Jika tiada
rezeki hari ini,mungkin ada rezeki yang lebih baik esok hari. Barangkali,
rezeki yang tak disangka. Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan
rezeki dalam bentuk kesihatan.
Maka kita
akan lebih bahagia dari resah menguruskan harta dunia. Jika belum sampai rezeki
jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Barangkali mungkin
lebih banyak khidmat yang kita salurkan. Rezeki kerja Tuhan, Kerja kita usaha
sehabis mampu. Jadi, rezeki semua kerja Allah. Yang usaha nya adalah kita.
Ada
je rasanya, orang yang setiap kali balik bilik, asyik memanjang layan 'oppa-oppa'.
tengok cerita korea tak henti, tapi bila exam boleh skor. Pernah rasanya jumpa
orang yang tawaf sekolah sentiasa, siap tawaf wida' tak henti, tapi boleh skor
dalam kelas. Boleh skor dalam exam. Ada jer !
Ada
jer orang yang kau tengok dia ni takde lah bagus sangat, tapi masa exam pointer dia
lagi gempak dari kita. Pernah kan jumpa? Memang ada jer yang tak payah nak
jimat duit, boleh belanja itu ini tanpa rasa segan silu sebab mak ayah nya
mampu.
"Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, tetapi kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik
adalah bagi orang yang bertakwa". (Toha :132)
Dan
sebenarnya, mungkin itu perlukan usaha. Perlukan sedikit kerajinan. Mungkin itu
rezeki dia. Rezeki kita berbeza. Kita usaha, Allah bagi. Allah beri.
Terkadang
kita juga pertikaikan, 'bolehlaa dia dapat itu ini, dia mampu'. Boleh
laa dia kahwin awal, dia cantik semua'. Well, kita sentiasa pertikaikan.
Aku
pun pernah rasa macam itu. Cemburu positif.
Kaedahnya
macam ini, nak pandai, nak skor kena usaha.
Nak
kaya kena kerja rajin-rajin.
Nak
berjaya, kena luar biar biasa usahanya.
It
takes pain. We need to struggle.
Rezeki
Allah bagi ikut usaha kita.Ikut kemampuan kita. Orang bekerja tak henti siang malam
nak cari rezeki, dan Allah bagi setiap hasil usaha kita.
Orang
study tak henti, nak skor, Insya Allah bagi. Walaupun mungkin kita
merungut, ' aku study kot, ni je ke aku dapat'. 'aku kerja penat-penat, tak mampu pun nak
hidup mewah macam dia. 'Ya, itu sahaja hasil usaha kita. mungkin
tak cukup lagi. Tak cukup rajin lagi.
Aku
pegang dan yakin, selagi mana kita usaha, selagi mana kita doa, tiada yang
mustahil untuk kita dapat. Allah balas sekelumit usaha kita. Yang penting kita
usaha.
Katakanlah: " Sesungguhnya Tuhanku
melapangka rezeki bagi siapa yang dikehendakinNya di antara hamba-hambaNya dan
menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa sahaja yang kamu
nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".
(Saba: 39)
Aku
pun cemburu. Tengok gambar kawan-kawan buat snowman, main salji nun jauh kat
oversea. Aku pun nak pergi overseas.
Aku
pernah hampir macam putus semangat. Kadang-kadang, kita tak sangka, kawan kita
kat sekolah dulu takdelah bagus sangat, tapi dah pergi overseas, dah main snow,
buat snowman, pusing sekeliling Eropah.
Itu
namanya REZEKI !
Dari
situ aku belajar, rezeki orang ini berbeza. Rezeki yang dalam pelbagai bentuk.
Ada orang rezeki lebih pada mak ayah, rezeki melimpah ruah senang nak belajar,
tengok usaha. Mana yang usaha, Allah berikan.
Allah
nak kita usaha !
Ya,
Allah nak kita usaha. Baru kita dapat. Nak kita rasa manisya usaha kita, tak
tidur malam, tergolek-golek study, dan dapat kejayaan. Itu lagi baik mungkin.
We try to learn and appreciate. Yes!
Ya,
Allah nak kita usaha, kerja tak henti , buat overtime, akhirnya mampu beli
rumah besar , kereta dan besarkan anak. Dan kita akan rasa berbaloi untuk setiap
usaha kita itu. Penat yang kita rasa itu akhirnya berbayar. Itu usaha
kita.
Percayalah,
bumi Allah ini luas dengan rezeki. =)
"Wahai
sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi
baik." (al Baqarah:168)
Tuhan
tak ciptakan manusia hanya untuk gagal.Tidak
Tuhan
ciptakan kita dengan keistimewaan yang berbeza dan dengan takdir yang berbeza.
Allah
is fair.
Dalam
diam mungkin kita selalu merungut, aku usaha, dia tak pun.
Duduk,
pujuk hati. Allah beri rezeki di tempat lain. Rezeki yang tak disangka.
Yakin.
I've been experienced this.
Kita
rancang, Allah tentukan.
Semua
ada rezeki, ada takdir, ada bahagia yang Allah tentukan cukup untuk hak kita.
Tapi kena usaha.
Jadi,
jangan pertikaikan gaji dia kecil, kita rasa dia tak mampu nak hidup senang
hati gembira. Itu salah ! Kadang-kadang, Allah beri rezeki dari sudut
kebahagian hidup yang kita tak sangka. Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk
kan.
Allah
kan Ar-Razak, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx!
Assalamualaikum hana, well said....
ReplyDeletewaalaikumslm sheila :)
DeleteNice one Hana !
ReplyDeletethanks nad.... :-)
DeleteAssalamu alaikum, sangat betul Hannah 😊
ReplyDelete