Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, December 13, 2014

Apa impian majlis kahwin korang ?


Assalammualaikum



Setiap perempuan mesti ada impian perkahwinan sendiri. Mesti ada jugak walaupun sikit. Sekurang-kurangnya mesti terbayang baju nanti nak pakai warna apa kan? Lain dari lelaki, diorang selalunya tak kisah dengan majlis perkahwinan. Kalau boleh nak buat sesimple mungkin. Yang penting bagi diorang, kehidupan selepas kahwin. 

Seriusly hana tak ada ada angan-angan nak buat majlis kahwin besar-besaran. Nak pelamin mewah dan besar. Nak baju designer popular. Nak perfect dari A-Z. Tak ada.. Angan2 yg tu semua tak ada.. Just nak buat sesimple yg boleh…Just nak sediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu and sediakan doorgift yang best2. Angan-angan sebijik macam anak dato tu atau artis kahwin memang tak ada. Haha! Sebab semua tu menelan belanja yg besar kot.. haha! Artis tu lain la.. kadang2 ada org sponsor kan. Jimat duit dia orang.

Makin tua ni pemikiran dah semakin realistik. Hidup ni bukan boleh dilaksanakan ikut angan-angan sahaja. Bukan senang nak cari duit. Bukan senang nak kumpul duit. Kena korbankan banyak benda untuk dapatkan apa yg diangan-angankan. Ada nasihatkan hana, in the end nobody will talk about your wedding. Jadi jangan sampai terlampau nak impresskan orang. That's it!

Kalau boleh, majlis biarlah yang simple dan meriah. Yang paling penting, sangat bermakna untuk korang. Jgn habiskan ribu riban untuk pelamin. Sebab pakai hanya utk beberapa hari. Pastu, barang2 pelamin tu xde pun yang boleh simpan. Yang ada cuma ada kenangan dalam gambar. Makanan untuk para tetamu pulak, haaa..yang ni paling penting! Kalau boleh nak bagi tetamu makan sedap-sedap. Hehe. Kalau boleh nak sediakan pelbagai jenis makanan.

Yang paling best kalau kita D.I.Y banyak benda. Macam handbouquet, doorgift, candy buffet, mini pelamin nikah ke .. huhu~ Yang tu lagi best and boleh jadi kenangan untuk masa depan korang kan. Lagi2 kalau korang abdikan dalam bloggg.. Fiuhhh~ Kenangan….  

Tapi kalau korang tu anak dato' or  artis. Boleh la buat macam ni kot , cantik bak ang, Rezeki masing2 : 








Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




10 comments:

  1. Omakhaih ! Lawo gilaaaaaa. Tapi sampai ke sudah tak mampunya kan. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. wow...cantik nya...kadang2 rasa benda nie cam tipu ja kan..

    ReplyDelete
  3. hahaha... masa panjang lagi untuk Azwar, tapi tak surelah kalau boleh buat grand sebegini. Melainkan dapat anak orang kaya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknya kalau dapat anak org kaya kan. hahaha.. takpe. bersyukur dgn apa yg ada.. siap sedia azwar sygg utk future nnti

      Delete
  4. hahaha... masa panjang lagi untuk Azwar, tapi tak surelah kalau boleh buat grand sebegini. Melainkan dapat anak orang kaya.. hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha... masa panjang lagi untuk Azwar, tapi tak surelah kalau boleh buat grand sebegini. Melainkan dapat anak orang kaya.. hahaha

    ReplyDelete
  6. berangan itu free! haha kalau dpt 1% yg kita angan² tu time majlis kahwin pn dh best sbnrnya... :)

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH