Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, August 4, 2014

Jom sahut cabaran amalan pemakanan sihat bersama Cik Hana !



Hi, Assalammualaikum






Dah lama tak update blog kan. Lame sgt.. Busy raya and busy business time bulan Ramadhan tu katenye.. haha~

Tapi CPUV kencang berjalan even tak terupdate.. sbb traffic tinggi kot. Terima kasih kpd pembaca blog ni.. Bahha.. Time raya diet kelaut woi! Da gemok balik dah ni.. Grr!

Aku rasa  semua bakal b2b ni mesti rasa nak kurus kan? kadang tu even dah kurus pun tetap rasa diri kurang kurus, maka nak kurus lagi. Perempuan. memang tak pernah puas kot, ek? Bak kate fiancĂ©..

Diet? apa yang kita faham dengan perkataan diet tu ye? mesti kita fikir menahan lapar dan dahaga *eh, macam makna puasa pulak* semata untuk kurus. tak tak. Makna sebenar diet adalah, makan dengan cara pemakanan yang betul. dari segala segi macam kuantiti, kualiti, masa, dan jumlah setiap nutrien yang diambil. Ceh! Mcm sains dah.

1. Breakfast is a MUST!

Kepada wanita B2B di luar sana, sila jangan skip breakfast anda! Aku perasan benda ni lepas bekerja. zaman belajar dulu aku memang ambil mudah hal ni. yelah, student, bangun dah lambat *kes tidur lepas subuh* lepas tu mandi segera, terus pecut pergi kelas. bila ke masa nak breakfast? tu yang dalam kelas pun ngantuk, otak jem. then, berat naik mendadak. lepas habis kelas terus serbu kantin poly sebab perut dah lapar gila, ambil makanan pun macam tak cukup pinggan, terpaksa habiskan, kalau membazir amalan syaitan. tengok nafsu makan yang kuat ni. Berat  zaman belajar dulu dah cecah 52kg! mak aih. tinggi baru 160cm. Memang berisi lah orang kata.

bila dah kerja ni, sempatlah breakfast kan. lagipun, bila dah breakfast, kita akan lebih fokus dan produktif *ceh, ayat..*

ada orang kata, "saya tak boleh breakfast lah nanti sakit perut.."

oh my dear, dah tu apa gunanya tandas? memanglah u akan sakit perut sebab sisa makanan malam semalam u tak keluarkan lagi. adoi~ secara normalnya, manusia biasa perlu buang air besar setiap hari. perut kita tak cukup besar kot nak tampung semua sisa makanan + makanan yang bru dimakan. aku tak pasti dari segi saintifiknya macam mana tapi ini lah apa yang boleh aku
bayangkan apa yang jadi dalam perut kita.

2.Minum air masak dengan banyak.

At least 8 gelas sehari. biasa dengar kan nasihat ni? selain dari membuang toksin dalam badan, minum air masak ni pun salah satu cara untuk 'tipu' perut kita. bila banyak minum air, kita akan rasa kenyang. bila kenyang ada rasa nak makan lagi tak? theee~ tipu tipu.. kesian perut... Memang la rase asyik nak “pipis” je .. Tapi kan elok tu. Buang toksik dalam badan…

3. Buang air besar setiap hari.

Bila kita minum air masak dengan banyak, perut kita macam lagi mudah nak proses penghadaman *kalau tak silap aku*. sebab aku perasan, sejak amalkan minum air dgn kerap, aku dah boleh buang air besar at least 2 kali sehari. yaaa.. proud to be me. haha. serius lepas buang air besar kita akan rasa lega dan 'ringan' sikit. erkk.. sisa makanan tu ada dalam 2-3 kg kah? eiii ucuk

4. Jangan makan lewat malam

Supper itu semua dusta. haha. aku macam pernah terbaca satu hadith yang mengatakan, Rasulullah SAW bersabda yang maksud dia lebih kurang macam ni, jangan makan lepas maghrib kecuali ketika berpuasa.

Dari apa yang aku faham, perut kita dah penat bekerja seharian takkan malam pun duk sibuk nak proses makanan kita kan? lagi-lagi sebelum tidur. sepatutnya masa tidur, semua organ perlu berehat. tapi kita ni duk paksa kilang perut bekerja walhal kengkawan lain sedap tidur. tahu kan masa untuk proses penghadaman tu pun ada la lebih kurang 3jam.


5. Sila pastikan makanan anda cukup nutrisi

Ya, nasi, sayur, protein, vitamin semua perlu perfect dan dalam kuantiti yang bersesuaian macam dalam piramid makanan tu... Jgn skip nasi, tp kalau boleh kurangkan pengambilan nasi.. Huhu






Before tu berat aku kelaut.. haha, sebab pergi kerje naik keta. sampai ofis duduk. pstu makan. balik. naik keta. sampai rumah. makan. hahahhah! Memng la gemuk kan.. Sekrg pas raye aku nak kuruskan sikit and maintainkan lagi berat badan.. 50 kg pls... 

So, nak sahut cabaran amalan pemakanan sihat bersama ceq hana? Jum kite same2 kurus utk majlis nanti. Haha. Chewah!


Happy Reading, toodles

XOXO, Hannah Sytieh









No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH