Hi Assalammualaikum
Sambutan Hari Aids Sedunia Disambut Meriah di NU Sentral, KL.
Wishing For Zero.
Sambutan Hari Aids Sedunia Disambut Meriah di NU Sentral, KL.
Wishing For Zero.
1 Disember
2014 ialah Hari AIDS Sedunia. Siapa-siapa yang rajin, boleh pakai reben merah .
Simbolik keprihatinan dan sokongan kita to those living with HIV.
Ni baru first
time aku libatkan diri dalam program2 macam ni.. Baru aku sedar banyak juga
acara yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Antaranya ceramah agama, seminar
dan taklimat kesihatan, pameran HIV & AIDS, dan pengedaran reben merah
bersama risalah kepada umum.
Kempen yang
boleh dikatakan agak besar dan amat penting untuk umum. So, hana tak melepaskan
peluang untuk menyambut bersama. Details seperti dibawah :
Tarikh : 29 November 2014
Tempat : Nu Sentral, KL
Pihak Pengajur : PT Foundation
Tema Majlis : Wishing For Zero, Hari AIDS Sedunia
2014
Serba sedikit
pasal Hari Aids Sedunia adalah untuk
memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada
hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban
akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan
berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika
Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan
negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.
Untuk Hari
AIDS Sedunia pada tahun 2014 ni, telah dianjurkan oleh PT FOUNDATION. Organisasi yang bertanggungjawab untuk melancarkan
majlis HIV/AIDS yang diberi nama WISHING
FOR ZERO. Acara ini juga telah ditaja oleh NU Sentral Mall, CIMB dan Durex
Malaysia.
Karnival dari
PT FOUNDATION ni bertujuan untuk memberi tanda sokongan kepada Hari Aids
Sedunia pada tahun Ini dan untuk memberi pendekatan dan pendedahan kepada
masyarakat sekeliling mengenai HIV/AIDS. How to prevent, mencegah and memberi mesej
harapan supaya orang ramai mengubah sikap mereka kepada hubungan seks yang lebih
selamat. Mereka berharap agar kita dapat menghapuskan perasaan takut untuk
menguji status HIV. Semua rakyat Malaysia yang aktif dalam seks perlu menjalani
ujian secara berkala.
First2 datang je.. Kena buat pendaftaran.. Tulis nama and dapat goodies. Dalam bag goodies tu ada macam2 risalah about HIV/Aids... And terdapat sukarelawan2 yg membantu untuk menjayakan kempen HIV/AIDS ni...
Antara aktiviti pada hari tersebut ialah :
- Para sukarelawan melekatkan riben merah kepada pengunjung2 di kawasan Nu Sentral and KL Sentral.
- Untuk kanak2 mereka berikan belon merah sebagai tanda sokongan
- Para sukarelawan memberikan kertas soalan mengenai HIV/AIDS. Untuk menguji sejauh mana pemahaman kita mengenai HIV/AIDS.. (aku pun ambik part dalam sesi soal jawab ni ok)
- Kuiz untuk para pengunjung bagi menarik minat pengunjung untuk mengikuti acara yang dilansungkan sepanjang hari tersebut.
- Beberapa persembahan disediakan untuk para pengunjung. Seperti persembahan menyanyi and menari.. (aku terhibur sgt bila sampai part ni, huhu)
- Para sukarelawan juga turut mengumpul dana bagi membantu mereka yang menghidapi HIV dan AIDS dan mengumpul maklumat serta sokongan daripada orang ramai di sekitar NU Sentral Mall Kuala Lumpur dan KL Sentral.
Acara Wishing
For Zero ini juga turut disertai oleh ramai sukarelawan yang terdiri daripada
anak muda yang berkumpul bersama-sama untuk memberikan pendedahan serta
maklumat kepada orang ramai mengenai HIV dan AIDS.
Maklumat ini
juga merangkumi gaya hidup sihat bebas dari HIV dan AIDS serta langkah selamat
dalam melakukan hubungan kelamin. Penggunaan kondom ketika melakukan hubungan
kelamin dan elakkan daripada berkongsi jarum suntikan adalah antara langkah
keselamatan untuk mengelak dari dijangkiti HIV.
Pengalaman
terlibat dalam Kempen Wishing For Zero :
Sebenarnya
aku rasa teruja dalam menjayakan kempen seperti ini kerana ianya pertama kali
aku turut serta. Sebagai Blogger, aku pun ada tanggungjawab kepada masyarakat
untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Hari AIDS Sedunia.
Apa yang aku
boleh sumbangkan dalam kempen ini ialah dapat warwar kan tentang kebaikan
kempen ini kepada masyarakat and orang-orang terdekat melalui FB, TWITTER,
INSTAGRAM dan BLOG. Secara tidak langsung ada informasi yang berguna untuk
diberikan kepada orang ramai yang sesetengahnya kurang pengetahuan mengenai
Hari AIDS Sedunia. Malah ada yang tidak menghiraukan. Sebenarnya sesetengah isu isu ini
amat penting kepada aku sendiri and orang ramai dalam membentuk keluarga yang
sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment