Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, January 9, 2015

Supplement Penting Untuk Orang Pregnant


Hi Assalammualaikum




Alang2 hana buat label tips pregnant. So, apa kata hana update sikit bab ni.. Google2 then dapat la point kan... Untuk kegunaan hana masa depan nanti. Biasa nya bila nak baca balik something mesti hana akan buka balik blog ni. Cari apa yang patut.. tu yang best ada blog...  note2 penting semua hana simpan dalam ni..


So, makanan apa yang penting bila time pregnant ?


Selain ubat2an daripada klinik (Vitamin2 & Asid Folat) makanan2 sunnah pun banyak khasiat and kepentingan dia. My mother in law bab2 makanan sunnah ni dia memang berlambak2 beli... ada bnyk gila kat rumah dia.. Tiap2 bulan order kat orang makanan sunnah ni. Kurma, delima, habatussauda, madu and sewaktu dengan nya la...


So, kat sini hana nak bagi 1 point makanan yang kita boleh ambil time pregnant : Kurma


Kurma
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“
Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW


Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.





Antara khasiat utama kurma?

1. PALING PANTAS DIPROSES DAN DISERAP, sekaligus memberikan tenaga segera memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebany2.akan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“


Hadis riwayat Ahmad :
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.


2. KAYA DENGAN SERAT DAN POTASSIUM
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.


Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.


3. PENGUAT MEMORI
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


4. BAIK UNTUK WANITA MENGANDUNG/BERSALIN. 
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25


Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).


5. PENAWAR RACUN
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


6. MERAWAT PENYAKIT
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


7. MENGUBATI GANGGUAN USUS DAN SEMBELIT
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Hebat2 kan khasiat buah kurma ni.. Siapa tak pregnant pun boleh ambil tau. So, confirm lepas ni hana berdesup pergi beli kurma. Sebab sebelum ni bila puasa nampak kurma macam tak layan je kan... sebab tak tau khasiat dia.. Sekarang dah tau khasiat ni. Hurrmm... rasa rugi pulak dulu pandang sebelah mata je buah kurma ni.


Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 






4 comments:

  1. Assalamualaikum hana.. yeah! sheila pun suka makan kurma. especially kurma merah takda biji. tak manis pun, lagi satu take note ye yangg, kurma ni salah satu milkbooster untuk ibu yang menyusukan anak. hehehe ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. thanks sheila. kalau ade lg note2 penting bg tau k

      Delete
  2. Ehemmmm lain macam sangat status FB dengan entry blog. Whatsapp cepat ! Hahahaha

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH