Assalammualaikum
Makan gaji VS Kerja Sendiri
Makan gaji
VS Kerja Sendiri. Mana satu korang pilih. Yang aku tau separuh dari rakyat
Malaysia menjana pendapatan dari makan gaji. Selebihnya buat business. Tapi
kalau perasan... Rata2 yang jalan kan business kat Malaysia ni orang bukan bumiputera..
dapat tak apa yang aku nak sampaikan?
Orang kita
takut nak berbusiness sebab takut rugi. Dia orang lebih tertarik untuk bekerja
makan gaji.. Terima gaji tiap2 bulan, belanja then habis.. Lepastu tunggu gaji
lagi.. Heee.. Betul tak? Same with me...
taknak kate orang, tapi nak kate diri sendiri. Hewhewhew~
Tapi
sekarang apa yang aku nampak dalam insta.. Ramai anak2 muda, baya2 aku da buat
business.. Sama ada full time ataupun part time... Bagi aku tu bagus.. sekurang
kurang nya kita minat and nak upgrade kan sikit life diri sendiri.. tambah side
income utk diri sendiri. Tak susahkan mak ayah.
Tapi tapi
tapi.. yang aku nampak. Kalau melayu yang buat business. Ada je 1000 satu pertanyaan
customer akan bagi kan... Kadang2 soalan yang tak masuk dek akal.. da jawab pun
still tanya lagi soalan yang sama. Adoi.
Antara kebaikan
kerja makan gaji:-
- Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
- Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
- Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
- Berpeluang mendapat bonus tahunan ( tapi kalau nak tau, certain company skrg da tak bagi bonus tahunan, huh )
- Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
Tapi korang
even dia orang buat perniagaan kecik2 pun kan. Jangan pandang rendah terhadap dorang
sebab pendapatan dia org berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan kita
tau.
Perniagaan
yang berzaiz kecil-kecilan ni kalau dia org usahakan dengan betul. Boleh
membuahkan hasil yang gila lumayan and mampu berkembang. Perniagaan yang
melibatkan modal yg kecik pada mulanya
boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai
status antara orang terkaya di Malaysia.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
- Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
- Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
- Tiada kerenah untuk mendapat cuti atau naik pangkat. Suka hati nak cuti bila kan.
- Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
- Berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.
Apa-apapun,
keputusan sama ada nak makan gaji atau buat bisnes bergantung kepada korang sendiri.
Bisnes kena bermula dengan minat. Sekiranya korang langsung tiada minat dalam
bisnes, aku cadangkan anda makan gaji lagi bagus…
Kepada yang
berminat untuk menceburi bidang perniagaan, aku nasihatkan korang bertanyakan
dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut. “Belajar dari yang Pakar”
atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang
yang jatuh dan terus bangun semula…
Hmmm. Bila kau nak betul2 usahakan business kau ni hana. Banyak benda kena fikir. Banyak sangat..
Harap dipermudahkan. Amiinnnn..
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx!
Assalamualaikum hana.. hmm memang teringin sangat nak kerja sendiri.. maybe tunggu Adam besar sikit, senang nak angkut pergi sana sini. hihiiii chaiyok2 with your bussiness dear ~~~
ReplyDeletewaalaikumslm sheila.. Terima kasihh syggg. Harap sheila pun brjaya =)
Deletekekalkan yang full time sekarang dulu, ada lebih baru betul-betul fokus pada yang lain...sambil tu tak salah buat yg part time tu... :)
ReplyDeletebetul =) tp nak jage anak depan mata nanti. haha
DeleteSalam hannah..salam kenal..bw here
ReplyDeleteDulu akak pun suke mkn gaji..but skrg suke berniaga..sbb rezeki tu dtg banyak dari pintu rezeki berniaga..inshaaAllah..pendek kata berniaga je..hehe
wsalam kak. salam knl. nnti kite bw akk k. yups. betul akk cakap tu. hana setuju sgt :) thanks for the advice
Delete