Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, October 25, 2014

Khtarhana Wedding - White Studio for Pre-Wedding


Hi Assalammualaikum





Shoot White Studio for Pre-Wedding and dfashionig End chiffon curve. Sebenarnya nak buat banyak pre-wedding photoshoot. Tapi tak de masa. So, ade yang ni je la shoot kita orang. Aku jenis kaki gambar. Tapi my man bukan jenis mcm tu sangat. Dia suka tu suka. Tapi tak sesuka aku yg gila-gila suka2. Haha~ Paham tak ayat aku tu..


Orang cakap pre wedding ni jangan nak over sangat hire photag beribu riban. Huhu~ Sebab kang nanti membazir je. Rase2 betul tak statement ni ? Sebab kita just nak pakai gambar satu dua keping gambar je. Untuk bunting dan  kad kahwin shj. Selebihnya kita simpan buat kenangan. Kenapa bayar lebih untuk sesuatu yang tidak perlu kita bayar mahal bagi tujuan yang sama tapi, sudah cukup untuk memenuhi impian kita bergambar pre-wedding sebelum berkahwin.


Aku rasa betul kata2 ni. Aku buat photoshoot ni dekat white studio Puncak Alam. Memang murah and berbaloi k. Abang ni pun sporting and dia akan ajar kita cara-cara shoot kalau kita kaku mcm kayu kat situ. Haha~












Price pun tak mahal mana. Aku rasa aku shoot sejam dalam RM60 ke RM70 Macam tu je.. Time ni ada discount tak silap. Tapi kalau bukan discount pun memang murah okieh. Tak perlu nak mahal2 padahal semua benda kita boleh berjimat kan. Tapi kalau anda mampu tak kisah pun. Sebab anda mampu. Hiks J


White Studio for Pre-Wedding . Nak murah tapi hasil berbaloi boleh la try contact mereka. Details seperti dibawah :


LENSOFOBIA.Com : The Image Maker Company

Alamat : No 25, Pusat Perdagangan Alam Jaya, Jln PPAJ 2/4
42300 Puncak Alam
Phone   : 014 339 6939 / 017-375 3969
Email    : lensofobia@gmail.com




Psst : Abang ni pun selalu shoot event2 artis. Tak lupa juga dia la official photographer aku untuk Solemnization and Reception. Details harga ? Nanti aku update lagi sekali k.

Berminat? Jangan lupa mention blog : Hannah Sytieh.. Ting :)
    
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 






Friday, October 24, 2014

Pati Delima Gulsan Sedap Sedap Masam



Assalamualaikum




Orang cakap bila dah kahwin ni kena jaga pemakanan, Kena jage badan, Kena makan suppplement, Sebab kehidupan lepas kahwin totally will different dari sebelum kahwin. Memang betul la apa orang cakap tu. Tanggungjawab tu akan jadi lebih sikit. Sebab bukan sorang2 je kena jaga. Suami pun kena jaga, pakaian, makan minum suami pun isteri kena handle.


Malam2 tibe2 cakap, Lapar la. Nak karipap panas and air kopi. Hambik ko! Malam2 nak kene goreng karipap and buat air kopi. Nak cakap penat tu memang penat la kan. Tapi penat2 seronok. Ada tempat mengadu, tempat merajuk, tempat marah. HAHA~ Ok la, back to the topic .

Sekarang aku tengah consume Pati Delima Gulshan, Habbatussauda jenis oil and B-Vite. Lepas ni nak beli Folid Acid pulak. Kat sini aku nak tekan kan about Pati Delima Ghulshan. Sebenarnya, khasiat perubatan delima dah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Itu apa yang mak mertua aku terangkan la. Sebab dia yang suruh aku ambik supplement ni sebenarnya. Ni bukan product review berbayar. Tapi ni supplement yang aku ambik lepas dah kahwin ni.


Kebaikan dia macam kat bawah ni  :

  1. Anti Oksida yang tinggi.
  2. Bersifat panas  dan lembab.
  3. Baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-parukerana ia melegakan batuk.
  4. Melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
  5. Merawat sinus.
  6. Menguatkan sistem penghadaman,membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  7. Mencuci darah kotor.
  8. Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya.
  9. Menormalkan fungsi hati.
  10. Menstabilkan peredaran darah.
  11. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi.
  12. Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan).
  13. Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout).
  14. Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
  15. Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi.
  16. Memelihara dab mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid.
  17. Menegangkan payu dara.
  18. Merapatkan dan menyuburkan rahim.
  19. Mampu menurunkan kadar glikosa / gula dalam darah (Kencing Manis).
  20. Mencegah serangan angin ahmar.
  21. Melancarkan fungsi buah pinggang.
  22. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  23. Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak.
  24. Dikenali juga ‘natural viagra’ kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki.
  25. Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan.
  26. Mengeluarkan peluh / toksin.
  27. Melegakan sakit kepala.
  28. Membunuh cacing dalam usus.
  29. Menambah darah. 


Mana yang aku highlight tu la yang aku suka. Macam best je kan. So, nak lagi paham kebaikan dia. Baca yang kat bawah ni , google : 


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.


DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.


DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik


MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Dah kenapa aku cerita pasal baby pasal ibu mengandung je ni kan. Ko pregnant ke ana? Eh, takla.. belum ada pape tanda lagi. Tapi saja nak bold kan bab2 baby ni. Sebab macam best macam seronok je. Orang dah kahwin mestila nak ada zuriat kan even baru kahwin tak sampai sebulan. Haha~ So, tak salah la nak update pasal ni lebih sikit. Untuk pengetahuan sendiri.. Dari “0” tak tau pape, better belajar sikit2..




                                       
Apa rasa dia :
Rasa delima yang pekat and masam-masam... 

Cara -cara pemakanan :
1 sudu besar sebelum sarapan dan 1sudu besar sebelum tidur malam, Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam, boleh juga dibancuh dengan air,

Penyimpanan : Simpan di tempat sejuk.

Ok lah, yang lain-lain aku share nanti. Aku kahwin umur 24 sayang-sayang. Tak de la muda mana. Dah separuh dewasa da. Perangai je macam budak2. Haha. Jangan la cakap “amboi hang ! mude nye kawen, lekaih nye,  haha “.


See u next entry! Mmuaahhhx!
Hannah Sytieh J





Thursday, October 23, 2014

Street Art Laman Seni 7, Shah Alam


Assalamualaikum


Gambar Nikah and reception belah perempuan tak dapat lagi. Ape ntah lagi belah laki. Belah laki 1/11/2014. Jadinya kita cerita pasal benda lain dulu k. Haritu pergi ke Shah Alam untuk buat kad nikah. Ala2 macam IC tu.. Alang2 ada kat sana, kita singgah kejap ke Street Art Laman Seni 7 k. Kawasan die berdekatan dengan Jakel Shah Alam je.. BellaAmmara, radiusite.. Kat kawasan situ je.



Tempat ni merupakan tempat pelajar2 mengambil gambar. Shoot main2 gitula.. Tapi eloklah tempat ni untuk remaja kat luar2 sana. Laman Seni 7 diangkat sebagai pilihan untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial supaya menjadi lokasi selesa & selamat bakal menjadi satu lagi tarikan serta produk pelancongan baru di Shah Alam.


Berkonsepkan seni jalanan, Laman Seni 7 boleh dilawati pengunjung serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti bermanfaat antaranya lukisan mural, persembahan muzik jalanan (basking) & jualan kraftangan.


Agak cool jugak kan. Takdela banyak sangat wall arts yg ada tapi bolehla kalau sekadar nak tengok2 amek gambar suka-suka ke, ok la kan. At least budak-budak tak payah nak conteng-conteng dinding merata-rata. Luahkan segala idea kebolehan dekat Laman Seni ni je.




Laman Belakang 3D Art
19G, Jalan Plumbum R7/R,
Seksyen 7, 4000
Shah Alam


SEE YOU ON MY NEXT POST 


 Hannah Sytieh






Sunday, October 19, 2014

Saraya Zahret Butik Pilihan Ku :)


Hi, Assalammualaikum




 "There are many dreams. Pick a few and put all energy in your heart and mind to be successful at them. Stop waiting for things to happen. Make them happen. The power is in you"- Suri


Kata-kata dari seorang pengusaha butik muslimah. Deep kan.. The power is in you. Kekuatan, kesungguhan semua atas tangan anda. Sama ada nak Berjaya atau tak semua terpulang atas diri masing-masing. Ini la Puan Suri . Pengusaha and designer untuk butik Saraya Zahret.

Oh Ye, gambar di bawah ni la Puan Suri.. Lawa, elegant and sofistikated kan. Tengokla design – design yang dibuat oleh beliau. Memang cantik and sangat cantik untuk kaum muslimah.




Nama Saraya Zahret dari Puan Suri sendiri yang bermaksud istana bunga-bungaan. Sebulan lepas rasanya hana pergi ke butik ni. Untuk mencari tudung yg awesome untuk pakai ke dinner, wedding and so on. Tapi sampai2 je, bukan tudung je menarik hati… Skirt2 yg dihasilkan oleh mereka sangat menjulingkan mata hana. Lawa2 and comfortable ok. High recommended and sangat2 high quality.




Design butik SZ ni bertemakan Black and gold and diseltkan dengan warna terqoise blue.. Nampak tersangat sangat exclusive.




Kalau nak tau butik Saraya Zahret ni la yang keluarkan design pelbagai skirt yang pertama untuk muslimah diluar sana.

Tak lupa Saraya Zahret ni membuat design sendiri, kilang sendiri and produce kan sendiri. Power kan … Semua dari Saraya Zahret punya koleksi. Bukan memborong bukan copy paste design orang lain. So, korang tak perlu takut pun untuk gayakan collection dari Sz. Sebab takkan sama dengan orang lain.




Design mereka kebanyakannya flexible but unique and mudah untuk dipakai. Tapi still menutup aurat, itu yang penting kan.

Sapa kata bukak butik ni takada cabaran. Of course ada.. Contoh nya barang and design senang ditiru. Actually, kalau korang nak tau. Sequin yang baru trend 2014 ni dah lama Sz keluarkan penggunaan sequin ni dekat produk mereka. Tapi tahun ni baru in… Nampak tak .. Sz ni memang alert tentang design and always number 1 untuk hasilkan design yang menarik. That’s why la, I sangggup datang ke bangi semata-mata nak tengok new collection dr mereka. But yg jauh tu jangan risau. Sz ni ade 6 cawangan .. Banyak kan..










Juntaian tag nama yang cantik. Tag je dah cantik. Apa ntah lagi design dia . I fall in love sejuta kali







Hana beli 2 shawl. Salah satu dia Shawl Tucsany with Gold detailing. Jenis kain high quality chiffon. Senang nak bentuk dekat bahagian muka. Sampai my sis pun nak pinjam tau... 






Cantik kan. Klau korang nak tau hana rembat dua tudung kat sini.. Kat atas ni salah satu dia. Lagi satu macam gambar kat bawah ni..




Untuk pengetahuan korang, kesemua koleksi Saraya Zahret yang original mempunyai loket dan branding Suraya Zahret macam gambar kat bawah ni. So, make sure korang dapatkan tudung ataupun pakaian daripada Saraya Zahret yang original okay? 




Tak perlu risau kalau-kalau korang tak tau macamana nak gayakan shawl dari saraya zahret kerana di sana nanti korang akan diajar oleh staf mereka . Nanti kalau ade masa hana nak buat tutorial cara pemakaian tudung dari saraya zahret ni k... Sekarang still busy. Ehhe :)

Jum cuci mata lagi apa yang ada dekat sini :












Boleh hubungi atau pergi terus ke butik mereka yang berdekatan dengan anda. Ada 6 cawangan ok :


Address :
KOTA DAMANSARA:
45G Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Selangor,Malaysia
Tel: +603 6150 8836

BANDAR BARU BANGI: 
G 11, Jalan 8/35, Seksyen 8, Seri Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +603 8912 3210

SEREMBAN 2:
NO. 64 & 65, Jalan S2 F1, Garden Homes Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.
Te: +606 6339181

KUALA LUMPUR:
LOT NO 02-03, Level 2, Busana@Menara MARA, 232 Jalan Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Tel: +603 26021231

SHAH ALAM:
Saraya Zahret Shah Alam, NO 13-A, Jalan Plumbum R/7R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Tel: +603 55242769

Email : web.sarayazahret@gmail.com 








Sehingga berjumpa lagi kak intan.. Nice to meet you. Alhamdulillah :)


SEE YOU ON MY NEXT POST 


Xoxo, Hannah Sytieh





Sunday, October 5, 2014

Khtarhana Wedding - Hiasan Tangga Simple for MY SOLEMNIZATION



Hi Assalammualaikum


Hana nak DIY HIASAN TANGGA NANTI. Disebabkan bilik pengantin dekat tingkat atas. So, kite kena hias la sikit2 tangga kan. Sebelum tu hana ada kain putih time guna kat mini pelamin tunang. So, hana recycle balik kain tu untuk letak kat hiasan tangga nanti. Mula2 buat olok2 je.. Nak tgok macam mana outcome die nanti. Tak pasti lagi nak pasang mcm mana. Nak buat ala2 scallop tak reti sgt.. Mungkin nak ikat buat wave simple2 je… Pastu letak bunga lebih2 time tunang tu… Jimat dah situ..


Actually kain utk hiasan tangga tu tak cukup.. Then hana pergi Nagoya tambah kain.. Semeter rm2 je okieh… beli 8 meter je cukup… huhu.. Total Damage : RM16


Outcome hasil DIY sendiri : Taddaaaa….






Hana suke even simple... Sebab jimat lagipun... and ok la dari takde.. Huhu...


Tips kat sini : Jgn beli kain satin, beli la jenis kain chiffon supaya flowy dia lawa nanti.. Nampak tak ada kain yg berkilat and tak berape nak flowy tu.. tu sebab pakai kain satin le tewww..



Toodles… SEE YOU ON MY NEXT POST.


Xoxo, Hannah Sytieh





© Hannah Sytieh | Design By MH