Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, May 24, 2015

Butik kahwin Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Hi, Hello... Sorry a little bit busy .. Rasanya dua minggu lepas hana ada pergi event yaya rosly.. Siapa kenal  yaya rosly ? Yaya rosly ni bukan calang – calang orang tau. Designer terkenal untuk artis2 kat luar sane. Tapi bukan setakat artis je. Kita yg biasa2 ni pun boleh jugak nak design kat yaya rosly ni. Sebab apa tau.. Sebab yaya ni very the humble person. Seriously, mesti korang suka nanti. Harga pun mampu milik. Hana berpeluang untuk jumpa Yaya Rosly di butik beliau di Sri Kembangan, dan berkongsi cerita tentang pengalaman serta kejayaan beliau sebagai pereka fashion di Malaysia.


Baju kahwin cantik dari Yaya Rosly Couture



Baju kahwin cantik dari yaya rosly couture. A to Z disediakan. Memudahkan and sangat recommended untuk bakal pengantin diluar sana. Hana dah pergi try usha and testing their product, So, sekarang hana review. Senang untuk korang kat luar sana buat pemilihan.




First time masuk dalam butik ni rasa macam nak nangis bila tengok collection baju kahwin 2015. Omg, sangat cantik. Rasa macam nak beli semua collection baju 2015. Buat baju raya.. eh! Hahahhahaha.. Grand ko punya raya hana oi.  So, dari masuk butik tu tengok the materials and design I stalk dia punya insta... Eh! Baju Raya 2015 will be released soon.... Gulp... Tak sabaaarrr nye nak tunggu. Mesti meletops. Tak sabar tunggu koleksi RTW Yaya Rosly untuk Syawal tahun ni. Boleh bergaya dengan rekaan Yaya Rosly nanti. Yaya akan keluarkan banyak jenis design. Yaya nak semua orang nampak berbeza so design setiap koleksi adalah terhad. Takde la nanti pakai, eh asal sama ni. Segan pulak kan nak beraya.




Perempuan ni satu je. Baju.. Kalau part baju memang cukup suka sangat... Boleh tak tidur malam asyik fikir baju je kan. Memang perempuan ni part baju agak lebih2 sikit. Yang lain boleh letak tepi. Tak makan  sedap2 pun takpe. Janji dapat shopping kan.

Jumla usha sikit butik yaya ni.. Cantik tau, kemas je and yang penting korang akan selesa. Wangi je..





Apa kelebihan butik yaya rosly ni ?


Boleh customade baju korang sendiri . Yaya akan dengar permintaan design korang tp dalam masa yang sama yaya akan bg tau jenis-jenis design yang sesuai untuk badan korang.. Jangan main hentam je nak baju macam ni macam tu tapi alih-alih bile testing kat badan tak lawa. Nampak gemuk la, nampak pendek la... tu maknanya design yg korang nak tu tak sesuai untuk badan korang ok.

Lagi kelebihan ialah untuk orang jenis petite. Ha, tau kan ape tu petite. Sekarang rata2 susah nak cari baju yg petite. Semua jenis long je... So, kene oter.. Kalau kena oter ape maknanya baju ready to wear kan.. Kena adjust bagai. Takde makna da maksud baju ready to wear tu tau . Kalau nak tau, Yaya Rosly ni pon kecik comel, so dia arif tentang kemahuan or busana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh kecik ni. Siap boleh nampak tinggi masa hari bahagia tu.




Kalau nak tau kat yaya rosly ni tak boleh sewa baju. Semua baju adalah cash and delivery. Bawak balik terus. So, after korang pakai bolehla buat sewa baju pulak kan. Macam hana. Dapat la modal korang tu balik. Kan senang ... Jangan risau baju yaya semua harga boleh beli.. Tak de la mahal sampai 5riban ke atas.

Semua design dia sangat modern and elegant. Boleh la korang cuci-cuci mata tengok design2 ni. Semua ni kiranya masih dalam budget tau, tapi still cantik and nice. Untuk orang-orang klpj, recommended yang mungkin cantik di hati korang jugak.














Beberapa keping gambar yang ditangkap kerana didapati bersalah sebab buat mata aku jadik julings.. Cantik semua nya.. Model yaya rosly ni adik yaya sendiri, aisyah nama dia.. Semua baju yang aishah ni pakai pun sangat la cantik and kemas je kat badan.







Cantik kan. Ni je yang sempat aisyah pakai, memang cantik2 kesemuanya. Very recommended la u'olss.




Ni la Yaya Rosly. Yaya Rosly sebenarnya dah 4 tahun dalam dunia reka fashion ni, menapak dari biasa-biasa hingga mendapat nama di dunia fashion ni. Contoh artis yang pernah memakai reka pakaian Yaya Rosly adalah Elizabeth Tan, Mawar Rashid, Emma Maembong, Arjalee, Syada Amzah (Adik Shila Amzah), Nelydia Senrose.


Boleh datang ke alamat dibawah atau check Instagram dan website Yaya Rosly :

Alamat:E-8-1, PUTRA WALK,
JALAN PP25, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Will be continue... Stay tuned

Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless,




No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH