Sebelum ni hana ada buat entry pasal pati delima ghulsan kan. Dia
punya kebaikan and khasiat dia memang superb bebeh... Korang semua memang patut
ambik supplement yg terdiri dari buah delima ni. Seriousla tak tipu. Kalau tak
percaya gak, better korang baca khasiat2 dia kat bawah ni :
Buah Delima / Pati
Delima
Khasiat
perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi
Purba (Iran).
Antara khasiatnya adalah
:-
1.MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah
sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu
meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang
buruk.
2.DELIMA MEMPUNYAI TAHAP
ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima
terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya
seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan
pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling
bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
3.MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima
membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik
melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan
kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan
lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima
mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang
mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
4.MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus
delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada
genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan.
Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual
secara semulajadi.
5.MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN
BADAN
Delima
merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki
kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan
membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah
langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit
hati.
6.MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
KENCING MANIS
Meminum
jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko
masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum
jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada
arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada
antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung
melawan atherosclerosis".
7.MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS
HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan
eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat
meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5
dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
8.MENGELAKKAN KANSER KALENJAR
PROSTAT
Kajian
telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser
kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima
di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
9.DELIMA MELAWAN KANSER
PAYUDARA
Penyelidik
mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser
payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di
Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima
dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati
bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
10.MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah
satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah
menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada
delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara
semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan
jantung dan strok.
11.MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima
diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat
diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah
yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
12.MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT
ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji
daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa
yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76
peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang
daripada satu sajian setiap minggu.
13.MENGURANGKAN BATUK DAN
ASTHMA
Kandungan
asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen
anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap
asthma dan lelah.
14.MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN
VITAMIN
Delima
mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti
fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C.
Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang
baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan
rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan
jantung.
15.DELIMA AMAT DISYORKAN
DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
·
Jika diambil semasa awal
kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
·
Menjaga degupan jantung agar
tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )
·
Menunjang kepekaan saraf dan
otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat
sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)
·
Menjadikan kulit bayi sihat,
gebu dan cantik
·
Menunjuang kepekaan saraf dan
otot agar berfungsi secara teratur
16. MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian
Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak
bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi
yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid
folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada
tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya
kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang
mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus
delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang
penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah
mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang
biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah
delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman
Allah :
Maksudnya : "Pada keduanya
juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.
Buah
delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini
dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil ber jus segar, manis masam
rasanya.
Dalam
banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang cina
misalnya menyajikannya sewaktu perkahwinan kerana di anggap lambang kesuburan,
kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam
zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon.
Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal kerana
pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Delima
dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia
berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean,
disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok
semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya
daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula,pokoknya malar segar. Kini delima
ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Nama saintifik bagi delima
ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang
berbiji.
PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN
BUAH DELIMA :-
· Menegangkan payudara
· Mencantikkan kulit - merawat
kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
·
Mencerahkan kulit
·
Menegangkan kulit dan
menjadikannya awet muda
·
Membuang lemak berlebihan
terutama di perut
·
Merapat dan mencegah kanser
rahim
·
Merapat dan menyuburkan rahim -
menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
·
Memelihara kadar keseimbangan
hormon semasa haid (elak moody)
·
Membakar kalori dengan cepat,
elak pertambahan berat badan
· Mengubahsuai dan membaikpulih
hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
·
Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan
kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
·
Menghalang pembentukan SEL BARAH
PAYUDARA
·
Menjaga kesihatan usus besar dan
kecil (lawas)
Pergh.
Gigih aku kumpul point untuk khasiat buah delima ni. Point note penting untuk
aku simpan.. Well done hana. Haha~
Happy reading..
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Kita pun makan pati delima , weeee ! Sebab masam kan sedap. Hahaha. :D
ReplyDelete