Hi
Assalammualaikum
Tiba2
rajin kan update blog. Alang2 akhir tahun ni tak banyak kerja so rajin la sikit
nak update blog. Just nak tulis info2 first trimester and tips2 kekal cantik
even pregnant. Tak nak ada stretch mark pada kulit time mengandung. Kulit nak
pakai lama weyh, suami pun kadang2 tatap kan. Kalau ade stretch mark agak malu
la sikit kan. Huhu~
First trimester (tiga bulan
pertama)
Zaman
ni orang kata dan ahli perubatan kata agak kritikal bagi org yg mula2
mengandung dan jenis badan kurang ketahanan. Risiko dan kondisi tubuh pada
peringkat ni dan perkara yang perlu diambil perhatian:
*
simptom seperti mual, loya dan 'kemengantukan' yang bertambah pada peringkat
ini
*
keguguran mudah berlaku pada peringkat ini seandainya berlaku hentakan yang
kuat,dab faktor rahim kurang kuat....Hmmm..ada orang kata takleh makan nenas, ade kawan tu dia makan buah peach sekilo, pastu gugur, sebab buah peach tu kulit
dia tajam..orang tua2 kata jangan makan menda2 keras..dimaksudkan makan di sini
pada ijtihad hana jangan makan berlebihan, dan rasanya makan nenas seulas dua,
atau durian tu takde masalah...
*
perubahan fizikal tubuh tidak terlalu ketara. Cuma, elakkan dari mengangkat
benda terlalu berat dan untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti mual dan
muntah pada waktu pagi, elakkan 'melompat' dari katil selepas bangun tidur
pagi...bangun tidur, relax2 dulu baca doa bangun tidur, buat senaman stretch
sket baru bangun dari katil...
*petua
doktor sebelum mengandung dan bulan2 pertama mengandung amalkan asid folic
untuk pertumbuhan otak bayi dan juga untuk tubuh ibu
*sesetengah
ibu juga sudah mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah , so, kerapkan
gosok gigi dan JANGAN sekali2 gosok2 menggunakan berus gigi hard, lebih baik
guna soft...banyakkan makan sayur, buah dan yogurt..
*keadaan
bayi, ye bayi boleh di ultra scanningkan masuk minggu ke-12 dan insha Allah
buleh diketahui jantinanya pada minggu ke-16, tetapi bergantung bagaimana baby
itu berada, menelentang ke kanan atau ke kiri. dan adalah satu perkara normal
uri berada di bawah pada peringkat ini, dan ia akan berada di atas selepas
bulan2 pertama..tetapi awas!! seandainya uri berkekalan berada di bawah,
pembedahan kemungkinan besar akan dilakukan kerana uri menghalang bayi untuk
keluar dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kematian.....
Nak
kasi sedikit tips berdasarkan pengalaman kakak2 and kawan2 yg mengandung lepas2.
Tips kecantikan untuk mengekalkan
kecantikan kulit pada sekitar perut, breast, punggung dan sewaktunya.
Eloklah diamalkan pakai minyak zaitun di anggota badan kita sejak awal lagi..
supaya kulit tak pecah & merekah kelak... Jadi jika kita amalkan sejak awal
pakai minyak zaitun ni, insyaAllah kulit kita akan kembali cantik seperti sebelum
pregnant (spt anak dara kot) dan biasanya ibu-ibu akan mengalami nipple pecah2
dan luka sekiranya kita amalkan pakai minyak zaitun sebelum bersalin,
mengurangkan & menghindarkan perkara tersebut. Tapi selepas bersalin, jgn
pula pakai minyak zaitun pada breast. Jaga breast kita dgn bersihkan menggunakan
air suam sudah memadai. Sekiranya luka, sapukan gamat.
Lagi
satu olive oil ni sesuai untuk rambut yang pecah2 di hujung, tapi ia panas
untuk kulit kepala, merangsang keguguran rambut. Makna kata, kalau nak sapu,
sapu kat hujung rambut, kat kulit kepala elok sapu minyak kelapa dan yg paling
baik buat minyak kelapa sendiri..tapi baunya boleh tahan.
Dan
citer2 pasal rambut ni kan kengkawan, masa kita pregnant nilah kita akan
mendapat rambut yg shining, macam supermodel, hitam dan lebat Insha
Allah....masalah kelemumur kebiasaannya akan menghilang.. tapi hehehe
awas....rambut puan2 akan kembali seperti biasa selepas bersalin, yg lebat2 tu
akan gugur slps kelahiran anak anda yg comel..tulah kan, subhanallah Allah itu
Maha Adil, masa kita sakit2 mengandung, Allah beri dan tambah nikmat
kecantikan, tapi bila dah dapat nikmat anak, Allah tarik balik nikmat
tuh....istifadahnya kita tak bule nak riak dgn kecantikan yg kita ada, sebab
ALLAH ITU MAHA ADIL.......
Hari
tuh ada dengar dalam IKIM.FM. Ceramah pendek dar Dr Fadhilah Kamsah. Dia ader
kata yang makan hati and benda2 darah merah ni tak elok... Nanti keras hati,
degil dan kuat melawan. And I think that applies to all. Bukan untuk ibu
mengandung jer...
Makan
makanan yg seimbang , kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara
dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Jaga
tingkah laku,jaga amalan. Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat,
berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan
menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau
kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.
Sedekahkan
fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam. Amalan yang terbaik
membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya
anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar
nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi
dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap
perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.
Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
Jaga
pantang larang . Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang
larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu
kandung atau ibu mentua masing-masing.
Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga
tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat
jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan
pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak
jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik
dielakkan. Jangan aniaya binatang.
Elakkan
tekanan. Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan
dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan
tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi
untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan
beban. Sama-sama soleh dan solehah.
Insya Allah.
Yang
terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang
proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon
rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik
(Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan
kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf
(Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman
(Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga
bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara
daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak
terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah
Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk
memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami
amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.
Lots
of love,
Hannah
sytieh
Tips yang berguna :)
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeleteWanita, setiap masa pun mesti nak kelihatan cantik kan?
ReplyDeleteTapi, masa mengandung mungkin sebab perubahan hormon, ada wanita yang nampak tak berseri.
Anyway, tips yang dikongsi memang best..