Kat
sini hana nak kumpul tips2 pergi ke bali, Indonesia. Haha.. hana dah pergi ke ?
Of course la belum.. baru sampai ke bandung je ni ha...hana nak pergi tapi
suami takut nak naik kapal terbang dah.. huhu~ So, macam mana nak pergi ?
hurrmm. Nak tempah tiket pun fikir sepuluh kali. Haishhhh...
Kumpul
je la duit simpanan tu.. mana tau tiba2 die dah bukak hati nak pergi ke... Or
nak pergi tempat lain ke kan....
So,
sebelum pergi mestila kena ada tips2 yang perlu kita tau kan, ni tips dari adik
sendiri. Sebab dulu dia kerja kat travel agency :
- Duit tukar
siap2 kat Malaysia. Rate kat tempat kita ni lebih bagus. Jangan lupa
standby foreign currency sikit macam SGD ker USD ker untuk emergency.
- Bersabarlah
dan tahan iman di Kuta & Ubud kalau nak beli t-shirt. Sebenarnya
t-shirt yang mereka jual mahal dan tidak berkualiti. Kalau nak beli
t-shirt as souvenir beli di Tanah Lot. Setiap t-shirt packagingnya cantik
dan harga pun hanya Rp20k :). Harga keychain/fridge magnet rata2 Rp3-5k.
Kalau mahal daripada ni, don't buy.
- At any
market, di kuta mahupun ubud, always remember to bargain more than half.
Say a beach dress offered Rp150k, mintak Rp50k... they'll give. Pretend
tak berminat if dorg tak kasi harga yang u nak :) kalau depa tak kasi pun
just walk off, banyak lagi kedai yang jual barangan sama and boleh beri
harga lebih baik...
- Kalau nak
enjoy Kuta life, sila tinggal di hotel Grand Inna atau Kuta Paradiso...
dua hotel ni betul2 dekat dengan pantai & hard rock. Macam biasa,
kalau aku carik tempat yang best, murah dan dekat ngan semua tempat.
Walking distance gitu. Hotel adalah bersepah2. So, Dont worry.. Nak
best carik area Kuta Poppies Lane. Situ semua dekat2 kalau nak jalan2 cuci
mata or beli barang.
- Janganlah
tergoda feeling2 nak private villa, gambar cantik dalam Agoda bagai. Sbb
di Bali Villa2 ni terletak jauh, ceruk, nak keluar berjalan2, melepak
bagai pun susah, taxi bagai pun hazan. Even the most expensive villa milik
BVLGARI terletak ceruk di Uluwatu. hado! jadi, kalau nak sgt villa, amik
villa milik hotel... if not tahulah, hazabnya nak romantic konon, jadi
scary! ;p
- Macam
biasa, international plug or adapter adalah penting. Bawak sekali
extention wire yg ringan yang ada 2/3 ketul tempat cucuk tu. Then bolehlah
cucuk gajet2 canggih korang tuh kan.
- Spa
woiiii.. jangan luper.. make sure kena pergi ... Cara terbaik, pergi
jalan2 dulu area Kuta ngan Legian tu, survey2 harga spa.. then baru decide
and buat booking . Kalau nak massage, di Kuta mmg murah Rp50k je... tapi
tempatnya comot dan kalau cuaca panas, hazabla berminyak dan belengas
badan! So, kalau nak massage, pegi after 6pm. Reccomended place, De Nyuh
Spa... spa ni dalam hotel. So mmg proper. harga pun murah Rp85k je :))
- Jangan
beli painting kat Ubud. Harga mencekik darah. Korang belilah kat Pasar
Sukawati or kat Tanah Lot. Situ lebih murah. Boleh tawar giler2 punyer.
- Makesure
camera semua cukup bateri . Camera adalah penting yer.. Jangan nangis
kalau takder gambar boleh di snap. Pemandangan adalah super cantik bak
hang..
- Turtle
island tu takderlah island mana ponn. Dia macam zoo mini. Ada banyak
turtle kat situ nak pegi pun mahal. So boleh skipp.
- Kalau nak
nengok Kecak Dance, makesure sampai awal yer kat Uluwatu. So korang boleh
selesa sikit nak ambil2 gambar & dpt carik tempat duduk yg best masa
nak tengok Kecak Dance tu
- Setiap
tempat kat Bali tu semua berbayar. So sediakan entrance fee siap2.
- Bab makan
adalah payah sikit. Tapi jangan takut, korang takkan kebulurnyer. McD kat
sana halal boleh makan. Cuma berjaga2 ngan Kedai Nasi Padang. Ada certain
tak halal. Cuba tanya dulu ye kalau nak makan halal ke tak.. Tapi korang
boleh try makan kat sini Mangengking Restaurant..Boleh pegi naik teksi or
suruh Pak Supir bawakkan.
- Ubat2
jangan lupa bawak. Ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit pewot, minyak cap
limau, vicks, minyak urut zaman-berzaman, minyak senyonyong.. semua tu
bawak.. supaya nanti senang kalau korang sakit ke apa.. kan perubahan
cuaca kan. Kang tak boleh balik malaysia dah..
Ok, tu je la yang boleh dikumpul.... and note for myself..
Happy
Reading, Hannah Sytieh
Minyak senyonyong kauuu ! Hahahahaha. Weh jom g Bali Hana !!! Kita buat couple vacay. Gitu. :P
ReplyDeleteeh. idea yg bernas . jum la. set aje. haha
Deletemg rancang utk honeymoon ke bali bila dah kahwin nanti. tq for the tips. jemput follow blog liz juga nnt. ada share pasal review produk. :) salah kenalan
ReplyDeletewc liz. nnti hana singgah
Deletekite nak pegi bulan 8 ni ~ tapi dah book villa dekat uluwatuu. maigodd 😱. takot pulak kalau jd scary. kenkonon nak fefiling romentic la sebb honeymoon. haaa takottt 😁
ReplyDeleteMcd, kfc bali tak jamin halal. Restoren, kafe, samada dihotel atau diluar pun tidak halal. 90% penduduk bali agama hindu pemakan babi. Bab makanan adalah perkara paling sukar dibali. Sbb tu kita tak akan jumpa pak arab dibali, yg banyak taiwan, org putih, jepun. Supir2 tu semuannya hindu walaupun muka mcm melayu. Hati2....
ReplyDelete