak :


­­­­­­­­­­­­­-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BANDUNG

Nak g Bandung, Indonesia eh. Bukan mee bandung yg kedai-kedai jual tu . heh . Maybe bulan 9 mcm tu nak g bandung trip ngn kawan-kawan. Aku g under company adeq aku. Murah sikit. HOTEL + TRANSPORT + TIPPING + DRIVER CUM TOUR GUIDE + BREAKFIRST = RM 239 . Ticket Promo for fligh dalam RM 289 mcm tu la. Kadang harge die naik kadang harge die turun . Kena pandai2 carik time and booking la. Nak belanje kat sane lagi . So kire-kire semua dalam seribu lebih cukup la ye dak . Dah puas hati dah. 3 hari 2 malam je J

SET BILIK TIDUR

InsyaALLAH, kalau smua dah settle aku akan pindah rumah. Tapi tukar name semua tak settle lagi. Plan rumah dah siap buat tapi tak dapat kunci lagi. Acane nak design baru rumah tu. If dah siap semua boleh la pindah dah. So, disebabkan itu aku kena beli set bilik tidur sendiri. Paling koman pun harge satu set semua semua tu dalam RM5000. Itu kire paling mahal la untuk aku and paling puas hati. Kalau tak amik yg dalam RM3000 je. Manela tahu nanti aku kawen ke tak payah membazir lagi beli set bilik tidur baru bagai. Sebab aku da beli awal2. HAHA~ berangan kawen pulak. Calon ade calon ? HUH! 

RUMAH BARU

Kenape aku cakap pasal bilik tidur lu, sepatutnye pasal rumah lu. HUHU~ tapi aku akan lebihkan bilik aku dulu. Aku kan minah bilik. Hehe.. Rumah yg baru bli ni design die ntah pape. Hodoh gile, mcm rumah terbiar. Tak cantik langsung. Huh, tapi disebabkn rumah tu dekat ngn KL and strategik. Beli je la. Tapi kena buat balik la rumah tu, renovate balik lawa2x. Hah! Yg tu pun duet tu duet.. Sebulan kena la bg lebih sikit kat mak aku kan. Kurangkan beban die nak kumpul duet untuk rumah baru die . Aku nak belikan die rumah aku tak mampu, so bg duet bulan2 lebih skit dari biase la J

KOMPUTER

Tahun ni satu-satunye adeq laki aku amik UPSR . Tggal die sorang je yg belajar lagi. Kami semua2 ni dah lepas. HAHA~ Aku janji ngn die kalau die dapat 5A or 4A aku akan hadiahkan die satu set komputer . Tapi sebenarnye samaada die dapat bape A sekalipun aku akan tetap belikan komputer tu untuk die. 1 set untuk die satu set lagi untuk letak lam bilik kerje bapak aku. So, aku kena beli 2. Satu untuk bapak aku siap ngn printer sekali untuk die J Ni je la hadiah untuk die J


KERUSI URUT

Yang ni hadiah khas untuk mak aku tahun ni. Dah setahun aku kerje tapi tak bagi pape pun untuk mak aku. Bagi duet bulan2 je. So, yg ni aku kongsi duet ngn adeq pompuan aku la nak beli kerusi urut untuk mak aku. Sian die asyik cakap letih je. Die kan kerje kuat. Aku ni dahla pemalas tahap cipan nak tolong urut die ke hape. Better aku hadiahkan bende ni. Bolehla die dpt rehat ngn tenang bile balik koje ye dak. Cost die maybe RM2K. Beli yg mane mampu je. Maaf mak akak n adeq gaji tak besau mane pun . Badan je yg besau ni ha . hee J

LAIN-LAIN

Duet rotex keta aku tahun ni kena renew ok HANA. Jgn lupe. Keta servis ikut bulan. And nak beli TREADMILL nak letak lam bilik. Ade duet lebih boleh la beli. Cost dalam 1k je. Kat lelong kan banyak J. Cost semua dalam RM10K. Boleh kawen dah tu. Haha, tak kan la aku yg kena bayar untuk laki, laki la bayar kat pompuan. So, untuk kawen tak payah kumpul. Haha! Gurau2 je J Caiyyookkk2x hana J Ya ALLAH, permudahkanlah jalan aku. Buke kan lah pintu rezeki untuk aku. Yg halal dan diredhoi oleh-MU. Amin .

Ok, u know what? to be what peoples want is not a simple thing that u can 'hadap' dalam diri sendiri. Kita kena dengar semua tohmahan, kritikan, or whatever yang seangkatan dengan nya. Takpe, pengalaman itu manis pengajaran itu indah. 


Aku pagi je ada rupa orang sikit.. petang dah muka hapa aku pon konpius.. hehehew ... malas nak touch up.. Ok dah.. Itu je nak cerita.. Aku kalau busy je terus blog tak update... hahah.. Ni dah tak busy sangat lah nie.. Tu yang boleh update tu..

P/s : Aku nak jadi NYAMUK la. Nampak tak liar kan? But the biggest killer in the whole world.... is the mosquito. Kecik je tapi jangan main gila. Eh? Eh?







Sunday, January 6, 2013

Tutorial 1 : Cara Pakai Selendang


1. Buat Shawl satu panjang satu pendek, Pin Belakang
2. Yg sebelah pendek tu pin kan kat tepi. Ha! Mcm dalam gambar tu. Gambar tu. Nampak tak ?
3. Yg panjang tu pulak korang bawak la ke belakang elok2 and pin tepi.
4. Kemaskan lilitan shawl anda.
5. And tarrrraaa. DONE... Jum kuar.

Psst : Tutorial simple. Sekadar nak update blog jer aku ni. Miahaha~ By the way, tanx singgah ye kawan-kawan :) 

Thanks Singgah, Hannah Sytieh






Jadual Trip Ke Bandung



BANDUNG 3 HARI 2 MALAM

PAKEJ TERMASUK

·         HOTEL
·        TRANSPORT(AVANZA)
·        DRIVER CUM TOUR GUIDE
·        TIPPING
·         BREAKFAST

ITINERARY ( BANDUNG 3H/2M )

DAY 1 :

>> Setibanya di airport Hussein Sastra negara Bandung, wakil kembara ilmu akan menyambut anda dengan “ Welcome Note ” atau sepanduk nama atas nama ketua kumpulan. Taklimat ringkas.

>> Check in hotel

>> Shopping di Rangkaian Factory Outlet ternama di Bandung di Jln Riau , Dago & Setiabudhi ( Rumah Mode etc )

>> Bersantai di hotel.
(  sekiranya ketibaan malam – shopping di Factory Outlet akan di lakukan di hari ke-2 )

DAY 2 :

>> Lawatan ke Tangkuban Parahu – Puncak gunung berapi & tempat wajib lawati jika ke Bandung, nikmati pemandangan indah gunung berapi dari puncak gunung. Melawat  Ciater Hot Spring rasai kesegaran air panas sambil merendam kaki dan boleh rasai sendiri jika ingin mandi.

>> Ke Ladang Strawbery merasai jus segar langsung dari lading ( petik sendiri )

>> Shopping di PasarBaru ( tempat wajib shopping jika ke Bandung – pelbagai barangan murah A-Z di sini )

>> Shopping di Jln Cibaduyut ( Pusat barangan kulit berkualiti )

>> bersantai di Hotel

DAY 3 :

>> Membeli Ole-Ole Bandung Di Kartika Sari.

>>  2/3 jam sebelum penerbangan pulang , sudah berada di airport untuk urusan penerbangan pulang.

Psst : Jadual ni boleh disusun balik ikut fligh kite . Kalau korang nak request pergi tempat lain pun korang boleh cakap tau. Nanti dorang akan susunkan balik . 

© Hannah Sytieh | Design By MH