Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, May 22, 2016

Cara makan asid folic dengan betul


Hi, Assalammuailakum




Penting ke pengambilan asid folik semasa mengandung?

Kalau tak mengandung boleh amalkan makan asid folik tak?

Asid folik tu apa dia???

Ada lagi ke manusia yang tak tahu apa itu asid folik. Sayalah orang tu. Sebelum kahwin saya memang tak tahu menahu langsung tentang kewujudan pil yang bernama asid folik.

Jika anda merancang untuk berkahwin dalam masa tiga bulan dari sekarang dan ingin mempunyai cahaya mata dengan pantas, eloklah diamalkan makan asid folik ni.

Apa kepentingan asid folik?

Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


Sebelum berkahwin saya memang tak amik port langsung walaupun ada dengar tentang info ini. Tapi biasalah kita manusia suka ambil mudah. Tapi bila dah terkena baru nak menyesal. 

Saya pernah keguguran pada usia kandungan 2 bulan disebabkan oleh kandungan yang tidak berkembang secara sihat. Bukanlah nak cakap keguguran sebab tak makan asid folik. Itu semua kuasa Allah saya hanya berusaha dan merancang tetapi Allah yang menentukan.

Sejak peristiwa tu setiap hari saya akan cuba untuk makan asid folik. Cuma skang ni saya tidak pasti adakah cara saya itu salah atau tidak.

Biasanya saya akan makan asid folik selepas makan. And minum air masak je untuk memudahkan proses nak telan pil sampai ke perut.

Then baru-baru ni saya ada terbaca tentang cara makan asid folik yang betul. Seeloknya jika kita mahu makan asid folik lebih afdal dimakan bersama dengan susu bukan air masak/mineral yang biasa kita praktikkan. Dan tips itu diberikan oleh doktor sendiri.

Mungkin dengan cara ini, penyerapan vitamin dalam badan akan lebih berkesan.

Wallahualam.


Kalau benda yang baik tak salah kalau kita nak ikutkan. Tapi carilah kesahihannya terlebih dahulu.


Sila klik sini untuk info lebih lanjut:


Dr Zubaidi Haji Ahmad (Recommended!)


P/s: Masih ramai lagi yang diluar sana berusaha untuk mempunyai cahaya mata. Kita yang sudah berjaya jangan lupa untuk bersyukur kepada anugerah yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, kite da 7bulan pregnant. syukur Ya Allah. Amin


Thanks singgah,
Hannah sytieh


1 comment:

  1. Assalamualaikum hana. Taniah dear. Alhamdullilah. Jaga kandungan baik2. Kita da selamat beranak anak no 2 dah. Heheheh

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH