Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, March 2, 2015

2nd Inspirasi… Bella Ammara

 
Hi, Assalammualaikum
 
Kisah Inspirasi, Bella Ammara.. Hi, Salam Inspirasi. Previous cerita pasal vivy yusuf.. Now nak cerita pasal bella ammara pulak.. Macam biasa untuk dapat kan feel positive dalam diri… Lagipun officemate kat sini ada seorang yg bawah bella ammara. Means, carl and bella bg tunjuk ajar kat dia how to start business… Kerja full time pun tapi dia still boleh buat part time untuk menghasilkan jubah and shawl2 yg terkini. Handmade plk… bukan from supplier… Drai jns kain, tukang jahit, design semua si Amir and die punya tunang settlekan… Semoga Berjaya Amir.. Aminnn…
 
 
 
Jom baca catatan 1 tahun dari carl.. Moga menjadi inspirasi kepada kita utk berbisnes dan perbaiki taraf ekonomi keluarga dan ummah!
 
Catatan : Carl Samsudin
 
Salam.
 
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
 
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
 
Aku berhenti.
 
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
 
July 2012.
 
Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
 
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
 
" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara.
 
 
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
 
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
 
 
 
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
 
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
 
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
 
 
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
 
BELLA AMMARA (KUALA LUMPUR)
 
126-2-8 Metro 126, 53200 Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur
Date: 28/7 - 5/8
Time: 11am - 10pm
Solat & berbuka: OUT!
Phone: 03-40316109
 
 
 
"Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. "
 
Dalam bisnes, Allah adalah CEO kita. Dia yang beri kita rezeki. Jadi nak rezeki lebat, kena berbaik-baik dgn CEO, kena buat semua yg Dia suka, kena pandai 'ambil hati' Dia.
 
Sesungguhnya, kejayaan tidak datang bergolek! Nak keluar dari 'comfort zone' bukan sesuatu yang mudah. Ia perlukan keazaman yang kuat! Jom ambil langkah pertama itu. Masa depan anda, anda yg tentukan.
 
 
 
Sekarang ni dari telekung mereka dah keluarkan jubah and bridal collection... Hebat kan ?
 
Love, see you in my next post, Hannah Sytieh
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. Suka tengok design jubah dorang , rasa nak beli banyak banyak. Eh. :D

    ReplyDelete
  2. saya ada sepasang telekung bella ammara.. memang sedap pakai.. best.. jubah dia pun sama.. best.. seuai untuk saya yang breastfeeding ni.. hihi..

    ReplyDelete
  3. haritu dengar iklan bella ammara dalam radio pulak. mmg hebat la marketing dia. nanti mesti iklankan di tv pulak.. all the best team bella ammara.. kejayaan bella ammara mmg boleh dijadikan inspirasi... hewhew.. :")

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH